untuk kepentingan bersama... jom kite kongsi ilmu sikit pasal hal agama...
hoho entry kali ni dibuat selepas cik ecah dapat pertayaan dari akak angkat kesayangan... kak dylla... die taye...
ape hukum solat berjemaah tu (sah atau tak) kalau berdua (laki dan puan) yg bukan muhrim???
okay ni jawapannya...
solat tu sah kalau dorg lakukan di tempat yg terbuka... kalau dorg solat kt dalam ruang yg tertutup tanpa ada saksi tak sah... senang kire solat dorg tu mesti ada saksi jugak la..
hehe susah juga nk terangkan... okay cik ecah ade terbace satu artikel sebut pasal ni... secara simbolik nya solat berjemaah ni adalah fardhu kifayah... dan sape2 yg melakukan solat berjemaah of coz la pahala die berkali2 ganda kn? tp untuk solat berjemaah yang hanya berdua lebih2 lagi laki2 dan perempuan yg bukan muhrim adalah ditegah.. namun masih ada syarat2nya juga...
Dalam masalah lelaki dan perempuan bukan muhrim, kita harus sentiasa ingat bahawa Islam sangat menjaga maruah dan kehormatan setiap Muslim. Oleh itu, Islam melarang lelaki dan perempuan bukan muhrim berduaan dan berkhalwat terutama di kawasan sepi. Bagaimanapun, dalam masalah solat berjemaah, seharusnya tidak ada masalah untuk seorang lelaki mengimamkan seorang perempuan bukan muhrimnya selagi mana mereka tidak mengerjakan solat itu di tempat yang terisolasi dari orang ramai.
“Adalah tidak salah bagi seorang wanita Muslim untuk ikut solat berjemaah di belakangmu dalam satu bilik/surau kecuali jika lelaki itu berniat menggoda wanita tersebut. Tidak ada pengharaman dari segi syariah selama mana keduanya tidak mengasingkan diri dalam keadaan mencurigakan,”.
Tidaklah salah untuk solat berjemaah, samada beramai-ramai ataupun berdua dengan yang bukan muhrim. Namun haruslah mencari tempat yang sesuai dan tidak mencurigakan. Sekiranya tiada tempat yang tidak terasing dari orang lain, dan hanya terdapat satu ruangan kecil untuk solat berjemaah, maka dalam situasi itulah baru solat jemaah seperti itu tidak dibenarkan.
p/s : hanya sekadar kongsian ilmu utk kawan2... :-) dan ingatan diri hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan