........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Khamis, April 26

188 : dentist...

Dah bape lama tak pegi dentist ea??
hurmm... korang semua ade ke g dentist setiap 6 bulan sekali?? huu
soklan cepumas tu.. kenapa kne g jumpe dentist??
hee.. cik ecah dh lama tak pegi jumpa dentist err.. kantoi sudah -.-
nak tahu ker jawapan bg soklan2 tu.. huu korang KLIK la utk jawapan die.. huu malas nk taip sebab panjang sangat.. hehe
okay itu tipu! cik ecah ada juga  jumpe dentist last sekali tahun lepas tp.. tak g jumpa pakar pun.. just cek biase.. hee
dan dan.. sejak medical kat IJN lepas.. grr.. lepas 10 tahun! cik ecah kne refer ke pakar gigi kembali...
jadi cik ecah mintak la transfer ke klinik kajang ni jer.. malas nk g KL... err tak larat la kalau selalu g HKL... haha bukan tak larat apa.. tp... tak larat nak redah kesesakkan lalu lintas.. walaupun bukan cik ecah yg drive..
kalau dh transfer kt kajang.. senang.. cik ecah boleh g sendri... so.. doktor kt IJN tu pun dengan sukacita wat surat utk cik ecah tranfer ke kajang ni hee.. suka! dan.. td cik ecah g la dentist...
dalam kul 8.30 dh ada dh kt klinik kajang tu.. excited giler!
lepas isi kad2 yg perlu, amik no semua then cik ecah duduk tggu giliran...
then nama di panggil oleh nurse kt kaunter...
1: ni IC adik.. adik ada sakit pape ker..? darah tinggi, kencing manis ker...
2: ada.. sakit jantung...
1: ada surat?
2: ada.. dan cik ecah bg la surat doktor tu
1: okay adik duduk dulu ea 
cik ecah duduk la tggu giliran.. huu mase tu no baru 3008 dan no cik ecah 3025.. huu byk ag tu no...
sambil layan cite kartun .. err.. cite ape lagi kan selain kartun pagi2 ni...
tibe2 cik ecah dengar nama di panggil... 'siti aisyah'... haha wat dek je la mula2...dah 2-3 kali gak nurse laki tu panggil... cik ecah wat pandai je la.. sekali lagi baru die panggil 'siti aisyah abd muttalib' haa.. baru betol nama cik ecah.. hee.. yela kang ada juga orang lain tp nama sama... cmne?? -.-
dan cik ecah lari la err okay tipu.. cik ecah jalan laju g kat org yg panggil nama tu...
sampai je.. adik ni siti aisyah??... 'yurp saya..' okay adik masuk dulu...
1(doktor) : siti aisyah?
2(saya): ye saya...
1: nak cabut gigi ker?
2: eh takde la doktor.. saya nak cek biasa jer...
1: hoo (sambil senyum).. doktor ingat nk cabut td.. nmpk surat tu doktor terus la pggl sbb kalau nk cabut kne amik masa... sbb awk speacial case.. ubat speacial...
2: hee takde la... saya nak cek biase jer... dan )
3: (tibe2 ayah masuk)...boleh tak kalau die nak terus transfer ke spital ni untuk rawatan susulan...(cik ecah baru nk cakap ayah dh ckp dulu hehe)
1: (sambil tengok laporan cik ecah) okay boleh.. duk situ meh doktor cek...dan doktor pun cek la... (ayah jadi pemerhati macam biase) -.- ok...ok..bla...bla...blaa...ok.. cantik.. gigi semua cantik tp ni gigi nak tumbuh ag ni.. kalau rasa sakit datang sni cepat2 yer...
2: ok.. doktor nape gigi ni kadang2 darah...(haha okay saya mmg kuat ngadu kalau bab2 cmni...)
1: adik tukar berus gigi.. amik yg berus lembut sikit.. sbb gusi ni baru nk tumbuh die sensitif skit...
2 : ok doktor.. tima kasih...temujanji seterusnya?? kad?
1: kat sini xde kad temujanji... kalau pape terus datang...okay doktor bg ubat kumur2......datang sini 6 bulan sekali...wajib! semua rekod doktor simpan sni ok?...dan cik ecah pun salam doktor...dan amik resit ubat..
kuar2 jer dr bilik doktor semua mata pandang.. grr.. saya ada wat salah ker (ke hanya perasaan??)huu...
g amik ubat kat farmasi then balik.. cik ecah cite la kat bonda..
bonda cakap doktor tu takut sbnrnyer sbb kalau cik ecah nk cabut gigi mmg kne tggu 1-2 jam dulu baru die leh cabut.. 1-2 jam lepas cik ecah mam ubat untuk cabut gigi.. huu
mane la cik ecah ingat.. last cik ecah cabut gigi bile ea?? hurmm... 10tahun++ lepas kut.. huu
dan.. lepas ni bertambah lagi la temujanji dengan doktor.. huu...



Rabu, April 25

187 : tolong jgn terlalu berharap...

assalamualaikum,
entry kali ni cik ecah tak tuju kat sape2 pun tp sebagai peringatan utk diri sendri sbnrnyer...
tp sape yg terasa dengan entry kali ni cik ecah mintak maaf dulu la yer...
hurmm.. setiap yang dirancang mesti kita nak yang terbaik akan berlaku kan...
tp.. apa akan terjadi kalau apa yg diharapkan tu berlaku pula yang disebaliknya??
sbb tu la kita selalu dinasihatkan supaya buat sesuatu tu semuanya dengan kadar yg sederhana jer...
dan... jgn la terlalu berharap dengan apa yang tak pasti...sbb takut nnti akan melukai hati sendri...
cik ecah mintak maaf sangat2 kat kawan2 yang terasa dengan tingkah laku cik ecah yg tak dapat diduga wat beberapa ketika ni... huu
bukan nak merahsiakan apa2 tp mgkn sesuatu tu akan lebih baik kalau org lain tidak mengetahuinya bukan?
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya. 
sesungguhnya tiada manusia yg sempurna di dunia ni dan akan melakukan kesilapan juga...

** ya allah... bglah kekuatan utk hambamu ini agar dapat atasi segalanya2nya...

Selasa, April 24

186 : cream puff

huu dh lama tak kongsi resepi kn.. hee resepi apakah kali ni?? cik ecah nk kongsikan resepi cream puff.. korg pernah makan tak?? huu tak pernah ker??
alaa cream puff.. cube google mesti jumpe sekali ngn resepi..
tp cik ecah pun dok cari yg paling senang la kn nk wat...
dan mesti korg jumpe gambar macam gmbr bawah ni...huu


ni pun first time cik ecah buat dan ianya menjadi! suka you!...
sni cik ecah kongsikan k.. hee
cik ecah amik kt my resepi.. sbb kt web lain semuanya versi BI yg tinggi2..
tak faham -.-

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
dan bahan2 untuk kastad krim plak...

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara
  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
then korang masukkanlah kastad krim tu dalam krim puff tu... dan siap untuk DIMAKAN!! yummy!!
* selamat mencuba... (^.^)

huu dah2 la post untuk hr ni.. hari lain pulak cik ecah update k.. hee selamat semua...

185 : nasihat doktor...

tangan masih terasa sakit sbb suntikan semalam... apepun nak menaip gak untuk entri ni...
huhu okay2.. ni last berita2 sedeyh wat masa ni... err.. jgn emo lebih sgt.. tak baik untuk kesihatan.. huu
sbnrnyer... cik ecah tak kesah dah apa org nak cakap pasal diri ni sbb first impression kalau org nmpk cik ecah mesti dorg akan ingat yg cik ecah ni perokok!! huu.. kan kan??
jgn nak nafikan la pulak kn.. cik ecah tahu.. kebanyakan kawan2 terutama kawan2 laki selalu cakap cmtu... dari sekolah tadika lagi.. sebabnya.. korg hanya mengenal dari luaran... so sbb tu juga cik ecah tak kesah... saya kn KUAT! walaupun mmg sakit nk menelan kebenaran...
hurmm cik ecah tak bencikan perokok... cik ecah jenis yg kawan dengan semua dan korg jer la yg tahu apa yg terbaik untuk diri sendiri... hurmm...berdasarkan entry sebelum ni ( sapa2 yg bace la kan) mesti die akan tahu kenapa bibir dan kuku cik ecah berwarna biru... tp.. andaian korg tu positif sbb kalau cik ecah jd korg pun cik ecah rase cik ecah akan ingat cmtu... tp tak semua.. tu kne amik perhatian juga...huu
  • awk boleh buat apa yg awk suka tp berhenti jika awk penat
  • makan makanan yg berikan awk khasiat dan boleh meningkatkan lagi darah merah...
  • pastikan rehat yg cukup bila nak wat sesuatu aktiviti walaupun satu perjalanan yg jauh
  • jaga kesihatan terutama bahagian saluran pernafasan dan saluran pemakanan...
huu tu nasihat doktor utk cik ecah dr kecik sampai la skrg... ayahanda dan bonda duk ulang2 dan kt spital pun kne dengar jugak benda yg sama dr doktor... sekarang tambah ag...

  • jgn bebankan diri dengan kerja
  • jgn stress, tak leh sejuk sgt... dan tak leh panas sgt...
  • awk sendri yg leh kawal darah awak...jgn sesekali benarkan doktor lain kuarkan darah awk sbb darah awk dh sebati mcm tu...kadang2 pesakit lagi pandai dari doktor dan awk sorg jer yg tahu diri awk sendri...
apapun nasihat doktor kne amik peduli kn... hurmm skrg ni cik ecah akan teruskan alternatif lain juga... mana boleh berputus asa tanpa wat sebarang tindakan... tuhan hidupkan kita mesti ada sebab... so jgn sia2kan apa yg tuhan berikan...peluang masih ada selagi kita berusaha... hurmm sbnrnyer cik ecah tak pernah pun amik ubat2an yg khas utk sakit jantung ni... tp.. bonda selalu suruh makan ubat2 supplement atas nasihat doktor juga... so jgn kita berserah.. kenapa tidak kita wat satu keunikan utk diri sendiri... doktor tu kn manusia juga dan setiap manusia tak sempurna...

** kawan2 terima kasih ya... 

184: mcm mana saya boleh hidup?

setelah sekian lama tak bermalam kt IJN tu... adakah saya kne bermalam lagi disana?? -.-
Jantung berlubang merupakan sejenis penyakit kongenital (dilahirkan). Antara tanda yang jelas ialah pucat (bibir dan lidah yang biru) apabila melakukan sesuatu seperti minum susu dan menangis. Tanda lain ialah sesak nafas, bengkak hati, kurang selera makan dan urat darah timbul di bahagian tengkok. Penyakit jantung kongenital berlaku sebanyak 8 dari 1000 kandungan. Jenis yang utama ialah VSD, ASD, Patent ductus dan Fallots Tetralogy. Pesakit jantung berlubang perlu mendapat rawatan pakar, terutamanya jika pesakit menunjukkan tanda lemah dan kegagalan jantung pada peringkat awalnya (seperti di atas). Penyakit VSD (ventricular septal defect) ialah yang paling kerap berlaku (25%) di mana terdapat lubang di antara lubang bilik jantung kiri dan kanan. Kadangkala lubang tersebut akan tertutup dengan sendirinya apabila meningkat umur. Pesakit perlu dirujuk ke pakar jantung jika menunjukkan masalah kekurangan oksigen.


normalnya aliran darah setiap manusia akan mengalir seperti gmbar atas ni...
sebenarnyer dah 2 kali doktor terangkan kat cik ecah apa masalah kat jantung yang cik ecah hadapi...(sejak ditransferkan ke adult) tp.. still tak faham.. dan baru semalam cik ecah faham... doktor cakap.. cik ecah tak leh nak bergantung kat ayahanda dah sbb cik ecah kne tahu sakit sendri...doktor bekalkan templat bawah ni kt cik ecah...


huu... korg nmpk ke ape perbezaan antara dua gambar kt atas tu??
hurmmm gambar atas adalah jantung bg manusia normal...dan jantung cik ecah yg kt bawah tu...
(kebanyakkan bayi yg lahir hidap jantung berlubang mcm gmbr bwh tu)
cik ecah sakit jantung berlubang dan injap sempit..
jantung berlubang tu sama yg menyebabkan kesannya kepada darah merah dan biru akan bercampur...
injap sempit?? hurmm injap mana yg sempit? injap darah merah untuk disalurkan ke anggota badan yg sempit.. sebab tu cik ecah cepat penat sbb tak kesemua darah dapat di pam ke seluruh badan...
dan... yg cik ecah baru tahu... rupanya2 saluran darah biru ke paru2 tidak wujud masa cik ecah lahir dulu.. err (byknya rahsia ayahanda simpan)
ayahanda cakap saluran darah tu tiba2 muncul dari ruang jantung yg lain mase cik ecah wat 'teropong' mase kecik dlm umur 2-3 tahun...(keajaiban tuhan-hanya padanya kita mohon pertolongan) dan sebab tu juga la doktor tak berani buat pembedahan mase tu.. sbb mahu tengok lagi perkembangan... dan
last cik ecah masuk 'teropong' ag sekali mase darjah 6.. huu lepas UPSR!!
(of cos saya ingat)
mase tu doktor cakap yg sempit tu pulak ada bypass lain tp mase tu tak dapat nak dipastikan lagi...
dan doktor cakap.. cik ecah hidup sbb semangat cik ecah kuat.. dan dengan keajaiban tu la darah still boleh di pamkan ke seluruh badan dan sekarang.. doktor nk wat pembedahan untuk ape?? lubang??
and at last!! doktor dh dapat trace bypass tu dan dorg cakap die tak boleh nak tutup lubang tu sebab cik ecah pyer lubang 'is an internal case'...err.. fikir balik.. takkan la doktor nk bedah jantung plak kn.. hurmm...
dan sebab tu juga la kata sepakat diambil supaya pembedahan dibatalkan...
tp adakah saya kne jalani pembedahan juga??
hurmm doktor nak wat ujian kecergasan dan ujian stress dan 'teropong' ag sekali untuk tengok tekanan darah pada jantung dan paru2...(sbb tekanan masa ni yg rendah tu tinggi... yg tinggi tu rendah)...+disebabkan keputusan ujian darah juga la.. doktor nak juga cari iktiar lain... sbb kemungkinan darah merah akan berkurangan disebabkan darah still tak dapat hendak dipamkan...
tp.. kalau potensi masih 50/50??
( ya allah tenang saja wajah ayahanda masa diberitahu tentang hal ini tapi... adakah hatinya setenang apa yg cube ditunjukkan?? ) hurmm..
setiap penyakit ada ubatnya tp hanya tuhan yg tahu apa yg terbaik untuk diri kita kan...
cik ecah percaya kepada keajaiban doa...ajal maut semua ketentuan tuhan... dia yg lebih mengetahui...
ayahanda cakap..
''k.long dh besar... k.long kne iktiar sendri.. bykkan berdoa.. buat solat2 sunat semua..org lain hanya menolong ''
dan doktor cakap...
''Awak sendiri yg kne kuat untuk melawan penyakit yg awk hadapi... tak ada orang yg mampu melainkan awk sendiri yg perlu melakukannya''

tp saya masih perlukan sokongan keluarga dan kawan2...merekalah semangat saya...
(begitu tabahnya ayahanda dan bonda selama ni) ... **diri.. tolonglah kuat!!

* terima kasih doktor sbb cuba wat yg terbaik untuk saya... selalu kwn2 taya cik ecah mesti tak leh nak jawab and now i got the answer already...


Isnin, April 23

183 : vaccine enfluenza...?

hari ni adalah hari pertama cik ecah kne amik vaccine ni.. huu
untuk kepentingan dan kesihatan diri ni...
dari jangkitan kuman selsema dan batok...
doktor cakap untuk elak kne virus kt paru2 dan jantung.. huu..
makin kronik kah keadaan ku?? hanya tuhan yg tahu...
lepas ni.. setiap tahun cik ecah kne amik vaccine ni.. err..
sakit woo kne cucuk...
cramp tangan.. nasib baik die cucuk kt tangan sebelah kiri...
lepas2 ni cik ecah tau dah... setiap 23/4 setiap tahun.. cik ecah kne g IJN amik vaccine ni... err siapkan tangan kiri siap2... huu..
cramp die terasa macam kne cucuk BCG dulu.. -.-
doktor cakap... virus yg paling dekat bila seseorg sakit jantung terletak pada saluran pernafasan dan saluran pemakanan die sbbnya... kalau kita sedut oksigen dari mana??
dan dah tentu2 oksigen tu akan dialirkan ke paru2 untuk tukarkan darah ke jantung untuk dipamkan ke satu badan... so sebab tu la.. 2 saluran ni kena bebas dari VIRUS dulu...

** diri tabahlah...

182 : Am I going to die?

mom, dad... am I going to die??
waa... sedehnya layan cita wonderful life ni.. err.. layan plak time tgh sakit ni an.. huu..
cik ecah pernah taye soklan ni kt parents cik ecah..
hurmm dulu.. masa kehilangan org tersayang...
tp.. lepas tu cik ecah dah tak taye dah..
takut kne marah...
tp setiap kali cik ecah sakit mesti ayahanda dan bonda cakap...
''along kne lawan jgn bagi bakteria jahat tu makin banyak''
hee.. cik ecah selalu ngelat kut makan ubat -.-
apapun cik ecah tahu.. ibubapa hendakkan yang terbaik untuk anak2 mereka..
termasuklah cik ecah...
cik ecah jadi bersemangat bila
dapat tahu yg ada lagi org yang lagi menderita dari cik ecah... dan mereka boleh jer hidup melawan penyakit mereka tu...
malah.. orang2 seperti mereka ada yang lagi berjaya dari manusia normal..
dan cik ecah selalu ingatkan diri yg cik ecah adalah antara orang yg bertuah sebab sering diuji olehnya...
ajal maut ketentuanNYA ecah sayang... jgnlah kamu berputus asa meminta yg terbaik darinya...

post yg akan datang ni cik ecah akan kongsikan serba sedikit tentang penyakit yg cik ecah hidapi.. err...
tak larat sebenarnyer dok hari2 kawan2 taye hal yg sama.. sbb sebelum2 ni yg selalu taye pun cikgu2.. dan yg tukang jawabnya parents cik ecah.. huu
setiap manusia menginjak dewasa dan perasaan ingin tahu pasti ada dalam diri so sbb tu jugak cik ecah nak kongsikan apa yg cik ecah alami... bukan nk simpati tp sebagai satu perkongsian ilmu...

Jumaat, April 20

181 : 3 hal...


3 hal dalam dunia yg tak pernah pasti :
kekayaan, hidup, mimpi

3 hal membuat kita sukses :
kerja keras, kemahuan, fokus

3 hal utk menjaga sesuatu perhubungan :
kejujuran, komitmen, pengertian

3 hal paling berharga :
kasih sayang, keluarga, teman

3 hal yg tidak boleh hilang :
harapan, keikhlasan, semangat

3 hal dapat menghancurkan hidup seseorang :
ego, memanfaatkan seseorang, mempermainkan perasaan org

3 hal yg menandakan ia adalah orang munafik:
pabila cakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya

3 hal yang kekal abadi :
sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat, anak soleh yg mendoakan.


Selasa, April 17

180 : luahan hati....

itu tak leh nak buat...ini tak leh nak buat..
kalau semua tak leh nak buat...
kenapa saya dilahirkan kedunia ni??
huh.. tu la perasaan cik ecah bila semua aktiviti yg cik ecah nak buat semua orang bantah...
kenapa saya takleh nak buat??
sebab... saya ni seorang penghidap penyakit jantung yang kronik??
saya tahu anda semua risau dan sayangkan saya..
saya tahu anda semua taknak kehilangan saya... mgkn korg tak peduli pun sbnrnyer tp..
takkan saya takleh nak cuba aktiviti orang lain buat??
ni tak... bila saya ''baru'' cakap yang saya nak buat aktiviti lasak yg tu dan ini.. saya nak cube tu dan ini... saya nak masuk sukan tu dan ini... semua orang akan membantah...
saya nak juga merasa ape yang orang lain lalui.. kalau anda semua tak nak rasa apa yang saya lalui tak mengapa sebab saya tahu saya insan terpilih yang boleh melaluinya..
kadang2 cik ecah terfikir kenapa.. kenapa byk sgt pantang larang kat dunia ni??
kadang2 cik ecah rasa ada 2 insan jer yang terbaik dalam diri ni...
ibu dan ayah... dan adik beradik cik ecah.... tu jer!!
sebab dorang membenarkan saja apa yang saya nak lakukan...
sampai ada masa cik ecah dah kuar dari hutan dan buat semua itu ini mase sekolah rendah dulu baru cik ecah bgtau doktor dan last sekali cik ecah hormat bila die cakap...
''adik leh buat semua aktiviti yang adik minat tp janji dengan doktor yg adik akan rehat dan benti kalau rasa penat''
baiklah doktor... dan sejak tu baru cik ecah dapat rasakan yang doktor yg merawat cik ecah adalah org ketiga yg memahami diri ni.. dan sampai sekarang....takde dah lagi orang lain yg faham...
hurmm kalau saya tak cube saya takkan tahu saya boleh atau tak melakukannya..
cik ecah tak benci dengan perkataan rehat tp cik ecah benci bila dgr org ckp..
''awk mmg patut pun tak wat semua benda2 lasak tu... awk mmg patut pun perlukan rehat yg secukupnya...''
setakat ni semua sukan yang cik ecah masuk masih lagi dalam kawalan.. dan.. terima kasih sgt kepada sesiapa yang memperkenalkan cik ecah kepada aktiviti yang cik ecah masuk selama ni...
mmg satu pengalaman tak dapat dilupakan.. and i love it...
dan cik ecah suke sgt dengar bila org ckp...
'ecah penat ea??' bibir ecah dh biru!! kita rehat dulu k.. jap ag sambung balik...'
ya allah mase tu cik ecah mmg bersyukur sgt sbb korg faham cik ecah...
nak tahu kenapa??
sebab cik ecah diberikan kesempatan untuk melakukan aktiviti tu masa tu sampai cik ecah rasa kepenatan dan keseronokan melakukannya...  tp..
sayang sbb tak semua yg faham...
kebanyakkan aktiviti yang cik ecah buat.. cik ecah hanya buat ikut kemampuan + minat..
so kenapa korang risau??
cik ecah pun tak sanggup tengok orang2 yg sayang cik ecah sayang sedeyh...
+ kebanyakkannya aktiviti lasak yg cik ecah buat pun.. hanya lakukan sekali tu jer.. then tak buat dah pun selepas tu... hurmm...
kadang2 cik ecah pelik juga kenapa sampai sekarang cik ecah tak wat lagi pembedahan...
rupa2nya.. cik ecah sendri yg buat doktor risau dan takut utk melakukan pembedahan tu...
sbb doktor ada cakap yang dia takut cik ecah takkan seaktif sekarang + mgkn akan lebih teruk keadaan dari dulu... sbb tu rupanya.. dan sebab tu juga doktor benarkan cik ecah buat apa yang cik ecah suka...
sbb mgkn ada keajaiban yang berlaku... insyaallah...
cik ecah bersyukur kerana kondisi cik ecah baik walaupun mmg ramai yang tak percaya dengan sakit yang cik ecah hadapi... dan sebenarnyer cik ecah rindu nak jumpe doktor2 yg merawat cik ecah dr dulu... sbbnyer dari 7 doktor pakar sekarang cik ecah hanya perlu jumpa satu daripadanya sahaja...
terima kasih ya...


179 : kembar ke...

apa yang si kakak nak.. si adik mesti nak benda yang sama..
haha tu masa hanya kami berdua... masa si adik tak lahir lagi didunia...
semuanya apa yang hendak dimiliki mesti semua nk benda yg sama..
pakaian, buku, barang... semualaa...
pening ibu ayah melayan kerenah kami...
sampai sorg sakit.. yg sorg lagi akan melalui kesakitan yg sama...
huu tu semua dulu.. kenangan...
bila si adik dh lahir ke dunia.. baru ada kelainan 
tp mmg kebanyakkan benda dalam umah ni..
semunya berpasangan... huu
malam ni baru cik ecah tergerak hati nak bukak 2 laci meja bilik stor tu...
selalu yang kemas laci tu.. adik cik ecah jer...
tak tau kenapa tangan ni tetibe nk bukak dan
waa... mcm2 khazanah alam tersimpan dalam laci tu...
huu memori lama kembali... kalaula diputarkan waktu... haha apela jadinya kn??
dan kalau ada si jejaka?? mesti lain juga jadinya.. hehe

cumill kn saya?? ahaks...
tp.. yang paling cik ecah tak sangka...
cermin mata bawah ni...
tu semua stok cermin mata kami adik beradik...
ahaks... cik ecah start pakai cermin mata masa darjah 2 ke 3...
hurmm atas nasihat pakar...
tp adik cik ecah la yg paling awal... huu masa die 3 ke 4 tahun dah kne pakai...
haha kelakar la bila teringat balik...

 
semua stok nk sama jer..
patutla ahli keluarga sendiri tak dapat nak bezakan mana sorg adik mana sorg kakak..
sbbnya tinggi pun lebih kurang sama... -.-



*kenangan zaman muda mudi...

Jumaat, April 13

178 : surat rasmi...



" long, buatkanlah adik surat.. adik nak jugak ikut amik angah... sape nak hntr adik g sekolah kalau semua g penang?? "
" long buatlah surat tu nnti ayah cek dan tanda tangan jer... "
dari awal bulan lagi cik niena duk suruh wat surat2 ni...
aiyaa.. cik adik takleh wat sendiri ker?? huu
sebenarnyer... cik ecah bukan tak nak buatkan tp..
masa yg ada masih panjang lagi kan.. so.. buat2.. tak dengar jer.. huu
waa.. dah lama cik ecah tak buat penulisan tentang surat2 rasmi ni...
ingat lagikah?? hoho... mestilah ingat kn..
disebabkan tarikhnya makin hampir... kesian plak kt si adik... asyik suruh2 jer an.. hee
masa hantar cik miera sambung blajar hari tuh die tak dapat join sbb mase tu die tengah ada peperiksaan dan terpaksa dititipkan ke rumah makcik ecah di balakong.. dan
hee.. terima kasih ya my dear cousin sbb jadi pengganti saya satu hari hantar cik niena g sekolah dan tuisyen...
kali ni.. ayahanda dan bonda pun kasi die ikut sekali disebabkan masih tiada peperiksaan.. tp lepas balik jer dr penang nnti.. haaa.. bertungkus lumus la anda ya my dear sis! (^.^)
huu.. along dah siapkan pun surat ang tu.. tggl nk suruh ayah tanda tangan dan HANTAR!!
cik miera plak?? hurmm..td die call lagi cakap jgn amik die lmbt.. huhu risau benor..
ye my dear.. kiteorg terus terbang g penang nnti nyer lepas adik balik sekolah hari khamis tu.. -.-
awat la balik hari khamis... cian adik kene ponteng sekolah.. ahaks...
ayah, ummi, kakak, abang, adik.. huu semua amik cuti dah.... hee...

wordsless 29


Rabu, April 11

177 : gempa??


  • salam....ngah, ang okay tak kat sana?? gegar rasa sgt ker??
  • ok.haha.cuak gak r
  • rasa kuat sgt ker?? dgr amaran tsunami??
  • a'ah.. angah tau..kat mana tah.. kuat gak ar..
msj ringkas cik ecah hntr kt cik miera bila dpt tahu ada gegaran...
alhamdulillah la kalau tak ada pape dan die selamat..
khabar berita tu membuatkan hati ni rasa lega sikit.. huu
padahal cik niena kt dalam tgh dok online dgn cik miera.. ahaks..
(mana la cik ecah tau!!-tgh amik buah jambu kn) huu
bila teringat balik peristiwa tsunami yg berlaku akhir tahun 2004 tu... 

YA ALLAH... 
adakah ini amaranmu supaya kami tidak lalai dengan rahmat yang kau berikan...?? 

“Dan terkadang Allah menggetarkan bumi dengan guncangan yang dahsyat, menimbulkan rasa takut, khusyuk, rasa ingin kembali dan tunduk kepada Allah, serta meninggalkan kemaksiatan dan penyesalan atas kekeliruan manusia. Di kalangan Salaf, jika terjadi gempa bumi mereka berkata, ‘Sesungguhnya Tuhan sedang menegur kalian’.”-Imam Ibnu Qoyyim-

“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”

*renung2kn...

176 : terkenal ker??

9/4/2012
dekat 2hr tak aktif  facebook ..cik ecah on la..
pastu tangan ni tergerak tekan nama ayahanda utk masuk ke page die..
sekali terpandang satu gambar yg telah ditagged.. iaitu....


keratan akhbar harian metro 7/4/2012
cik ecah try la nk bukak besar2 gmbr atas ni tp...
hampa -.- tulisan tak dapat hendak dibaca...
cik ecah cari kt laman web harian metro dan.. sama juga.. hampa...
then cik ecah save jer la gmbr tu...dan... cik ecah share!!
hurmm betol ke keratan akhbar ni sbnrnyer??
kalau betol kenapa tak jumpa + masa tu pulak la ramai yg tak beli akhbar tu hr tu... huu
ramai yg taye kenapa nak sangat cari keratan akhbar atas ni...
sbb nyer... semua gambar yg atas tu cik ecah kenal..
tu semua adalah ahli kompang persaudaraan penjara kajang
+ anak2 didik ayahanda iaitu dr cawangan...batu 3bangi, taman tasik kesuma semenyih, taman muhibbah kajang, dan taman quepacs...
+ gambar2 tu semua masa ayahanda main di majlis persandingan adik sepupu cik ecah di Gombak..
hurmm cik ecah ada taye ayahanda... ada ker org interview die mase tu..
dia cakap die tak ingat tp.. ada jer org soal siasat die taye dari mana...
sbb mcm biasala kalau majlis keluarga.. mmg ayahanda akan ajak semua anak2 murid die turun serta dalam majlis tu dan akan bertolak dengan satu bas.. huu tak kesah la baju tu bercampur warna asalkan semua dalam satu kumpulan..
+ cik ecah tau.. anak2 didik ayahanda tu semua nakal2 tp.. mereka semua baik dan dengar kata.. tu yg cik ecah kagum dengan ayahanda sbb leh jadi cikgu dan handle semuanya.....
hurmm paling ramai pernah turun dekat 100++ org dalam satu majlis... mmg catat rekod..
mgkn mmg ramai org tak kenal kumpulan kompang ni  sbb tak pernah tengok seramai tu ahlinya sekali turun untuk bermain...  keseluruhan lagu?? hurmm cik ecah tak pasti.. tp.. paling sikit ayahanda akan mainkan sebanyak 6-7 lagu...dan ayahanda mmg akan main sampai pengantin turun untuk makan beradab..
tp kalau tuan rumah yg mntak.. so kne ikut la permintaan...
tu la keistimewaan kumpulan ni yg cik ecah leh kongsi bersama...
cabaran?? hurmm mmg byk... kompang pecah.. hilang.. semua ayahanda akan baiki dan cari sendri balik.. dan ayahanda sendiri jugalah yg akan ngajar setiap tempat yg memerlukan perkhidmatannya tanpa pertolongan.. kadang2 jer ayah akan bw pembantu...
+ ayahanda sendri yg akan memperkenalkan mereka satu sama lain dengan membawa senior ke tempat2 junior utk menaikkan semangat junior menjadi seorg yg pandai bermain.. hee kadang2 rasa seronok tengok dorg ni lawan2.. apapun ayahanda selalu cakap.. kita dalam satu pasukan dan kita selalu perlukan satu sama lain...
hurmm.. cik ecah nak sangat keratan akhbar ni kalau sapa2 ada.. sbb ayahanda nak frame kn.. sebagai kenangan katanya dan.. kumpulan ni terkenal ker??
hurmm cik ecah rasa.. terkenal dekat area hulu langat dh la kot.. area lain mgkn tak.. tp...
paling jauh kumpulan ni dh pergi adalah ke pahang dan johor.. tempat2 lain?? akan dipertimbangkan..
sbb nyer.. sape yg nak mohon.. hendaklah mengutuskan surat permohonan utk perkhidmatan kompang tu yer... + mmg setiap tahun ada jer majlis dan sentiasa penuh... skrg ni pun dh ada org book utk majlis tahun depan.. huu cepatnye -.-
hurmm ayahanda cakap taknak la terkenal sangat nnti tak terkawal...
hurmm sapa sebenarnya yg bg maklumat??
cik ecah rasa ayahanda sendri yg bg maklumat masa majlis tu.. just ayahanda tak sedar org yg taye die tu wartawan atau tak.. huu


** hr sabtu tu tak sempat bace surat khabar pun sbnrnyer... kesian ayah sbb cari sgt keratan berita tu.. -.- harap dapat la.. (kalau betol2 kuar akhbar tu) cik ecah dh try contact harian metro sendri tp takde balasan.. sobs -.-
ingat lagi sabtu tu ayahanda main utk 2 mjls.... cik ecah kt spital mase tu... + tak terlintas langsung nak bace paper.. huu

(selamat malam)

175 : malas nak topup...

perbualan adik beradik pada suatu petang :

1 :  kak, nak tefon...
2 :  aik?? mana tefon sendri??
1 :  alaa.. org nak pinjam tefon die kejap...
2 :  amik la.. ada ats meja dalam bilik...

lalu si adik pun amik la tefon tu... di belek2nya.. amik2 gambar.. pastu...

1 : kak.... ada kedit tak? adik guna ea... nak balas msj kwn... kdt takde la...
2 : amboi... tau2 je ea no tu ada kedit??
1 : hee boleh ea?
2 : guna laa...

lalu si adik pun guna la henfon kakaknya....kakak pulak jenis yang tak kesah... dan sampaila si kakak mencari henfonnya kembali sbb satu urusan...

2 : mana tefon org nk guna...
1 : ada kat tempat die.. org dh letak blk dh...
2 : ha okay!

lepas jer beberapa saat si kakak matikan talian...

1 : kak.. tefon ang puyer.. kedit org puyer ea??
2 : aik? boleh pulak macam tu??
1 : alaa.. org malas la nk topup.. ang bukannya guna pun...
2 : haha mmg org topup no tu utk org lain yg gune.. huu
1 : hehehe org malas nak topup la... mase ada kedit tak ada pulak org taye itu ini.... masa ada kedit.. fon tu buyi pun tidak.. huu
2: haa sudah.. wat ayat sedeyh.. guna jer la.. tak kesah pun...


*** macam2 la adik aku sorg ni -.-

174 : blog hilang??

awak, kenapa saya tak bleh nak bukak blog awak??
blog awak hilang ea??
huu.. ada kawan fb taye cik ecah..
ahaks... rasa macam nak gelak pun ada huu
maaflah blog cik ecah private dalam masa 5 hari.. huu
bukan apa.. sebab virus malware tu la.. hish -.-
sedeyh nyer..
cik ecah rasa bersalah pulak kt sape2 yg bukak blog cik ecah ni pastu terkena tempiasnya sekali...
jahat. jahat. jahat. jahat jahat... huu jahat betol la virus ni!!!
tppp kannn...
cik ecah pelik la...
ada jer yang tak detect pun virus tu... hurmm
apapun sekarang ni cik ecah sendri dah leh on page ni macam biasa..
dah tak kuar dah page virus tu...
hurmm.. kalau sape2 yang bukak blog ni dan kene virus tu..
I AM SO SO SO SO SORRYYY to all of you...
serius cik ecah seorang yang tak tau pape pasal virus ni..
MAAF sgt...
apapun.. cik ecah on balik page ni.. sebabnya.. rasa macam tak best plak bila wat private...hee

173 : bukuu ohh bukuuu...

assalamualaikum... dh lama tak update..
hurmm lama ker?? ada la dalam 1-2hr.. huu
cik ecah busy kemas mini library a.k.a stor umah ni.. ahaks...
dah tak keje + takleh pegi mana2... so.. kebosanan duk umah.. lebih baik cik ecah wat sesuatu yg berfaedah...
+ bonda tercinta dah bising2 suruh kemas buku2 yg bertimbun yg tak tersusun tu...
dah cakap stor so barang2 dalam tu banyak la jugak + bilik tu juga la mini library umah ni..
mana tak penuh?? huu baiklah bonda.. along kemas buku2 tu ... grr...
jom kita mula mengemas..  (^.^)

mula2.. kne kosongkan rak yg ada.. letak semua buku2 kat bawah.. haha
ada ciri2 pustakawani tak?? huu -.-
susun ikut jenis nya.. haha nnti takde la penin nak cari..
ni bila tak bercampur semua.. tu yang malas nk kemas balik tu.. 
last2.. jadinya letak jer la kt mana2.. haha


nmpk tak tu.. novel yg paling tggi sekali.. hish2...
tp.. paling banyak sebenarnyer buku2 yg kat bawah ni..


Ya allah bersepahnyer buku... 
sampai tak ada ruang nak lalu...duduk.. 
solat?? huu.. lagi la..
selalunya bilik ni la tempat solat feverat cik ecah.. hish2 xleh jadi kne kemas gak.. 
tp.. bila  ternampak buku2 majalah sekolah bawah ni?? err... benti dulu la.. 


imbau2 kenangan silam bersama kawan2 di sekolah... huu
tp... takleh lama2 lorh... satu rak dah hbs dikemas.. rak lain pula yg menanti.. huu
kne kemas semua sekali.. kalau tak?? tergendala kerja... hish.2.. 


 ni lagi satu rak buku2 tebal.. grr.. berat nyer la buku2 ni..


kene hati2 sebabnye... atas tempat buku2 ni ada....


berpuluh2-puluh buah kompang ayahanda tercinta.. huu..
sekali goyang... grr.. takut semua jatuh.. 
kalau tak jatuh takpe ag.. tp.. kalau kne badan?? huu.. best woo -.-
huu dekat 2hr jugakla kemas buku2 jer.. dan hasilnya...




alhamdulillah.. selesai satu bab..
esok?? huu kne selesaikan bahagian stationary plak.. huu...
sah esok byk jumpa buku warna2.. hee.. ada adik2 nak ker??
cik ecah rasa hurmm.. cik ecah bagi anak2 sedara jer la... hee.. 
sonok tengok dorg warna2 bila datang umah ni.. sbb tu la masih simpan... (^.^)

Selasa, April 10

172 : cumil jer...




cumil kn??
air mineral ni cik ecah dapat dari salah satu kenduri khwn
hee... 0.23L
tp.. bg cik ecah cukup utk basahkan tekak okay la kut.. hee...
almaklumla.. cik ecah ni hantu sir skyjuices ni.. mmg tak cukup laa

Sabtu, April 7

171 : kerja ohh kerja...



''long, ang bukan nak cari keje part time je ke?? 
macam cari keje tetap plak adik tengok''

tu soalan yg cik niena taye masa amik die blk sek ptg semalam...
huu cik ecah pun tak tau kenapa byk sgt borang permohonan yg cik ecah isi sampai ada kebenarannya apa yg cik niena cakapkan tu...
tp...kalau dapat kerja tetap dan ianya kerajaan mmg cik ecah terus kerja laa.. hee
susah kut nak dapat kerja skrg ni..
 buktinya?? hurmm 
punyerla hntr resume berlambak2 tp satu pun tak ada balasan.. 
aiyaa...saba jer la..
tp.. cik ecah tak ada la nak kerja sangat skrg ni 
+ bonda cakap start kerja bulan 5 la.. 
lagipun bulan ni mmg banyak aktiviti + ada date ngn doc lagi... hurmm
+ dh janji nak g amik cik miera pulak akhir bulan ni..
 so... xpela.. insyaallah rezeki ada dimana2... 
kerja ni penat kn?? tp cik ecah rasa ada betolnya kata2 ni 
''orang2 yang betul2 bersedia sahaja yang boleh tahan untuk kerja sepenuh masa''
 

huu apapun cik ecah nk ucapkan TQ very2 much kt bos ayah ni 
kalau takde benda alah atas ni.. grr... sure semua dokumen tak sah!!
hee.. maaf nyer tuan saya sakitkan tangan tuan.. hee
(jahatnya saya hntr 10 x 25helai utk dia sahkan)
lepas ni dah tak buat dah... lebih dari cukup dh copies yg dh ada.. huu


** teringat dulu selalu tolong arwah atok cop kn dokumen2 org kampung.. sekarang?? al-fatihah...

170 : tggu 10hari yer..


huu td g hospital kajang jer utk amik darah +
wat ujian darah utk serum iron dan FBC sepertimana yg doc IJN nak.. huu
td tak ramai sgt patient tp boleh tahan gak la..
huhuhu nasib baik tak nampak practikal student.. heh lupe.. hr ni sabtu... dorg takde ea??
hee... cik ecah seram kalau student yg buat + dah pernah kne student wat sampai bengkak tangan -.-
grr ko ingat tangan aku ni patung ker?? leh cucuk jarum sesuke hati??
tp sejak kejadian tu... bonda dh bgtau doc yg cik ecah ni special... sbb nyer..
kejadian tu membuatkan bengkak tu takleh hilang dekat sebulan kut mase tu -.- sakit tau!!
lebih rela duk umah bonda jer yg cucuk amik darah ni...hish2..
nasib baik td yg amik darah tu mmg seseorang yg bergelar doktor! huu selamat...
dalam2 tu mata ni mmg takkan tengok la jarum tu...
automatik mata ni pandang tempat lain.. hee tak sampai seminit... SIAP!!
rase macam semut gigit jer...  tp bila pandang.....
pergh.. byk gak doc ni amik darah cik ecah...
2 balang yg macam gmbr atas tu...hish2...
hurmm  keputusan bila kuar???
keputusan akan tahu lepas 10hr wktu bekerja..
(biasala hospital kerajaan.. ramai sangat patients -.-)
padahal malas nak g IJN seminggu awal...
huhu takpelaa... keputusan tu nnti bg kt my mom jer la ea...
apapun harap keputusan baik2.. sebelum g IJN 23/4 ni...
so kira sempat la nk tggu kptsn tu kuar 10hr..

169 : pengubahsuaian...

assalamualaikum...
ada nmpk pape perubahan ker kat blog ni??
maaf nyer.. disebabkan sesuatu telah terjadi... grr..
apa kes tuan pyer blog sendri tak leh nk bukak blog??
+ cik ecah dapat gak feedback dr kawan2 lain yg ada juga yang tak leh masuk blog cik ecah ni..
jadi cik ecah amik keputusan utk ubahsuai pape yg patut...
this blog is under modification... huuu
its will take time.... tak tau la lame mana sbbnya..
ada yg boleh bukak ada yang tak leh bukak so...
cik ecah tgh cuba mendapatkan pertolongan dari kawan2 yang lebih pakar dalam bidang IT ni...
waa.. harapla dapat diselesaikan apa puncanya... -.-
sedih nya.. dekat seminggu dua jugak blog ni bermasalah... sobs2..
so buat masa ni biarla blog ni mcm ni jer dulu... kosong... simple... xde virus...
tu yg penting... huu

Jumaat, April 6

wordsless 28 - ubat hati


168 : family gathering...

assalamualaikum...
  • nan berseluk urat... nan berjumbai akar... nan berlambai pucuk
  • kaki tersepak sakitnya sampai ke hati
  • ibarat perahu tidak akan karam sebelah
itula antara peribahasa yg sangat sinonim dengan lumrah berkeluarga sbnrnyer..
nk mksd?? cari sendiri ea.. huu
subhanallah...alhamdulillah....
terima kasih ya allah sbb masih beri kami kesempatan utk berhimpun lagi...
bersyukur sangat kerana makngah dh semakin pulih seperti sedia kala...
dari bergantung pada alat ciptaan manusia dan kini masih diberikan kesempatan utk meneruskan kehidupan secara normal kembali..
setiap perancangan dan musibah yg diturunkan mesti ada hikmah disebaliknya...
huu...cik ecah masih dalam keadaan kekeyangan sbnrnyer ni...
dah lama tak berhimpun ramai2 mcm ni mmg rasa seronok sgt...
FAMILY GATHERING berlangsung di 
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
berhimpun seramai 5 keluarga... 22 ahli.. 
ahli yg lain?? hurmm jauh dan tak berkesempatan utk turut serta...
huu tidak mengapa insyaallah nnti akan berhimpun lagi...
walaupun sekejap tp rasa kemeriahannya.. 
alhamdulillah masih kuat ikatan tali persaudaraan antara kami... 
walaupun sekarang masing2 sibuk dengan kehidupan sendiri...


borak borak borak + makan makan makan
= saya enjoy sangat + boleh pecah perut 
(o.0)



** kejam nyer kami telefon cik miera yg tgh study utk final exam.... GOODLUCK sis!! 

Khamis, April 5

wordless 27


wordsless 26


167 : friends request...??

assalamualaikum...
dah tdo ker?? hari yg penat tp cik ecah tak wat pape pun..
hurmm cmne tu??
huu hr ni penat pegi pos2 surat yg dh patut di pos sbb
due date permohonan kerja semua dh nk tamat tempoh...
kejap je pun jangka hayat utk semua permohonan tu...
+ pegi juga cari keje part time yg lain yg rasa boleh dilakukan... huu
kebosanan dah duk umah.. + terfikir takkan la nak duk umah lagi 5bulan tanpa wat pape..
sudah2la menghabiskan boreh jer selama 5 bulan yg dh lepas ni...
klu keje?? ade gak pengalaman...err...
okay, sebenarnyer tak nak melalut pasal tu...
malam baru cik ecah dapat online...
dan aktif jer page FB...


pergh... 36 notification... -.-
tak pernah2 notification sebanyak tu akhir2 ni.. dulu2 pernah la...(hari2 on)
sekali cik ecah tgk bahagian frenz request yg berlambak sangat... aiyooo
kne amik tindakan juga kalau tak makin bertambahla nnti...
bukak jer.. tgk ade dekat 50++ yg cik ecah wat tak tahu jer...
+ dapat dekat 1-5 msj suruh approve... huu...
(mmg kwn cik ecah la pun yg hntr private msj srh approve tu)
hurmm...maaf la kawan2 yg lmbt diapprove tu... hee... terpandang sebelah mata jer pulak kn request dr korg...
dari 50++ tu... dalam 10 jer yg cik ecah approve... ahaks...
nmpk sgt yg selebihnya tu cik ecah tak kenal...
hurmm untuk page facebook ni mmg cik ecah tegas sikit..
kalau dulu time2.. friendster, myspace, tagged.. main balun jer accept semua...
tp sejak bukak akaun FB.. dh tak minat semua tu...
ramai kawan tp tak kenal + tak tau nak sembang ape ngn die...
just memenuhkan ruang kawan jer la kalau camtu...
lagipun ayah dh pesan awal2.. accept kawan2 yg kita kenal...
leh tahu perkembangan terkini kawan2 tu...
kawan2 jgn lupa... dorang akan datang tolong jika adanya kepentingan...
+ senang bila nak wat gathering... huu...
so, cik ecah pun ikut cakap utk approve sape2 yg dikenali sahaja...
kalau macam kawan2 myspace, tagged dan frienster yg dh selalu contact dh berbual mesra tu takkan la taknak add dorg balik kn..
kenapa perlu memutuskan silaturrahim yg dh terjalin..?? so sbb tu juga la cik ecah accept...
ahaks + cik ecah delete juga orang2 asing yg cik ecah ter'approve' sebelum2 ni -.-
boleh plak...(tak tau la bila approve nyer tu)
hurm sbnrnyer cik ecah nak wat cm ayahanda...
dia aktif dan still contact kawan2 die walaupun dh dekat 25++ tinggalkan alam persekolahan...
bukan sekolah menengah jer.. sekolah rendah sekali tu... huu
jeles woo bila dorg wat reunion ramai yg join.. semua berkumpul kembali...hurmm...
SOMEDAY...harap boleh la kumpul balik semua kawan2...
walaupun semuanya dah berpecah utk menimba ilmu sekarang ni...
huuu okayla.. selamat malam... (^.^)

**tak de langsung frenx request ditinggalkan.. suka!!

Selasa, April 3

166 : Cinta platonik...

Cinta platonik tu ape??
Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.
Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.
korg ada kawan yg berlainan jantina...??
kongsi setiap apa yg korg minat, rasa,  lalui... semua korang luahkan kt die... rasa macam dunia tu korg yg punya sampai.. org lain takde pun okay utk korg asalkan korg ada satu sama lain dan kongsikan semuanya bersama... tp... perasaan CINTA tu tiada... tu la cinta platonik...
mmg susah nak cari kawan yg macam tu kn?
kawan yg sesama jenis pun susah kita nk faham....
ade jer perbalahan la... salah faham... tak fahm... hee semua ada...
tp cik ecah jenis kawan semua org pastu ingat... mmg tak lupe la... tu yg cik ecah pelik...
kawan2 mesti cik ecah ingat... tak pernah plak memori lost.. hoho
so, kalau korg ada cinta platonik ni... hargailah die...
mmg susah la nk cari org yg selalu memahami kita...
sbb utama adalah korg pernah lalui pengalaman yg sama dan sentiasa okay jer kongsi segalanya ngn die...
sampaikan korg masing2 ada gf n bf pun korg still berhubung antara satu sama lain... huu...
semua rahsia dh  tak jadi rahsia.. + bleh tahu dh die ada benda yg nk dikongsikan atau tidak..
dapat je mengagak bila org tu perlukan kita...hurmmm...
cik ecah ada ker cinta platonik ni??
jeng jeng jeng....
TQ kepada org yg sudi dengar dan amik peduli psl diri ni malah sentiasa bg semangat...
(^.^)

** sedih plak tengok cita 3 janji ni... apala 3 janji tu ea.. haish.. wat org tertaye2 btol -.-

165 : apa sudah jadi??

Woo Woo..
thanx Daoz Vistrox sbb tolong nk selesaikan masalah tp.. masalah tu.. grr
cik ecah kne taye pakar coding ni...
ape kes cik ecah sorg jer yg nmpk blog sendiri jd cmtu padahal org lain tak pun...
aiyaa.. TAK syiokk btol la kalau cmtu...
hurmm korg masuk blog ecah ada ker jadi cam entry cik ecah yg sebelum ni??
kalau ade helo2 k... nk tahu jugak ape masalahnyer ni...
kepelikan!!
+ disebabkan tu jugak la cik ecah tukar version blog ni... huu
nmpknyer cik ecah kne biasakan diri guna version baru ni.. grr
skrg dh start godek2 sikit2 version baru ni kesimpulannya...
version baru macam makin dalam jer die pyer fungsi ni...
hurmm lepas ni leh la letak labels.. hee...
dah tau dh mane datang label tu..
kalau tak.. cik ecah still gune version lama jer la.. hish2...
nmpknyer... lepas ni kne tadah la telinga ni dengar bonda tercinta membeel sbb mata dok ngadap skrin dan tangan kt keybord jer kn... heee

164 : virus!!!

waa... cik ecah rasa nk nanges bila cik ecah nk tgk blog sendri lepas wat entry tp keluar benda ni


sape yg hack page cik ecah ni??
jahatnyer...!!!
nk update dan post entry baru boleh plak...
HELP!!

163 :: cepat2.. mohon sebelum tutup...

mood masih dalam pencarian kerja sementara sebelum keputusan sebenar keluar... huu
kalau boleh mestilah nk kerja kerajaan kan.. 
 +bonda dah pesan awal2...kalau boleh kerajaan la... huu
pastu....
cik ecah terbukak satu laman web ni.. 


waa.. banyak nyer jawatan kosong..
permohonan baru dibuka balik kn??
sbb kerajaan dah buka balik permohonan...
jadi...cepat2 la mohon bagi sapa2 yg nk mohon kerja kerajaan tu kan terutamanya sebelom permohonan ditutup.. huu
setiap malam keje asyik upload surat permohonan jer dr laman web sampai bonta tercinta cakap...
''umi tgk along dah macam kerja kilang jer... sbb dr semalam dok susun kertas then print..."
ahaks.. saba jer la...
hurmm cik ecah dh buat pilihan.. kalau cik ecah dapat kerja kerajaan kali ni.. mmg takkan wat kesilapan dah...
cik ecah akan amik peluang kerja dulu dan belajar?? cik ecah wat PJJ... insyaallah... belajar kne sambung... rugi la kalau tak sambung... nak juga berjaya mcm kawan2 lain...insyaallah..
kita doa sama2 k... (^.^)

meja orang buat kerja... hish2 bersepah nyer... 
meja ni cik ecah kongker mggu ni.. settlekan semua baru bersihkan.. huu

162 :: sibuk mengalahkan menteri !!!

assalamualaikum...
hye stalker... maaf la 2-3hr ni sibuk sampai tak sempat nak update... huu...
sekarang ni cik ecah sibuk menguruskan surat2... utk memohon kerja dan UPU...
waa... kerja stuck sbb mini transcript takleh nk bukak kat kolej sejak permohonan upu dibuka...
kne g UiTM shah alam klu nk benda alah tu... huu...saba jer la...
hurmm ingatkan isi borang online jer.. sekali baca...
permohonan lepasan diploma/setaraf WAJIB mencetak maklumat permohonan setelah mengemukakan permohonan @ mengemaskini maklumat dan menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya 19 april 2012...
tu yg risau jer kn bila mini transcript ada tergolong dalam dokumen yg perlu dihantar sekali... sabar2...
kalau tak buat??
aiyaa musnahlah harapan nk masuk universiti pilihan kalbu.. ceh touching plak petang2 ni... hujan plak tu skrg.. (sedap tdo ni) -.-
cik ecah nak taye jer kawan2 yg dh lepas  grr kira senior la.. 'boleh tak kalau x hantar dokumen2 tu semua..' huu mcm la dorg cek kn.. hee tp.. dorg2 ni semua mana ada mohon upu...tu nak tak nak.. takut pye pasal ag... mmg cik ecah kne buat jugak la kan...


sampai kne susun kat bawah sbb meja dh penuh... -.-

saya jumpe mini transcript yg saya dh minta kt koordinator sebelum keputusan recheck kuar hr tuh.. 
huu kira halal la kn??
(sbb mcm xde perubahan pun sbb semua kptsn dh ada dlm tu kecuali semester akhir pyer result)
hantar jer...huu kang ag lambat... lagi tak senang duduk... aiyoo..
dr susah benar nk dpt maklumat yg benar pasal mini transcript tu..
kang g UiTM die ckp knp tak amik kt kolej jer... tp...
coordinator suruh g UiTM... grr...
web sapa yg problem ni sbnrnyer?? UiTM ke KPTM?? haish... sabar2...
cik ecah call UiTM tak berjawab plak.. bikin panas jer hati...
hush2.. dh2... cukup2 la ngumpat... hee... tambah dosa kering jer -.-
dan sekarang surat2 tu semua ready untuk diposkan...

esok. misi cik ecah.. post semua surat2 

Ahad, April 1

161 : Dimanakah silapnya...


Dulu dia ingat segala ayat yg diajarkan...
malah segala ayat yg dibelajarnya akan dipraktikan...
Dulu dia ingat semua surah dan mula menghafaz ayat tuhan...
malah lancar menuturkan segala surah tersebut tanpa satu pun kesilapan...
Dulu dialah hafiz dan hafizah...
Dulu dia la kebanggaan ibu ayah... 
TAPI...
dimanakah silapnya...???
kerana KINI....
apabila menginjak remaja... sikit-sikit...
Dia lupa segala-galanya ayat yg  telah dipelajarinya...
Dia tidak lagi mempraktikan segala ayat yg selalu menjadi rutinnya dahulu kala...
Dia lupa segala surah yg sudah dihafaznya...
Dia gagap menuturkan setiap ayat tuhan kesayangannya...
dimanakah silapnya...???
adakah dia tidak menyesal jika sudah TUA...
baru dia ingin belajar semula semua ayat-ayat mudah...
baru dia ingin mempraktikan kembali apa yg telah diambil mudah...
baru dia ingin menghafaz semula semua surah..
baru dia ingin melancarkan kembali semua yg diluah...
malah... dia tahu bahawa..
otak perlukan masa utk diolah...
perbuatan sentiasa perlukan amalan harian... 
dan lidah akan kelu untuk menuturkan surah...