........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Isnin, Jun 30

348 : When the time come, it will happen


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 

loved

Jumaat, Jun 20

347 : Penangan Charlie!

SalamunAlaih... 
Cik ecah pernah kongsikan maklumat pasal serangga Charlie ni kt page facebook tahun lepas..
Mase tu cik ecah ade kt Machang dan banyak binatang pelik2 yg wujud...
tak tau la pulak tengah2 bandar Kota Bharu ni pun wujud jugak binatang pepelik ni..
ni sedikit info tentang serangga Charlie bagi sape yang tak tau tu atau korang boleh je google... huhuhu

SESIAPA ADA TERJUMPA SERANGGA/BINATANG SEPERTI INI TERUS BUNUH KERANA JIKA MENYENGAT/MENGGIGIT, KESANNYA AKAN TERJADI SEPERTI DALAM GAMBAR.
HAIWAN INI SELALUNYA ADA DEKAT CELAH2 BUAH DUKU, DOKONG & LANGSAT. BUAH-BUAHAN LAIN PON KADANG2 ADA...
APA ITU serangga TOMCAT ?
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.
Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai ‘Pederin’ (C24 H43 O9 N) ditemui pada tahun 1953.
Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.
Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:
Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus
Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.
SEKIRANYA TERKENA : Cepat cuci air bersih, letak hydrocortisone 1% / betametasone+antibiotik neomycin sulfat-3xsehari / letakkan Acyclovir 5%.
Binatangnya mcm kala jengking tp kecil pnjang warna merah belang hitam.. Kalau digigit jadinya mcm herpes merah dan tengahnya bernanah diameter 2cm dan terus membesar bila tidak di ubati
SHARE SEKIRANYA BERMANFAAT!
PESANAN MASYARAKAT DIBAWAKAN KEPADA ANDA OLEH Mazeer Mohamad
huhu mungkin tuhan nak bagi cik ecah rase sakitnya camne kut sbb kebanyakkan roomate dah kene kt bahagian badan.. tp cik ecah tak kene....
err sekali cik ecah kene kat mata!
huu.. sape yang pernah kene mungkin tahu camne rasa sakitnyaa..
dugaan dugaan...disaat kesihatan diri semua makin pulih kecuali batok...
alkisahnya cik ecah siapkan report dan slide sampai tertido taktau pukul bpe..
esoknya bangun mata sakit..
air mata asyik kuar je ha.. ingatkan sakit mata la kan... dan duk la tahan2..
letak eyemore je.. tp tak baik2... selalu okay je...
dah bagitau bonda, bonda suruh pegi cek kat spital takut kene kat selaput mata..
tapi mata cik ecah tak merah pun...
ialah mata adalah tempat yang paling sensitif!
dah tak tahan pye pasal..
ialah siapa la tahan duk jawab test tp air mata ni asyik kuar tak benti2 dan makin pedih pulak rasanya kat keliling kelopak mata tu...
tak pasal2 pegi jumpe doktor sekali doktor cakap 'ni kene charlie ni...'
huu tak tau nak reaksi macam mana... lagi2 bila doktor letak ubat putih kat keliling mata..
automatik makin banyak airmata ni kuar..
peediiihhhhh woi.. sangat laa.. macam kulit melecur kene air..
mcm tu la rasanya setiap kali basuh muka... huu
sekali doktor amik gauze tutup mata ni sebelah..
ha makin kurang penglihatan yang ade..
rasa nikmat ditarik buat seketika... sob sob sob...
tapi bila difikirkan.. nasib baikla tak kene macam dalam gambar yg kt atas tu... gerun haih..
mesti azab die... hanya tuhan yang tahu huhu


dan sejak tu pegi memana denga mata tutup sebelah..
huu orang tengok buat tak tau je..
nasib baik semalam last class... dan last test!
tp nak tak nak masa test tu buka juga sebab tak puas tengok soalan...
ade ubat tak rasa sangat tapi bila kene cahaya matahari memang perit!
apapun alhamdulillah...
mata ni makin pulih... huu
harap takde kesan parut!
huhu sepanjang mata ni sakit.. memang la sangat manja...
cuci mata dengan air panas supaya tak kene kuman!
doa2kan supaya mata ni cepat baik..
minggu depan dah nak final!
all the best kawan2 seangkatan yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan...
terutama rakan2 UiTM..
&
dapat mesej bawah ni dari ayahanda pagi tadi...

alhamdulillah..
semoga cepat sembuh buat ayahanda juga...
loved!

Isnin, Jun 2

346 : saya kuat!


demam lagi?,jgn skip makan ubat,makan ubat double,vitamin makan pagi petang,minum air banyak2, sup2, susu, apa2 jenis air...g spital lah,along buat ubat sendiri.. ,along minum air kelapa bebanyak, risaula bila along kne batok, jgn mandi malam... -ayahanda n bonda-
air suam pun sedap gak -adik-
jantung okay tak? riso plak dgn along ni,  jaga diri baik2, jangan minum ais banyak sangat -maktam-
okay.. saya tahu saya dah buat bonda dan ayahanda + insan2 yang tersayang
risau dengan keadaan diri yang kne serangan virus secara tetibe
al kisah kne virus selsema dulu dah sebelum cuti hari tu,
then mase program badan dah mula nak demam dah sebenarnye
dan habis jer program batok plak amik tempat
huu masuk minggu kedua demam ni main cak cak pulak...
bila okay sikit.. pastu datang balik.. pastu ok.. pastu tak...
mummy.. i miss home!
really miss home.. kalau waktu sakit2 camni memang takkan ade kerja lain selain tido, makan, rehat..
hoho awk kne belajar berdikari aisya!
dah jauh ni la baru terasa kan...
dulu study kt KPTM sakit sikit.. ade je orang datang jenguk..
parents.. pakcik.. makcik.. abg.. kakak... tp sekarang
hari2 kne bagi berita terkini kepada dorang.. terutama kt bonda tercinta..
siapkan telinga jer denga untuk kebaikan diri sendiri jugak!
tak payah nak berahsia sangat la kan.. dorang tau je diri ni sihat ke tak... hurmm
apapun selsema dah berkurang tp... batok makin parah!
dalam banyak2.. virus batokla yang paling susah nak baik.. ni cik ecah tak jamin la bila boleh baik...
paling kurang pun sebulan dua..
paling lambat raya nanti tak tentu baik lagi huu
nasibla... sesak nafas faham2 la g klinik amik oksigen ye..
to all my family member.. sorry coz make u guys worried about me..
demam dh okay sikit..
ubat doktor memang tak jalan..traditional juga berkesan heh...
hari2 minum air nyor (kelapa) bg pulihkan balik selera makan n imunisasi badan sesikit..
bubur memang makanan harian wat masa ni
sakit gak la.. dah makan pastu kuar balik.. aptb +.+
awk kan kuat! bertahanla.. sikit je dugaan tuhan ni...
sem ni okay je sebenarnya..
akhir2 ni je sakit mungkin sebab cuace dan kekurangan air
dan tetibe terasa tekanan tu bila fikir keje, kuiz, ujian yang tak sesiap tu
+ final nak dekat huu
okay saya lupe pesan doktor suruh kawal tekanan!
dan sekarang saya tengah cuba kawalnya...
serius jantung cik ecah okay jer..
sakit dada datang bila batok tak dpt nak kawal..
tp secara keseluruhan saya okay...
dont worry my dear family.. n to my frenz too
thanx sebab selalu ade disisi n amik berat
cik ecah masih mampu kawal keadaan diri..
cik ecah kan kuat!
doa supaya virus ni cepat pergi main jauh2 dari badan cik ecah ni dan
dipermudahkan segala urusan sampaila jawab final untuk semester ni nanti ye
huhu tak sabarnya nak cuti semester!


loved!