........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Sabtu, Disember 3

85 : kajang banjir kilat lagi...

"Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Lazimnya, banjir kilat berlaku dengan pesat (iaitu beberapa minit hingga setengah jam selepas hujan berlaku) tetapi juga berakhir dengan cepat (iaitu jangka hidupnya adalah dari setengah jam hingga sehari)."
Faktor berlakunya banjir kilat :
  1. Hujan yg berterusan
  2. Proses pembandaran
  3. Faktor alam semula jadi - hakisan sungai,
  4. Kekurangan sistem peparitan yg sempurna
  5. Aliran permukaan pesat akibat perubahan guna tanah (dari permukaan telapair seperti hutan kepada permukaan tidak telapair seperti konkrit, simen dan asphalt),
  6. Alur-alur sungai dan longkang yang tersekat, 
  7. Berkurangnya keupayaan sungai melalui pemendapan kelodak dan 
  8. Kejadian hujan ribut seperti hujan ribut perolakan yang lebat

Hoho... itu sedikit info yg sgt berguna utk sape2 yg nk wat karangan....
ape kne mengena info2 ni dengan entry cik ecah kali ini???
ini disebabkan... kawasan membesar cik ecah dilanda banjir...
buat kesekian berapa kali pun cik ecah xtau la...
2/12/2011, KAJANG dilanda banjir kilat ag sekali...
ni disebabkan pekan kajang ni mmg pernah dilanda banjir... x caye?? KLIK SINI
dan paling terbaru adalah pada tahun 2008...
mase tu cik ecah baru berhijrah ke KL utk meneruskan pelajaran...
so, tau2 bonda tercinta call ckp kajang banjir,
sebelum tu pernah gak banjir iaitu mase cik ecah tgh berumur 6thn...
cik ecah ingat ag sbb mase tu x pegi sek sbb semua jalan ditenggelami air...termasuk umah cik ecah kne tempias... nasib sekarang dh pindah ke kawasan lebih tinggi -.-
dan utk kali ni cik ecah terselamat ag...
nasib baik cik ecah sempat sampai umah mase hujan mula turun dengan lebatnya...
tp kali ni... mmg cik ecah dpt jangka yg kajang akan banjir ag sbb dengan guruh dan kilat yg sabung menyabung nyer...+ kelebatan hujan yg turun kali ni mmg lebat... berbanding dengan hari2 sebelumnya...
dengan keadaan kawasan kajang sekarang ni yg makin banyak pembangunan dan banyak kawasan hutan yg dulunya masih la ade jugak wujudnya kini semuanya dh botak utk dijadikan kawasan perumahan...
so, nk ckp macam mane ag??
tu la salah satu kepentingan hutan bila dilimpahi air hujan iaitu utk menangkis hakisan tanah dan menyerap air... tp?? hutan semua dh nazak kt kajang ni.... -.-
dan yg jadi mangsanya adalah kawasan tanah rendah....

sni cik ecah sertakan gambar yg diambil oleh kajang community yg berada berdekatan pekan kajang mase kejadian...


ni la metro kajang kebanggaan warga kajang nak lepak pun... -.-
(dlu warna ni sekarang dh tukar kelabu)
dan segala2nya berubah bila tuhan turunkan musibah dalam sekelip mata







cube bayangkan bagaimana keadaan kereta bagi sape yg park kete kt kawasan bawah tanah dalam metro tu klu air yg atas tanah pun dah setinggi tu... huhu (salam takziah bagi sape2 yg terlibat)
dan secara keseluruhannya 1/2 bandar kajang ditenggelami air...
(cik ecah sendri dh xtau yg mane sungai dan mane jalan raya lepas tgk pic bwh ni)


dan.............
pic ni cik ecah xtau la nk caye atau x... sbb kajang ni ade ke 'croc'??
 tp... air yg tenang jgn disangka xde buaye....(fikir dr mane datang buaye tu ea) huhu

malah banjir kilat kali ni telah melibatkan kawasan disekeliling kajang sekali... 
ni adalah salah satu gambar jalan  menghala ke semenyih...

p/s :: sayangila alam sekitar kite (^-^)

1 ulasan: