hari terakhir bulan julai tahun ni bakal melabuhkan tirainya...
bulan ramadhan juga bakal meninggalkan kita.. perasaan??
ya allah.. adakah masih ada ramadhan untukku pada tahun akan datang??
macam2 perasaan menyelubungi diri ketika ini..
takut, risau dan gementar dengan keputusan sem 2 yang bakal keluar 3/8 ni..
masih panjang lagi perjalananku sebagai seorang pelajar...
+ keputusan ujian SPA yg cik ecah amik awal bulan yg lepas ni pun bakal diketahui pada 8/8 ni..
walaupun perasaan rasa seperti tak ada jer peluang untuk jawatan penolong akauntan tu..
tp alhamdulillah dan bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai bagaimana peperiksaan tu dijalankan...
harap dapat diberikan lagi peluang untuk masa akan datang...
sedih.. dengan berita nenda yang sakit dan kini berada di HKL
kecewa kerana tak dapat ag pegi menziarahi die di hospital..
dan cik ecah tak tau ape perkembangan nenda sekarang ni...
ya allah tabahkanlah kami hadapi dugaan darimu..
kuatkan nenda dengan apa yg berlaku.. dia jer satu2nya nenda kami yg tggl didunia ni..
rindu dengan kawan2... yea kita macam dekat tapi jauh sebenarnya..
sendiri sudah sibuk dengan kehidupan masing2...
berharap masih ada peluang untuk kita meluangkan masa bersama walaupun dipisahkan kerana tugas ke jalan allah..
harap teknologi lah penghubung terbaik zaman canggih ni kn...
rindu juga dengan ahli keluarga semua..
juga harap masih ade peluang dan ruang untuk kita berkumpul dan makan besar bersama pada aidilfitri kali ini disamping mengeratkan lagi silaturrahim..
risau juga dengan paper yg cik ecah tgh ambil masa intersesi kali ni..
nampak jer senang tapi... perlukan masa yang sangat banyak untuk latihan sebenarnya..
memang takde masa untuk bermain sebenarnya...
sebulan masa yg sangat suntuk.. dan masih berbaki 2 minggu sahaja untuk final short sem kali ni..
berharap dipermudahkan segalanya... untuk kawan2 seangkatan juga..
kadang2 rasa penat dan tak tertanggung dengan ujian yg diberikan olehnya..
tp alhamdulillah.. kesihatan diri menunjukkan tanda positif ke arah kesembuhan..
harap sangat virus ni pergi jauh2 dengan kadar yang segera...
cik ecah hanya mampu mendoakan yang terbaik dari jauh buat kalian semua...
semoga kawan2 semua sentiasa berada dalam rahmatnya...
loved!
*ayat tunggang langgang >.<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan