........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Selasa, Julai 2

294 : suntikan masa puasa.. sah??

SalamunAlaih~
selamat masuk ke pertengahan tahun 2013...
cepatnya masa belalu...
bulan julai la selalunya bulan yang paling cik ecah tak suka walaupun sepatutnya bulan ni la cik ecah patut happy kn.. huu sebabnya..
bulan yang langsung takde cuti dan tak best! huu
+ kalau time kerja dulu... bulan julai ni juga la rasa macam nak benti jer kerja cepat2 sebab mase tu la kne buat audit untuk akaun syarikat...stok2 barang... macam2 la..
padahal bukan akhir tahun.... tapi mase tu la nk kira tax la itu ini...huu
apapun sekarang cik ecah masih sibuk dengan final sem..
+ masih lagi fikir nak minta pertukaran kampus atau tidak...
+ busy memikirkan cmne nk pindahkan barang2 ni semua pegi umah sewa kat Kota Bharu tu.. hoho
+ satu pun tak berkemas ag... barang macam banyak jer ha...
semua sekali harus diangkut heh... heehuuu
3 more paper to go... dan
lagi 9hari nak ramadhan...bersediakah??
tahun ni, mase bulan julai ni juga kne pegi buat ujian darah balik
and i need to have the vaccine.. hoho
keadaan diri rase seperti cepat sgt kene virus skrg ni... kenapakah??
sejak jerebu hari tu... kejap okay kejap tak walaupun kat kelantan ni tak terasa sangat asap jerebu tu macam kat barat dan selatan semenanjung ni...
kalau tak, sah cik ecah kene kuarantin puye la macam tahun2 lepas juga...
nasib baik imunisasi badan dapat lagi bertahan heh..
hurmm cakap pasal kne amik suntikan ni.. baru cik ecah perasan yang cik ecah kne amik suntikan tu mase bulan puasa... hoho adakah sah @ batal ye amik suntikan mase puase??
cik ecah tak pernah kene amik suntikan time puase dan kalau buat ujian darah pun boleh jer tunda tp kali ni.. doktor dah ingatkan yang suntikan tu takleh nak tunda2..
+ tempoh suntikan tahun lepas pun dah nak tamat tempoh heh?
dan cik ecah try google dan bace blog kengkawan blogger yg lain dan antara yang cik ecah jumpe....

Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
Ibnu Hazmin berkata, “Tidak batal berpuasa dengan memasukkan ubat ke dalam telinga, hidung ataupun saluran kencing”. Walaupun begitu, Syeikh bin Jibreen memberi amaran apabila suntikan itu mengandungi bahan2 makanan yang boleh menyegarkan pesakit dan bukannya ubatan, maka puasanya dihukum batal.

Suntikan Doktor ketika Puasa SoalanSaya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?Mazlan, KLJawapanSebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa. DN 054 Bimbingan Lengkap Fardhu ’Ain (Ibadah Puasa)
Suntikan Yang Mengandung Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.

disebabkan ada 2 pendapat.. jadi jalan terbaik adalah baik amik sebelum puase ye dok?
tp.. bila pula nak terbang g IJNnye ea amik ubat tu... hurmm.. masa sangatlah suntuk..
paper habis 8/7 dan start puase 10/7...
barang semua tak g hantar lagi... 
dan.. 15/7 dah kne ada kat UITM shah alam pula...
hurmm.. berkenaan entry yang sebelum ni... 
cik ecah dah buat keputusan utk menghadirkan diri dan mencuba nasib dalam ujian tu...
betol kata kawan2.. kenapa nak lepaskan peluang walaupun mungkin akan ada lagi peluang yang sama pada masa akan datang tp ianya akan tetap rasa tak sama... huu 
(dapat ke tangkap maksudnya?)
mungkin kalau sempat cik ecah akan terus buat ujian darah dan amik suntikan ubat tu since doktor tak bgtau pun tarikhnya.. cuma die bagitahu... wajib amik dalam bulan 7 ni juga.. if not keadaan imunisasi badan mungkin menurun heh.. sebabnya ubat pelindung tak diambil... so better amik awal dari tak amik kan...??
+ cik ecah rase imunisasi badan ni dah tak dapat nak bertahan dari serangan demam dan batok...
dear frenz... terima kasih sebab selalu doakan kesihatan sya... loved! ^^.


*dapat berita sedeyh tengah2 malam ni... kawan yang senasib meninggal dunia baru kejap td atas sebab darah tak sesuai dengan badan dia... dan dia baru jer lepas wat pembedahan yang ke-4 semalam... semoga tenang di sana saudara Im.. tuhan lebih sayangkan anda dari kami di sini .. Innalillah~

2 ulasan: