Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Sabda Rasulullah SAW :“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal selepas Ramadhan ialah Syaaban”“Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu terhadapNya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan itu seperti kelebihanku atas kamu”“Syaaban bulanku, Ramadhan bulan umatku. Syaaban menghapuskan dosa dan ramadhan menyucikan dosa (jasmani & rohani)”“”Bahawa puasa bulan Syaaban kerana memperbesarkan Ramadhan, Sesiapa berpuasa 3hari di bulan Syaaban kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan Allah dosanya yang telah lalu dan diberkati segala rezekinya”.
“Allah membukakan pada bulan Syaaban itu 300 pintu rahmat”“Puasa sehari di bulan Syaaban diharamkan tubuhnya dari api neraka dan akan menjadi kwn nabi Yusuf di Syurga dan mendpt pahala seperti pahala nabi Ayub dan nabi Daud”“Puasa 3 hari permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari di akhirnya, maka Allah akan mencatatkan pahalanya seperti pahala 70 nabi serta seperti orang yang beribadah kepada Allah 70 tahun. Jika dia mati pada tahun itu bagaikan mati Syahid”.
“Sesiapa yang berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan dia ke dalam Syurga”“Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasullulah SAW lalu katanya: “Angkatkan kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tidak syirik kepadaNya kecuali tukang nujum, orang yang kekal berzina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa”
“Allah tidak akan mengampun dosa 6 orang pada malam Nisfu Syaaban iaitu ;
1) Orang yang kekal minum arak“Sesiapa yang menyempurnakan puasa sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah sakaratul maut dan dihindarkan daripada kegelapan kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar-Nakir, dituutpkan keaiban pada hari qiamat dan diwajibkan Syurga baginya”Dari Kitab Al-Baraqoh“Sesungguhnya jin Islam, burung, binatang buas dan ikan di laut berpuasa pada hari Nisfu Syaaban”
2) Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya
3) Orang yang kekal berzina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan juabeli dengan sumpah dusta
6) orang yang memperlaga orang supaya berkelahi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan