Assalamualaikum... korg ngah watpe tu??
ha?? tgh tension?? jgn tension2.. chill2...huu.. mcm mana nak chill ye ark kalau kerja yang tgh dibuat tu perlukan masa yang singkat utk diselesaikan...
huu cik ecah tau ramai kawan2 yg skrg ni tengah hadapi tekanan final exam terutama kawan2 deg UiTM.. ^^. G.O.O.D.L.U.C.K!!
(kawan2 lain duk tekanan exam.. saya?? tekanan kerja!)
huu... sepanjang mggu lepas.. mggu ketiga masuk kerja di tempat baru.. pertama kali tekanan kerja bagi cik ecah sbb tak dapat cari satu invoice jer.. grr.. mane la nyoroknya fail PO yg ada invoice no 58527 ni... haish sampai ingat dan bosan dah duk cari invoice ni dekat seminggu.. aiyoo... duk postpone jer cari invoice lain dulu last2.. hari jumaat mggu lepas kne jugak la ngadap cari invoice tu... seharian duk cari x jumpa2.. mmg fedup ar.. + ketua bhgn finance tu duk desak2 gak cari sampai bg jumpe semua invoice -.-cik ecah pun dengan hati yg pasrah terima jer la.. waa... cari kt kotak2 fail semua xde.. dah cek byk2 kali.. bukan setakat 1-2.. tp rasa dah berpuluh2 kali sampai dh nk muntah tgk no2..cek satu2 ag tau takut tersilap pandang ke an -.- + kalau la kertas2 tu tak tersusun leh jer jadi gunung macam gambar kt bawah ni... huu
last2.. cik ecah tak tahan dah..cik ecah tgglkan jer supplier tu pyer invoice kt tepi dulu... settlekan kerja lain dulu sbb bakul filling pun dah mula penuh mcm menara KLCC dan.. dah settlekan surat2 bank semua... dengan harapan nak la cari balik invoice tu sebelum balik... tapi... aptb -.- dah duduk2 ngadap almari kotak2 invoice tu... still tak jumpa2 juga huu.. last2.. balik jer la.. waa.. balik jer kerja cik ecah terus cari coklat!!
salah satu cara hilangkan tekanan.. huu kalau korang.. korang hilangkan tekanan mcm mana?? huu yela.. setiap org berbeza.. ada yg ske lepak2...makan... tido... sukan...main game... as long as leh la lupakan apa yg merunsingkan minda tu an.. huu tapi...
kita juga kne bijak hadapi tekanan tu.. kalau tak?? makin bg tekanan kat kita.. huu...
masuk keje je tadi pagi.. big boss suruh susun balik invoice2 yg ada ikut susunan supplier dan...cari satu invoice yg hilang tu sampai jumpe.. kalau x??
'mcm mana saya nak byr hutang kat supplier kalau x jumpe.. sbb xde bukti ada invoice.. tp kalau invoice tu tak wujud takkan saya dah rekod?? so mesti ada itu invoice..'
waa.. rasa nak nangis dah.. cubalah anda cari... rasa satu pejabat dah tahu... bape ratus kali cik ecah cek kotak PO kt almari tu... sampai terduduk2 cari.. tak jumpe2.. masalahnyer...
dari kul 9pg sampai dah lunch... sampai la kul 4..dan akhirnya baru jumpa... ALHAMDULILLAH!!
korang nak tau x jumpe kt mana?? jumpe kat dalam BILIK FILING!!!
(saya mmg suka msk bilik ni)
dorg dah filing fail PO tu sbb dia termasuk dalam PO bulan 12 thn lps.. tp.. invoice yg cik ecah cari ni... invoice utk bulan 3.. waa.. sape tak HOT?? sabar jer la... mmg saya dh msk keje bulan 12 sampai saya tau mane letak PO tu grr... nasib baik die x marah (berani ke marah saya?) -saya budak baru belajar kalau salah tolong bg tunjuk ajar.. ^^. dan die sendiri yg call supplier tu suruh fax balik invoice yg ada dlm simpanan die.. huh! nasib baik supplier tu ada simpanan.. tu yg boleh cari balik... alhamdulillah....selamat satu tekanan...esok bolehla cik ecah proceed keje2 yg terbelengkalai disebabkan invoice ni.. grr...(maaf ya adik2.. dan kawan2 sbb ajak hangout mggu lps pun saya xde mood) -.-
**sini cik ecah kongsi sikit info tentang tekanan ni...
Definisi Tekanan
Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Manakala kamus Oxford Advanced Leaner’s (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stresssebagai pressure; condition causing hardship, disquiet.
Seyle (1964) adalah orang yang pertama menggunakan terma ’tekanan’ mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya.
Menurut Dr Fariza Md Sham (2007), Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM mendefinisikan tekanan mengikut bahasa Arab disebut sebagai dhagt yang bermakna jiwa yang mengalami pergolakan dan kegelisahan amat dalam. Beliau juga mendefinisikan tekanan mengikut kamus Human Behaviour sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang mengendalikan sesuatu keadaan. Manakala kamus Behavioral Science mendefinisikan tekanan sebagai satu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.
Penemuan Mengenai Konsep Tekanan
Kajian mengenai konsep tekanan telah diperkenalkan oleh Hans Selye bermula dalam tahun 1930an. Hans Selye, seorang penyelidik yang ternama di abad ke 20 telah menyumbangkan satu konsep yang fundamental kepada pemahaman dalam penyakit berkaitan tekanan. Dalam tahun 1924, sebagai seorang pelajar perubatan tahun kedua, beliau pertama kalinya telah mengenal pasti satu keadaan atau sindrom yang ditunjukkan oleh pesakit-pesakit yang sedang menderitai berbagai-bagai jenis penyakit dan memanggil keadaan ini sebagai ’sindrom baru jatuh sakit’ (syndrome of just being sick). (Selye,1974). Dengan sindrom baru jatuh sakit ini, Selye telah menjalankan ujikaji pelbagai stimulus tekanan ke atas haiwan makmal dan menemui tiga peringkat tekanan yang dipanggil sindrom adaptasi am atau GAS(General Adaptation Syndrome). Tiga peringkat tersebut ialah peringatan atau amaran (alarm phase), penolakan(resistance phase) dan keletihan (exhaustion phase). Tanda-tanda peringkat amaran telah berlaku sebagai contohnya ialah apabila badan mengeluarkan adrenalin, ketegangan otot, peningkatan kadar degupan jantung dan peningkatan tekanan darah. Peringkat penolakan berlaku ialah apabila badan berusaha untuk melawan tekanan dan puncanya dan peringkat keletihan ialah apabila penolakan berhenti, jatuh sakit atau kematian.
Tip Mengurangkan Tekanan Mengikut Cara Islam... | ||
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
|
g shopping boleh hilangkan tekanan cik ecah
BalasPadamhahahaa
haha masalahnyer saya kurang sikit shoppink ni.. hee
Padam