........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Sabtu, Mei 12

194 : Donut !!

huu.. sape suke mam donut??
cik ecah kurang suke sbnrnyer tp teringin nak wat sendri.. ahaks..
dan akhirnya donut saya menjadi walaupun dengan percubaan pertama alhamdulilah...
sini cik ecah kongsi resepi yg cik ecah dapat (alaa.. google jer la.. kn moden skrg ni)... hee

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...

gebu an?? wahaha
macam pipi saya juga -.-''
dan cik niena cakap.. senang kalau buat kecik2.. terus masuk mulut jer dan.. 


tak sangka plak jadi banyak camni?? aiyoo.. 
apapun bonda bagi 8/10 markah.. 
yey..!!
and sekarang tiba giliran korg plak mencuba... hee


** ada ke cik niena suruh cik ecah bukak bakery.. err... nak ke ea bukak bakery??? hurmm.. akan difikirkan hee...(^.^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan