dalam tengah sibuk utk cari kerja ni kan cik ecah terfikir nak kongsi maklumat pasal kerja ni..
mana yang ag baik??
kerja kerajaan atau swasta??
hurmm setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya dan antara perbezaannya adalah....
mana yang ag baik??
kerja kerajaan atau swasta??
hurmm setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya dan antara perbezaannya adalah....
Kerajaan | Swasta | |
---|---|---|
Waktu bekerja | 3 pilihan waktu bekerja • 7.30 pg – 4.30 ptg • 8.00 pg – 5.00 ptg • 8.30 pg – 5.30 ptg | Fleksibel bergantung kepada jenis industri. Secara amnya, waktu bekerja di sektor swasta adalah sama iaitu 9pg – 5 ptg, ataupun mengikut sistem giliran (shift). |
Gaji permulaan | Agak rendah berbanding kategori jawatan yang sama di jabatan swasta | Bijak berunding, anda mungkin mendapat gaji permulaan yang anda mahu. Boleh mohon naik gaji lepas beberapa lama bekerja |
Kenaikan Gaji | Bergantung kepada Penilaian Prestasi Tahunan. Biasanya, semua kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji – jumlah kenaikan adalah sama setiap tahun mengikut gred jawatan | Bergantung kepada prestasi kerja – bukan semua orang akan dapat naik gaji |
Faedah | Boleh dinikmati setelah sah dalam perkhidmatan seperti • rawatan percuma di hospital kerajaan untuk kakitangan dan ahli keluarga terdekat • cuti belajar bergaji penuh • cuti tahunan lebih 20 hari (senang nak mohon pulak tu!) • pinjaman perumahan pada kadar rendah dan banyak lagi | Tidak semua syarikat swasta menyediakan faedah untuk pekerjanya. Anda mungkin dapat claim bayaran klinik, tapi kena bayar sendiri jika masuk wad. Cuti tahunan pula biasanya antara 14 - 16 hari. |
Bonus | Mula tahun 1998, setiap tahun akan dapat sebulan gaji – kecuali tahun 2007 tiada bonus sebab dah dapat kenaikan gaji yang banyak (melebihi jumlah bonus!) | Ikut keuntungan syarikat. Bagi yang bernasib baik, mungkin boleh dapat sehingga 4-6 bulan gaji |
Tempoh percubaan | 1 – 3 tahun. Perlu mengikuti kursus induksi selama 2 minggu (ada exam!) dan kursus Biro Tatanegara selama 5 hari | Untuk fresh graduate biasanya antara 3 ke 6 bulan – bergantung kepada kecekapan bekerja dan samada bos suka atau tak.. |
Cara bekerja | Sederhana, bergantung kepada Ketua Jabatan. Persaingan sesama penjawat awam tidak tinggi. Kenaikan pangkat biasanya mengikut seniority | Fast forward! Persekitaran kerja agak sengit kerana masing-masing cuba menonjolkan diri supaya cepat naik pangkat |
Jaminan Kerja | Sangat terjamin! | Bergantung kepada prestasi syarikat dan ekonomi semasa |
Pencen/KWSP | Boleh pilih samada nak pencen atau KWSP sebagai persediaan hari tua. Pencen sangat berguna untuk memastikan anda ada duit setiap bulan. Duit gratuiti juga akan diberikan mengikut tempoh perkhidmatan dan gred jawatan | KWSP sahaja. Tak banyak syarikat yang menawarkan pencen untuk kakitangan |
Antara faedah lain kerajaan....
- Elaun Rumah : Setiap bulan anda akan diberikan elaun rumah. Elaun rumah ini dapat mengurangkan beban anda membayar sewa rumah setiap bulan.Menguntungkan bukan bila menjadi penjawat awam?
- COLA : Apa itu COLA? Bukan air Coke ye. COLA adalah akronim bagi Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa Melayu – elaun sara hidup. Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan.
- Bonus Tetap Khidmat Awam : Bekerja di sektor awam bermaksud anda berbakti kepada masyarakat. Jadi sebagai penghargaan kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam. Memang berbaloi kan anda bersusah payah menulis resume untuk memohon kerja kerajaan? Jadi jangan sia-siakan peluang kerja kerajaan yang diberikan kepada anda.
- Kenaikan gaji : Harga barang naik gaji pun mestilah naik bukan? Jangan risau anda akan mendapat kenaikan gaji setiap tahun. Kenaikan gaji setiap tahun pasti dapat membantu anda menampung perbelanjaan keluarga dan kesan kenaikan inflasi setiap tahun.
- Kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah : Anda tak perlu risau untuk membuat pinjaman untuk membeli kereta atau rumah idaman anda. Kemudahan untuk membuat pinjaman kereta dan pinjaman rumah disediakan kepada kakitangan awam.
- Cuti yang fleksibel : Terdapat beberapa jenis cuti dalam sektor awam. Salah satunya ialah cuti tahunan. Bagi pekerja am, anda diberikan minimum 14 hari cuti tahunan dan bagi pekerja professional, anda diberikan sehingga 25 hari. Terdapat juga cuti kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin. Kakitangan wanita diberikan cuti bersalin selama dua bulan. Ini sememangnya merupakan satu kelebihan bagi kaum hawa dan juga merupakan salah satu tarikan bagi mereka untuk mencari peluang kerja kerajaan.
- Simpanan hari tua : Anda diberikan pilihan samaada untuk memilih caruman KWSP atau pencen sebagai persediaan menanti hari-hari selepas anda bersara. Anda tak perlu risau lagi untuk mencari kerja baru untuk menampung kehidupan setelah anda bersara.
- Peluang kenaikan pangkat : Anda juga diberikan peluang untuk naik pangkat berdasarkan prestasi kerja anda. Naik pangkat maksudnya gaji anda juga naik. Menarik bukan ? Jadi rebutlah peluang kerja kerajaan selagi anda boleh.
- Peluang meyambung pelajaran : Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran, mereka diberikan peluang untuk berbuat demikian dan juga layak untuk mendapat tajaan kerajaan.
- Peluang untuk meningkatkan kemahiran diri : Anda diberikan kursus dari masa ke semasa untuk meningkatkan kemahiran anda dan semua perbelanjaan kursus tersebut diuruskan oleh pihak majikan anda. Inilah peluang untuk meningkatkan kebolehan anda dalam bidang anda yang tersendiri
kalau swasta.. die ikutlah apa yg syarikat tu berikan dan gaji mmg lumayan tp... kne pandailah berjimat cermat utk kesenangan lepas bersara nanti... dan kalau nak timba banyak pengalaman mmg leh cari kat swasta.. sbb byk cabaran die.. apa cabarannya??? hurmm knela laluinya sendiri an...huu
atau.. kerja sendri??
fikir2lah apa yang terbaik.. huu
**woo.. hutang banyak lorh kne settle kn dulu... -.- (tu yg utama)''
**woo.. hutang banyak lorh kne settle kn dulu... -.- (tu yg utama)''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan