kalau semua tak leh nak buat...
kenapa saya dilahirkan kedunia ni??
huh.. tu la perasaan cik ecah bila semua aktiviti yg cik ecah nak buat semua orang bantah...
kenapa saya takleh nak buat??
sebab... saya ni seorang penghidap penyakit jantung yang kronik??
saya tahu anda semua risau dan sayangkan saya..
saya tahu anda semua taknak kehilangan saya... mgkn korg tak peduli pun sbnrnyer tp..
takkan saya takleh nak cuba aktiviti orang lain buat??
ni tak... bila saya ''baru'' cakap yang saya nak buat aktiviti lasak yg tu dan ini.. saya nak cube tu dan ini... saya nak masuk sukan tu dan ini... semua orang akan membantah...
saya nak juga merasa ape yang orang lain lalui.. kalau anda semua tak nak rasa apa yang saya lalui tak mengapa sebab saya tahu saya insan terpilih yang boleh melaluinya..
kadang2 cik ecah terfikir kenapa.. kenapa byk sgt pantang larang kat dunia ni??
kadang2 cik ecah rasa ada 2 insan jer yang terbaik dalam diri ni...
ibu dan ayah... dan adik beradik cik ecah.... tu jer!!
sebab dorang membenarkan saja apa yang saya nak lakukan...
sampai ada masa cik ecah dah kuar dari hutan dan buat semua itu ini mase sekolah rendah dulu baru cik ecah bgtau doktor dan last sekali cik ecah hormat bila die cakap...
''adik leh buat semua aktiviti yang adik minat tp janji dengan doktor yg adik akan rehat dan benti kalau rasa penat''baiklah doktor... dan sejak tu baru cik ecah dapat rasakan yang doktor yg merawat cik ecah adalah org ketiga yg memahami diri ni.. dan sampai sekarang....takde dah lagi orang lain yg faham...
hurmm kalau saya tak cube saya takkan tahu saya boleh atau tak melakukannya..
cik ecah tak benci dengan perkataan rehat tp cik ecah benci bila dgr org ckp..
''awk mmg patut pun tak wat semua benda2 lasak tu... awk mmg patut pun perlukan rehat yg secukupnya...''
setakat ni semua sukan yang cik ecah masuk masih lagi dalam kawalan.. dan.. terima kasih sgt kepada sesiapa yang memperkenalkan cik ecah kepada aktiviti yang cik ecah masuk selama ni...
mmg satu pengalaman tak dapat dilupakan.. and i love it...
dan cik ecah suke sgt dengar bila org ckp...
'ecah penat ea??' bibir ecah dh biru!! kita rehat dulu k.. jap ag sambung balik...'
ya allah mase tu cik ecah mmg bersyukur sgt sbb korg faham cik ecah...
nak tahu kenapa??
sebab cik ecah diberikan kesempatan untuk melakukan aktiviti tu masa tu sampai cik ecah rasa kepenatan dan keseronokan melakukannya... tp..
sayang sbb tak semua yg faham...
kebanyakkan aktiviti yang cik ecah buat.. cik ecah hanya buat ikut kemampuan + minat..
so kenapa korang risau??
cik ecah pun tak sanggup tengok orang2 yg sayang cik ecah sayang sedeyh...
+ kebanyakkannya aktiviti lasak yg cik ecah buat pun.. hanya lakukan sekali tu jer.. then tak buat dah pun selepas tu... hurmm...
kadang2 cik ecah pelik juga kenapa sampai sekarang cik ecah tak wat lagi pembedahan...
rupa2nya.. cik ecah sendri yg buat doktor risau dan takut utk melakukan pembedahan tu...
sbb doktor ada cakap yang dia takut cik ecah takkan seaktif sekarang + mgkn akan lebih teruk keadaan dari dulu... sbb tu rupanya.. dan sebab tu juga doktor benarkan cik ecah buat apa yang cik ecah suka...
sbb mgkn ada keajaiban yang berlaku... insyaallah...
cik ecah bersyukur kerana kondisi cik ecah baik walaupun mmg ramai yang tak percaya dengan sakit yang cik ecah hadapi... dan sebenarnyer cik ecah rindu nak jumpe doktor2 yg merawat cik ecah dr dulu... sbbnyer dari 7 doktor pakar sekarang cik ecah hanya perlu jumpa satu daripadanya sahaja...
terima kasih ya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan