........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Ahad, Januari 15

121 : halusnya perasaan cinta...

Wahai saudariku an-nisa’,
Engkau hendaklah maklum, Kerana engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah bagi para lelaki,
Dan memang itu bukan kesalahanmu, Tetapi itulah hakikat kejadianmu.

Wahai saudaraku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali memimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi, Seorang srikandi.

Wahai saudariku an-nisa’,
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi, Ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi, juga ingin memanjai,
Tetapi saudariku an-nisa’,
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu memang fitrah
Tetapi janganlah engkau menodainya dengan fitnah,
Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihi dia kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya, Kerana Allah,
Engkau tidak akan melemparkan panah menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu boleh menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau juga mengetahui,
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa meraja di dalam dirinya,
Nafsunya bagai seorang raja yang menggila!
Kerana engkau tahu saudariku an-nisa’
Dia akan terjerumus ke dalam api yang membara andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila,
Adakah benar engkau mengasihinya kerana Allah?

Wahai saudaraku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah dia kerana Allah,
Letakkanlah Allah melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya kerana Allah,
Engkau tidakkan boleh mengajaknya berkhalwat di taman sepi,
Kerana engkau tahu, Dia punya 9 nafsu 1 akal,
Tetapi mampukah 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau memang mengasihinya kerana Allah,
Engkau tidakkan boleh menyentuhnya,
Walaupun yang ringan-ringan, Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA,
Dan engkau tahu bukan? Zina tempatnya dalam api Jahanam yang kekal abadi?
NaudzubiLLAHi min dzalik,
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKA?



Saudariku an-nisa’, Saudaraku ar-rijal,

Aku mengasihimu LILLAH, lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ini,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
kerana itulah Hawa tercipta dari rusuk Adam,
Bercinta memang tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepada Rabb yang hakiki,
Dan engkau akan merasa cinta manusia.
Andai Allah yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah, 
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Engkau takkan cemas.
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau takkan rindu,
Andai sehari tak bersua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I LOVE U,
Kerana engkau percaya,
Allah lah yang terbaik.
Lantaran Allah yang terbaik, DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya, 
Dan itulah yang dinamakan PERNIKAHAN.
Dan itulah yang terbaik buat kalian, Kalau ada jodoh tak kemana,
Yakinlah! Apakah benar engkau meyakini takdir Allah?


Maafkan aku para saudara dan saudari seimanku,
Bicaraku mungkin penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu, 
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takut,
akan api jahanam yang bergolak itu.
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama terbaring disana, sebagai bahan bakarnya,
Yang terlalu pedih, yang terlalu siksa, yang terlalu AZAB,
Nauzubillahi min dzalik.



Sama-samalah wahai sahabat terkasih,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah DIA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita.



Yakinlah dengan Allah,
Serahkan segalanya pada Allah,
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak.


Akhirul kalam… Letakkan Allah dalam hatimu,

Engkau akan merindui-NYA,
Andai harimu tiada ingatan kepada-NYA,
Engkau akan gelisah,
Andai DIA Tidak mendengar rintihanmu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tenggelam dalam jutaan andai-andai,
Kerana seperti itulah punca tertolaknya doa-doamu.
Dan itulah cinta hakiki,
Kerana engkau yakin, 
Di sana adanya sebuah,
Pertemuan di taman SYURGA yang indah,
Pertemuan dengan Sang Pencipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan