........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Ahad, Januari 1

113 : muhasabah diri

assalamualaikum , morning!
entry pertama utk tahun ni...
jom bermuhasabah sejenak....
malam sambutan tahun baru.... korg buat ape??
keluar sama kawan2?? ke duk memerap dalam umah??
huhu, macam biasa la kan... mesti meriah sambutan nya kn?
dengan percikan bunga api ye bagai...hehe
cik ecah sambut dalam umah... tgk depan tv jer... lagi nmpk dengan dekat...
agpun umah mmg atas bukit... so, nk tgk bunga api.. kluar je la... dekat 10 min bising dengan bunyi percikan bunga api je -.-
+ tengok keadaan org yg datang... ramainyer... mmg x la cik ecah pergi -.-
kedatangan tahun baru hijrah pun sebenarnya masih lagi terasa...
rasa macam makin cepat masa ni berlalu...
cik ecah xtau perasaan bila tengok sambutan tahun baru dalam tv semalam...
adakah gembira, sedeyh, syukur, takut atau sebagainya??
serius semalam cik ecah banyak termenung...
termenung dengan apa yg dah terjadi dan apa yg bakal terjadi...
apapun masih bersyukur kerana masih diberikan masa utk menjalani kehidupan... maka... akan bertambahlah usia kita lagi... -.-
malah makin besar tanggungjawab yg bakal dipikul...
setiap kali tahun baru azam mesti dinyatakan tp... adakah kita membuatnya?? grr...
x kira la kite berazam masa tahun hijrah atau masihi...
ambillah hikmah dengan apa yg dah berlaku supaya kita tidak mengulangi kesilapan yg sama...
berazam utk melakukan yg terbaik dari sebelumnya (^.^)

Hadith :
Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,:”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya:”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”(Muslim)

Huraian :
Memang menjadi tanggapan ramai bahawa setiap amalan yang baik akan mendapat pujian dan ganjaran yang besar. Islam tidak menafikan akan hakikat ini tetapi Islam tidak membenarkan umatnya terlalu memandang tinggi akan kebaikan seseorang apatah lagi dengan memuji secara berlebih-lebihan. Di samping itu Islam juga melarang kita daripada memandang remeh akan amalan yang kecil (kurang publisiti) yang dilakukan oleh seseorang kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu sebenarnya mempunyai pahala dan kedudukan yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T. Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (Muslim). Dalam setiap perbuatan manusia, niat sebenarnya memainkan peranan yang paling utama dan Allah S.W.T sahaja yang tahu akan niat seseorang. Namun begitu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu. Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia kerana tidak semestinya kedudukan yang baik dan cemerlang di mata manusia itu bermakna bahawa kita juga adalah baik dan cemerlang di sisi Allah S.W.T.


Hadith :
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”(Bukhari)

Huraian:
Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).


p/s : Cik Niena SPM tahun ni... hehe... GOODLUCK my dear!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan