........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Isnin, Disember 12

90

Perkongsian ilmu yang cik ecah ikuti sempena majlis maal hijrah baru2 ni...

Setiap manusia akan melakukan kesilapan dan setiap kesilapan yang dilakukan hendaklah die bertaubat untuk mendapat keredhaan Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha pengampun terhadap hamba2nya.

sebaik2 taubat adalah TAUBAT NASUHA.
Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi di masa mendatang.
Hijrah adalah berpindah. Orang yang tidak berhijrah adalah orang yang mundur dan tidak akan maju. Berhijrah ada byk maksud tersirat tp cik ecah nak ajak rakan2 sekalian berhijrah dari mase lalu utk kehidupan yang lebih bermakna dan terjamin. Bak kata pepatah jangan jadi katak dibawah tempurung. Berhijrah melakukan sesuatu yg lebih baik dari sebelumnya =)

Sini cik ecah kongsi beberapa isi penting ...
Dosa2 besar yang sering kali kite lalai dari mencegah nya...
1. Syirik kepada Allah (An Nisaa: 48, Al Maaidah: 72)
2. Berputus asa dari mendapatkan rahmat Allah (Yusuf: 87)
3. Merasa aman dari ancaman Allah (Al A’raf: 99)
4. Durhaka pada orang tua (Maryam: 32)
5. Membunuh (An Nisaa: 93)
6. Menuduh wanita baik-baik berbuat zina (An Nuur: 23)
7. Memakan riba (Al Baqarah: 275)
8. Lari dari medan pertempuran (Al Anfaal: 16)
9. Memakan harta anak yatim (An Nisaa: 10)
10. Berbuat zina (Al Furqaan: 68-69)
11. Menyembunyikan persaksian (Al Baqarah: 283)
12. Sumpah palsu (Ali Imran: 77)
13. Berkhianat atas ghanimah (Ali Imran: 161)
14. Minum khamr (Al Maaidah: 90)
15. Meninggalkan shalat (Al Muddatsir: 42-43)
16. Melanggar perjanjian dan memutuskan tali silaturahmi (Al Baqarah: 27)
Namun begitu, dosa2 kecil janganla dianggap x penting dan ambil sambil lewa oleh kite kerana ia juga boleh menjadi penyebab utk kite melakukan dosa2 besar.

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman" Hadis sahih riwayat Muslim

** lepaskanlah kemungkaran yang kamu kerjakan, insyaallah Allah akan membalasnya dengan satu rahmat**

p/s : Ya allah betapa alpanya umatmu ini -.-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan