........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Jumaat, Ogos 8

353 : Diari ramadhan 1435H

Ramadhan di perantauan..
hoho perantauan la juga kan kiranya.. 
disebabkan masa yang ada hanya tinggal untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir semester 4.. diri tak berpeluang pulang untuk sambut ramadhan bersama ahli keluarga tercinta.. heh
Ramadhan 1435H,
Puase bersama kawan2 di Kota Bharu
hoohoo selalu bulan puasa memang cik ecah tunggu sebabnya...
sebab masa ni la munculnya makanan yang 'pelik2'
tahun lepas sempat juga sebenarnya puase sehari dua sebelum ke shah alam untuk sem pendek huhu
kali ni mood mencari makanan2 pelik kurang since 
cik ecah kurang selera makan disebabkan demam main cak2 sejak sebelom puase ag..
memang selamat semua la kiranya.. sampaikan diri ni sempat jejak bazaar ramadhan tu 2 kali je?!
semangat nak g bazaar pun takde even stadium kota bharu tu dekat je nak pegi pun.. rugi juga la kan?
dah nak wat cmne.. kang beli bebanyak tak makan ag membazir huhu
dalam sibuk final exam sempat juga iftar dengan kengkawan

 
2/7/2014
majlis berbuka puase bersama anak2 poknik..
ahaks.. housemate block 5 tgkt 1
sempat lagi amik gambo sementara tunggu kengkawan lain sampai 
^^. 


 4/7/2014 - COLEK
serius tahun lepas kalau mesej kawan2 yg amik sem pendek kt KB, 
boleh dikatakan setiap kali taye korang tgh watpe mesti cakap tengak makan colek...
so nak tahu juga la kan colek tu ape?
hurmm.. kalau orang luar kelantan ni taye COLEK tu ape?
yang cik ecah boleh cakap COLEK = ROJAK
haha! memang rojak la pun..
cuma kuah rojak dia lain.. macam yong tau fu pun ye gak huhu
macam2 jenis ade.. memang meriah colek ni kat kelantan ag2 bulan puase..
dan dapat juga la cik ecah makan colek ni dengan kawan2 rapat kt KB tu.


 6/7/2014
amik peluang untuk dekat dengan masyarakat yang tidak bernasib baik...
Program yang memberi 1001 pengertian, 
Alhamdulillah  cik ecah dapat turut serta malam tu..
macam2 perasaan timbul bila denga crite disebalik kenapa mereka2 boleh jadi salah sorang dari gelandangan tu.. baru sekitar bandar Kota Bharu.. 
terfikir pula mereka yang berada di kawasan lain terutamanya di Kuala Lumpur tu..

 
8/7/2014
amik masa juga berbuka bersama family di sini.. ahaks
walaupun masa kelas dan exam dah tak sama.. 
alhamdulillah masih ade ruang dan masa utk bersama
semoga ikatan persahabatan ni kekal.. insyaALLAH

13/7/2014
ahaks.. berbuka puasa dalam kereta!

alhamdulillah, dapat juga berbuka dengan nenda tersayang sehari selepas pulang ke rumah
dan

24 julai 2014
akhirnya dapat juga buka puasa bersama keluarga tersayang..


ya Ramadhan..
Alhamdulillah kerana diri ini masih sempat bertemu denganmu..
adakah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan?
loved!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan