........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Khamis, Januari 30

329 : Zhu Ni Xin Nian Kuai Le

packing.. packing...
nak pegi mane?
mestila nak balik kampung!
oh yeah ohh yeah...
balik kampung oo balik kampung...
dah lama tak balik kampung..
huhu excited terlebih plak... haha
ni untung Malaysia kn..
ada sambutan perayaan apa2 mesti cuti je kejenye 
terutama kalau melibatkan kaum etnik yang majoriti ni..
even hari gawai dayak yang kat Sabah Sarawak tu pun orang kat Semenanjung ni pun sibuk cuti!
hati2 dijalan raya pada sape2 yang balik kampung tu.. 
nak tak nak jalan ke selatan tu sah sesak juga la kan lagi2 kawasan area seremban ke senawang tu huhu
bila dah kat mana2 ade buah limau... ape lagi kan??


Ditujukan khas untuk kawan2 cina cik ecah dan sape yg sambut ^^.

qīn ài de péng yǒu men ,xīn nián kuài lè
(my dear friends, happy new year)

Gong Xi Fatt Chai 
(Semoga tahun ini akan membawa kebaikan)
huhu speacial tahun ni adalah tahun kuda! 
sebabnya.. cik ecah lahir pada tahun kuda huhu
kawan2 yang lahir tahun 1918,1930, 1942, 1954, 1966, 1990, 2002, dan tahun ni (2014)
kali ni cik ecah nak kongsi sikit pasal zodiak kuda ni plak...

Dalam kebudayaan Cina, Kuda adalah simbol kebangsawanan, kecepatan, ketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir tahun kuda adalah orang yang pintar, bertutur luar biasa dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Mereka percaya bahawa tujuan mereka dalam hidup adalah 'untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan'
Orang yang lahir tahun kuda memiliki karakteristik tertentu seperti :
kemandirian, menyenangkan, bebas, canggih, ulet, arogan dan cerdas.
Mereka selalu ingin menghiburkan teman2nya dengan humor dan penuh daya tarik. Mereka penuh dengan energi dan terus berusaha untuk bersosialisasi dengan orang sekitarnya. Mereka berpikiran tajam, modis, berbakat dalam berbicara dan memiliki wawasan yang luas.

sapa yg nak tahu serba sikit sejarah tahun baru cina tu boleh la search sendiri
 atau klik post cik ecah yg lepas
dan bagi zodiak lain tu.. korang pun boleh jer google 
atau korang boleh pegi kat link
untuk tahu asal usul mane datangnya 12 shio untuk tahun kelahiran korang tu
hee okay i'll update later... 
esok perjalanan jauh..
kne amik cik niena kat segamat dan lepas tu...
sepupu sepapat, makcik pakcik... 
see u guys soon!
tak sabar nak kumpul reramai dan 'makan besar'
loved!


p/s : ambil tahu kaum dan etnik lain x salah kan? baru 1 Malaysia ye dok? ^^.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan