........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Jumaat, November 1

320 : Penderma Organ

A : Assalamualaikum, cik aisya, kami dah ada penderma dan cik ecah boleh daftar masuk secepat mungkin...
B : Maaf ye, penderma untuk apa?
A : penderma untuk jantung cik ecah.. dan sila datang ke IJN secepat mungkin..
B : ohh ye tp saya tak tahu lagi tarikh sebenar dan kata putus doktor bila saya kne buat checkup dan masuk IJN lagi...nama saya memang dah ada dalam senarai tapi masa dan waktunya belom ditentukan lagi... mungkin pihak IJN silap? saya takde pape maklumat pasal pembedahan tu + surat dan email pun saya tak dapat...
A : maaf ye cik.. bagi pihak kami semak semula... kalau ya macam mana ya?
B : takpe kalau macam tu berikan saja pada orang yang lebih memerlukan sebab saya rasa kondisi saya masih sihat dan saya masih buat aktiviti harian seperti biasa..
A : baiklah cik aisya.. maaf atas kesulitan...

terkejut dapat panggilan dari IJN hari selase lepas...
hurmm lets see..
cik ecah rasa cik ecah tak pernah kasi pun nombor fon cik ecah pada dorg...
selalunya cik ecah akan bagi nombor ayahanda mahupun rumah jer kalau bab2 kesihatan ni..
mcm mane dorang boleh ada nombor fon ni ea??
bgtau kt bonda dan ayahanda.. dorang cakap dorg silap
+ pihak IJN rindu tetibe nak call fon cik ecah hr tuh..
haha aptb la bonda ni..
hurmm mungkin ada cik ecah bg since cik ecah dah ditukarkan ke adult ni kn..
tp tak ingat bila masanya huhu tp why not..
okay la pihak IJN tau nombor awk cik ecah... takde masalah pun...apapun...
buat pengetahuan korg memang nama cik ecah dah ada dalam senarai pembedahan dari cik ecah umur 12 tahun ag..
tp sejak tu malah sebelum tu ada saja penemuan baru yang membuatkan doktor sendiri takut untuk melakukan pembedahan...
dan sejak tu kondisi cik ecah ni tak tau mcm mane nak digambarkan..
kalau sihat akan sihat alhamdulillah terus.. tanpa masalah nak buat apapun aktiviti...
dan kalau tiba sakitnya... ia perlukan masa yang agak lama untuk sihat...
walaupun setiap tahun or even sakit sikit je terus la g IJN kesayangan tu...
and now i'm 23.. hoho
kalau btol jantung tu memang sesuai dengan cik ecah
dekat 10-15 tahun juga tunggu masa utk jantung yg sesuai kan?? huhu
Terima kasih penderma organ yang baik hati..
cik ecah harap agar satu lagi nyawa dapat diselamatkan...
dan jantung tu sesuai dan dapat diterima badan oleh bakal penerimanya
alaa setiap keputusan yang dibuat ada risikonya...
apapun tak salah bagi kat orang yang lebih memerlukan since saya sihat
dan setahu cik ecah...
doktor takde la pulak cakap nak buat pembedahan tukar jantung pada medical checkup yg lepas...
kalau nak buat pemintasan untuk laluan darah dari jantung ke peparu tu adalah juga dia taya dan bagitau ayahanda... tu pun masih dalam perbincangan dan
doktor masih tengok balik fail2 lama...
since oksigen yg dipam oleh jantung cik ecah ni sikit
dan takdela dorang risau sangat pasal jantung belubang yang berlubang dalam jantung tu...
hurmm.. apapun.. saya harap saya kuat hadapi dugaan ni...
Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan saya ahli keluarga dan sahabat handai yang sentiasa mengambil berat akan diri ini... lindungilah mereka dan berilah mereka kesihatan yang baik dan rahmatilah mereka dalam apa jua yang mereka lakukan
loved!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan