+ nak bg surat doktor yg dr dftr hr tu asyik pending jer..
+ cik ecah nk minta supplement la since kawan2 rapat kat sni semuanya macam dh kne jangkitan virus je..
so, langkah berjaga -jaga untuk diri sendiri agar tidak dijangkiti virus juga
since badan rasa dah panas sejuk panas sejuk jer...tp
last last lain pulak jadinya heh? hurmm
susah pulak nak bangun pagi tu tp gagahkan juga diri untuk bangun dan dengan harapan lepas ke unit kesihatan boleh la masuk ke kelas selepas tu macam biasa...
sampai ke unit kesihatan... doktor cek macam biasa tp bila kne tang cek spo dan blood pressure tu cik ecah tak suke! grr
spo cik ecah memang rendah -.-
lagila bila cik ecah baru jer lepas berjalan nak ke klinik tu kn memang makin rendah la..
so doktor dah risau.. (ni la masalah kalau pesakit jantung kne checkup kt doktor biasa.. dorg xtau kondisi diri pesakit camne) hurmm
punyalah nak percayakan dorg semua yg cik ecah okay sampai sudah dorg tak caya last2 cik ecah kene buat ecg juga -.-
okay ni satu ag kusut.. haha bila alat yg ada tu tak selalu digunakan apa jadi ea?
last2 pesakit yang ajar nurse mcm mana nak pasang mesin ecg tu heh...
boleh pulak akak nurse tu cakap...
'sakit tp pandai, jarang jumpe..'
thanx akak nurse sbb doa saya pandai! hee
dah setiap kali g spital memang tu juga yg saya kne buat hurmm
tp... last2.. doktor yg cek td cakap...
'saya hantar awk g spital supaya maklumat awk ada dekat dorang dan keperluan semua lengkap kat sane,spo die rendah sangat.. ambulan dh tunggu kt luar...'
ya allah.. apasal saya kne g spital pulak??
datang nak minta ubat je pun -.-
kne pulak mase tu peralihan waktu kelas... memang ramai la manusianya.. huu
akak tu cakap... kalau doktor suruh masuk wad masuk je ea?
pulak dah.. orang lagi taknak masuk wad ada lah... (betapa bosannya nnti dalam wad!)
sampai spital dilayan seperti cik ecah ni sakit tahap kritikal.. err...
bila sihat tp dilayan seperti pesakit memang sakit la jadinya!
apepun dah sampai kt wad kecemasan tu kne juga amik darah dan masukkan oksigen?
dan saya kne tahan dekat 12 jam! haiyoo...
mase doktor kt wad nak cek baru cik ecah pasan yang kondisi cik ecah memang ditanda tahap kritikal heh.. patutla doktor semua kerumun je satu hari ni... haih...
bagitau ayahanda dan bonda.. bonda tak cakap pape just gelak jer..?
nada suara ayahanda pun tak risau mana pun... huu..
+ bonda memang tau jer kalau cik ecah memang taksihat atau ubat dah habis heh...
huu nasib baik la surat IJN dibawa ke mana2 saja kalau tak jenuh juga cik ecah nak menjawab semua soalan doktor2 tu semua...
okay lepas ni kalau nak minta ubat kat klinik dah tau macam mane...
mase nak discharge malam tu ada sorg doktor ni bgtau
'mula2 pelik gak.. budak ni boleh senyum2 ag bila dia masuk td tp dr red zone.. okay awk boleh discharge malam ni'
hee thanx doktor..
dan akhirnya dapat MC dan ubat yg sepatutnya untuk satu hari yg bg 1001 pertayaan,persoalan dan jawapan heh
dan hari tu tak dapat join meeting kelab usahawan... meeting kelab econbiz.. kelas memang burn la satu hari tu + tak dapat join surprise birthday nami...
tp yg cik ecah dapat.. kerisauan dari kawan2 heh??
maaf korang.. sangat minta maaf buat korang risau... i'm okay... dont worry yeah..
biasalah baru je lagi kat KB ni kan.. biasala tu.. homesick melampau huu
apapun ahad ni kne pegi unit kesihatan tu balik sebab id card tertinggal kt sane!
(tQ tutu, abg apiz, kak wani, zati, nami, afiq ^^.)
loved!
*baru masuk sem dah dapat merasa naik ambulan uitm kt KB ni.. haih aptb~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan