........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Sabtu, November 24

248 : peringatan bersama...


Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur...orang yang telah mati..
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X..

4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur..
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.
10.Tutup aurat ketika tidur.

_________________________________________________________________________________


Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:


Akal boleh hilang disebabkan marah
Agama boleh hilang disebabkan dengki
Malu boleh hilang disebabkan tamak
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.


Manusia akan menghadapi empat penarikan:

Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
Para ahli waris akan menarik hartanya
Ulat akan menarik tubuhnya
Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”

Dari Ali r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:

Memberi maaf pada waktu marah
Suka memberi pada waktu susah
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”
Dari Hatim al-Asom yang bermaksud:

“Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”
Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:

“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.

Ketahuilah,

Seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan suatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya)


Wallahualam



masih sempat cik ecah ucap :: Salam Maal Hijrah 1434H :: kn??
dah masuk 10 muharam dah pun hr ni...
semoga kita hijrah jadi seorang yang lebih baik dari sebelomnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan