........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Ahad, Ogos 26

224 : Hari Raya kami...

1 Syawal... bermula solat raya diawal hari di Masjid Penjara Kajang kemudian kami ke Sentul...
berjumpa dengan sepupu sepapat semua.. dan seharian juga di rumah nenda baru kami bergerak beraya ke rumah sanak saudara yg lain.. tp tak sempat juga.. cuaca yg tak diduga.. hujan ditengah hari membantutkan perjalanan... apapun alhamdulillah sempat menziarahi makam atokanda, dinda dan pakcik tercinta..dan pada malamnya kami bergerak pulang utk bermalam di Hulu Langat pula...
2 Syawal... Pagi hari dipenuhi dengan aktiviti membalas dendam.. huu.. hujan lebat yg mencurah ke bumi membuatkan kami lena dibuai mimpi heh.. aiyoo... berganjak tengah hari baru kami bersiap utk menziarahi saudara mara yg berdekatan... dan kemudian ke... err.. ke kebun! ahaks..
utk mengutip hasil tanaman yang masih ada... aiyoo.. berhari raya di bawah hujan.. tp alhamdulillah dapat la juga seguni duku langsat dan seguni manggis utk diagihkan kepada keluarga yg lain... tp yg tak best nyer.. grr kene PACAT!! -.- ( x sempat ziarah makam nenda dan tokanda sbb hujan)
3 Syawal... permulaan hari bermula dengan berkunjung dan menziarahi makcik yg berada di balakong.. (mmg dh janji pun semalamnya) kemudian rutin setiap tahun kami akan menziarahi ahli keluarga yang berada di sekitar Petaling Jaya.. Shah Alam... kaum kerabat sebelah bonda...
4 Syawal...  baru berkesempatan utk menziarahi kaum kerabat sebelah ayahanda di Negeri Sembilan tapi tak sempat pun ke Melaka...dan.. pengalaman yang memberikan peringatan kepada kami sekeluarga utk lebih berhati2 melalui jalan lama yg berselekoh.. Ya Allah terima kasih kerana masih panjangkan umur kami sekeluarga... (kecut perut weyh bila kereta yg dipandu terbabas menghala ke jalan yg bertentangan.. subhanallah)
5 Syawal... ayahanda dan bonda sudah memulakan tugas semula dan kami adik beradik hanya berehat di rumah dan cik niena huu rajin2kan diri utk buka buku tu.. trial spm nak dekat dah...(kesakitan melanda diri dan x dpt kuar hangout ngn kawan2.. so sorry)
6 Syawal... bonda dh mula bertugas waktu pejabat sampailah akhir bulan ni.. ayahanda pula bertugas petang.. so kami adik beradik?? duk umah diam2 ya.. hee.. tp.. bila malam menjelma.. kelam kabut dibuatnya bila dapat tahu yang sepupu kami akan 'fly' ke tempat asal..huu bila lagi nak jumpenye ea?? yuu mmg kelam kabut la kn bila malam tu juga nak g jumpe dorg ni.. tp alhamdulillah sempat juga jumpa korang sebelum masing2 pulang meneruskan perjuangan (raya umah orang kul 12 malam! terbaik btol...KERANAMU punya pasal) kalau tak tak tahu la bila lagi jumpanya.. huu
7 Syawal... lagi dua hari jer baki cuti cik ecah ni.. hari ni cik ecah tggu di rumah saja.. cik miera dah g beraya dgn schoolmate die... huu.. kawan2 cik ecah bila kita nk konvoi raya ni?? sape2 yg nak datang tu mari jer la serang... insyaallah ada rezeki kita dapat jumpe...
dan secara keseluruhannya :
Alhamdulillah tahun ni masih lagi dapat melakukan aktiviti ziarah menziarahi sesama ahli keluarga yg lain di hari lebaran ini... semoga amalan ini dapat diteruskan ag... sesungguhnya keluargalah orang yang paling bermakna dalam hidup kita.
Sejak 4 tahun berlalu semuanya berubah...
kalau tak mesti setiap tahun kami sekeluarga akan pulang beraya di Hulu Langat dahulu baru ke Kuala Lumpur sebab keesokan di hari raya kedua kami sekeluarga akan ramai2 berkonvoi ke Negeri Sembilan pula utk majlis 'mengadap' dan seterusnya ke rumah saudara mara di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka..
kemudian baru la kami akan berkonvoi utk menziarahi keluarga sebelah bonda pula.. sobs.. apapun semuanya tinggal kenangan sejak nenda sebelah ayahanda sahaja yang masih memerlukan perhatian dari kami... 
AL-FATIHAH..






 SALAM LEBARAN 1433H dr kami ^^.
~MAAF ZAHIR BATIN~

** masih lagi dalam mood raya kn.. insyaallah kami akan pergi juga ke rumah ahli keluarga yg belom sempat dikunjungi lagi... love yeah **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan