........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Khamis, November 10

72

Hari raya aidiladha @ raya korban @ raya haji adalah salah satu perayaan org islam yg dituntut utk menghayati erti sebenar pengorbanan. semestinya pengorbanan ibubapa terhadap anaknya adalah yang tak ternilai.... hayatilah ape yg mereka telah lakukan utk menjadikan anak2nya berjaya dan berguna...
byk peristiwa yg memberikan kite pengajaran dalam menghayati erti sebenar raya kedua org islam ini..antaranya :

  • sikap tolong menolong antara individu dalam menjalankan tugasan harian...
  • mengajar kite erti bersyukur dengan apa yg kite perolehi sekarang dan agar dapat dikongsi bersama org lain..
  • menginsafkan kite bahawa betapa besarnya kuasa tuhan dan betapa kerdilnya kite sebagai hambanya...
  • setiap org adalah sama disisi allah asalkan die tidak berpaling dan menyekutukannya.


hurmm.. sini cik ecah kongsi sikit info pasal aidiladha ni :-

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

 teringin sangat nk pegi sni... insyaallah dipermudahkan...salam aidiladha 1432H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan