........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Sabtu, Disember 7

wordsless 63

jom muhasabah diri :
“Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Yassin : 83)

mati  itu pasti samada muda atau tua.. sihat atau sakit... kaya atau miskin...cuma masanya saja yang kita tak tau.. dan seluas mana pun ilmuMU jika tidak dikongsi bersama dan tidak menghiraukan + meningkatkan ilmu akhirat... diri ini pasti akan bersendirian juga di dalam liang lahad suatu ketika nanti...
Ya tuhan semoga dengan kematian ini dapat meningkatkan lagi rasa cinta dan sayang kami kepadaMU...
p/s : 2hari berturut dapat berita kematian dari ahli keluarga sebelah ayahanda... semoga arwah pakcik dan atokanda tergolong dalam kalangan orang2 beriman..al-fatihah

325 : final sem 3!

SalamunAlaih...
ambil peluang update dikala line internet tak meragam...
bangun pepagi hari jumaat yg nyaman semalam (6/12) dikejutkan dengan berita sedih...
ya, tuhan lebih sayangkan dia...
kuatkan kami sekeluarga atas pemergian insan yang kami sayangi ya tuhan...
k.long dan adik2 sepupu yang jauh2 ni tak dapat balik jenguk arwah kat nilai...
hanya doa dan ayat2 suci al-quran yang dapat kami kirimkan...
semoga arwah tokteh ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan beriman..
al-fatihah (T.T)
huu sudah2 la tu... takmo sedeyh2... tp
jomla sedar diri sikit nyer...huhuhuhu
akhirnya, jadual final yang ditunggu-tunggu untuk sem ni keluar juga kat web uitm..
bermulanya alam sebenar sebagai pelajar ekonomi...
ye, sem yang sangat mencabar fizikal dan mental..
awal2 sem dah diduga dengan kesihatan diri yang tak menentu.. hoho
harap dapatla diakhiri dengan usaha + keputusan yang setimpal...
walaupun masih ada lagi quiz, test dan assignment yang pending di akhir2 sem ni...
bawah ni jadual exam cik ecah untuk sem ni
30/12/13 - CTU553
4/1/14 - ISB540
5/1/14 - ECO555
7/1/14 - ENT530
13/1/14 - ECO539
18/1/14 - ECO541
sem ni jadi pembuka dan penutup paper...
7 paper for this sem tp 6 jer yang ada final...
harap ni jadual final la.. bukan draft2 dah...
sebabnya gap yang ada sangat sesuai dengan paper yang cik ecah amik sem ni...
paper killer cik ecah sem ni yg kod ECO tu.. semua tu 4 jam kedit..
tapi yang paling paling paling kritikal adalah paper 13/1 tu.. MIKRO-EKONOMI!
nasib baik ade gap yg agak sesuai untuk pulun paper tu...
yang lain pun kritikal juga sebenarnya tp masih boleh dikawal...
harapan sem lepas dibawa kehadapan...
masih tertunda lagi azam yang diazamkan sebelum nak sambung belajar ni dulu...
jadi ia akan dijadikan sasaran utk gapai juga azam tu sampai termampu!
insyaALLAH....
cik ecah nak amik kesempatan untuk minta maaf buat rakan2 yang ada terasa hati sepanjang semester ni berjalan..
semoga kita dapat keputusan setimpal dengan usaha dan diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan dan cabaran dariNYA..
buat rakan2 yang jemput untuk undangan2 sekitar akhir bulan 12 sampai akhir bulan satu tahun depan tu cik ecah minta maaf la ye sebab tak dapat nak hadirkan diri...
akhir tahun biasala banyak kenduri tapi i'm so sorry.. (bukan sengaja tak attend majlis korg)
semoga majlis yang dirancang berjalan lancar dan sentiasa dalam barakahNYA ^^.
InsyaALLAH ada jodoh kita jumpe n cik ecah akan cuti sem selama 6 minggu lepas tu...
Tahniah juga buat rakan2 yang akan bergelar mommy n daddy...
cik ecah pulak yg excited terlebih heh... tp..
serius rasa diri ni dah tua pulak since ramai rakan sebaya kebanyakkannya dah nak tamatkan zaman bujang ni..
haih korang ni.. saja tau!
loved!

p/s : rakan2 uitm yang seangkatan... all the best utk korang juga... bestnye ada yg dah nak grad.. jeles!

Selasa, Disember 3

324 : bukan ku minta

situasi di satu pagi...
A : ha teruskan... awak muda lagi...
B : penat la madam... rehat jap...

perbualan singkat dengan salah sorang pensyarah...
mase tu tgh naik tangga..
kelas tgkt 4.. so dpt agak apa yg berlaku??
org yang sihat pun sampai atas semput2..
saya tau saya muda lagi.. tp.. saya .....

masuk ni... ni kali kedua cik ecah kne masuk oksigen dan kne tahan kt wad sem 3 ni..
yes sem akhir2 tahun selalu banyak dugaan kn..
tp nasib baik kali ni tahan kt wad di unit kesihatan uitm jer.. nasib nasib..
tQ En.Zul sbb tak hntr saya g spital..
klu tak mesti satu hal lagi... tak tau bile boleh discharge nye..
hurmm cik ecah tak tahu kenapa tetibe diri ni melangkah ke unit kesihatan tu pagi td..
serius rasa tak sihat sangat..
ye saya akui saya agak stress dalam satu dua minggu ni...
dengan kesihatan yg naik turun..
cuaca yg hujan berpanjangan...
ya saya tak kuat.. dan saya pura2 kuat...
cik ecah bukan minta diri dikasihani bila status2 sakit yg cik ecah post kt laman sosial yg lain tu
tp saya cuma nak kawan2 doakan apa yg terbaik dan
supaya saya masih kuat untuk tempoh segalanya di sini..
ada lagi setahun setengah klu nak timbal balik bila nak habisnya study kt pantai timur ni..
ni la hikmahnya tuhan tak hantar jejauh kan.. jauh ni pun tak boleh nak jaga diri -.-
okay, serius bila cik ecah sakit, cik ecah selalu remind diri ni makan ubat ubat ubat..
automatik diri ni terasa dimuhasabah dengan sendiri bahawa diri ni tak sempurna dan
saya ada kekurangan yang tak boleh nak sama dengan kawan2...
dengan tu juga buatkan diri ni sentiasa beringat dalam nak buat sesuatu
bahawa diri ni terbatas untuk buat sesuka hati dalam masih ingat akan insan2 tersayang supaya dapat jaga diri sendiri dengan sebaiknya tanpa pengawasan ketat dorang
+ tak nak wat dorang risau..
cik ecah tak tahu akhir2 ni.. naik tangga satu tingkat pun dah sesak nafas.. hurmm hurmm
ye saya paksa diri untuk naik sebab kalau tak nnti saya tak sampai atas...
dan skrg saya paksa diri untuk adapt semua paper yang saya amik sem ni..
sebab tu saya stress dan saya mengaku tu..
+ ya saya suka stay up malam sbb waktu tu je otak saya ni boleh pulun untuk masuk segala input selain mase kelas...
maaf sebab saya leka dan terabai jaga diri sampai ubat pun kadang2 makan lambat...
tapi kalau saya tak paksa saya akan jadi lalai and
i need my frenz to always keep remind me!
dan sekarang baru cik ecah tahu kenapa last medical checkup doktor selalu ingatkan supaya pandai kawal stress..
sebabkan kesihatan saya akan terganggu.. totally!
and now saya kne pandai kawal masa, fizikal dan mental...
really hope this semester will end as soon as possible..
paling kurang pun.. cepatla habis semua test, kuiz dan presentation..
+ kelas ganti yg secara tiba2.. ohh yeah..
tu juga punca cik ecah stress... admit it.. sebabnya..
saya bukan salah sorang yang multitasking dalam satu2 masa.. kalau kadang2 tu ye..
"Ya Allah, aku berlindung kpdMu dari sifat lemah dan malas, penakut dan tua."
(HR Bukhari)

saya rasmi oksigen kt unit kesihatan ni ye doktor?
thanx sebab sediakan keperluan ni kepada pelajar seperti saya....
loved!

Ahad, Disember 1

323 : belum terlambat...

hello december...
ha?? dah masuk bulan 12 dah??
yes aisya.. bulan november dah takleh nak putar balik dah...
ya allah tak sampai sebulan lagi final exam utk sem 3 ni akan dihadapi..
okay ade lagi 2 report penting yang pending,
2 perbentangan yang perlu dibuat..
kuiz kuiz kuiz dan juga ujian ujian ujian ujian..
err bape byk test ada lagi pun dah tak dapat nak kira dah..
masih banyak yang pending dan semuanya perlukan kekuatan zahir dan batin untuk hadapinya..
dalam masa KURANG sebulan banyak lagi yang kne kejar..
serius! banyak lagi yang tak dapat nak masuk dalam otak ni..
jangan harapan sem ni tinggal harapan sudah la ye..
secara keseluruhan bagi cik ecah dalam tujuh2 paper yang cik ecah amik sem ni cik ecah paling takut paper mikroekonomi..
ohh yeah itu paper major heh?.. yes!
paper yang cik ecah rasa apasal tak ada input jer dalam otak ni??
(masa dip dulu suka sangat paper ni) hurmm
+ exam dah nak dekat..
jangan salahkan sesape kalau bukan diri sendiri yang tak amik serius dari mula..
jangan jadi giler dikemudian hari sudah...
cik ecah harap sangat cik ecah masih boleh kejar paper ni walaupun hanya kurang sebulan..
tak mustahil untuk sesuatu yang masih belum bukan?
hoho tolongla diri jangan leka dah... tolong la tolong la...
cik ecah tak tahu kenapa sem ni kemalasan dia tahap apa...
bila tengok gmbo kawan2 konvo rasa cemburu...
lagi2 kawan2 yg dpt pakai selempang tu..
tapi diri sendiri yang tak sedar diri.. leka leka leka.. haiyaa..
masih tak terlambat aisya oii...
carry mark tak melambangkan apa2?? yes!
tapi ia akan membantu jika kita perform dengan baik walaupun dengan usaha last minit..
biar lambat dari tak mula apa2...
tapi kena ingat kelebihan dan kekurangan diri..
kena sedar diri tu mampu ker untuk semua tu... hoho
YOU BETTER START NOW!

loved!

Ahad, November 24

322 : bila nk sedar ni?

okay dah berminggu baru berupdate.. aptb~
hari ni saja nak tulis nota untuk kesedaran seorang PELAJAR!
cuti dah lama berlalu aisya oii..
bila dah kne 'brainwash' sekejap je pun jalannya...
tau masa tu makin suntuk dan makin mencemburui tapi masih juga tak sedarnya..
keputusan test puyalah teruk.. quiz lagila..
haiyoo macam mana nak maintain dapatkan apa yang diazamkan ni??
cakap senang sangat kan.. tp bila suruh buat??
keMALASan melampau tu tak dapat nak kawal!
buku tu dah dibuka pun tapi tak berbaca?
latihan pun makin malas nak buat..
cakap banyak lagi yang kne 'cover' tapi satu pun tak jalan..
keje asyik pending.. bilanya nak siap?? haa haa
heh bukan tak buat.. buat.. tapi kenapa tak buat dalam kuantiti yg banyak..?
awak tahu awk tu kne 3kali ganda dari org lain baru faham tp...
hurmm..
nak sangat kan amik risiko tukar kos..
jadi.. jangan nak macam2 pulak..
seminggu lagi bulan november akan melabuhkan tirai...
ni baru dugaan sikit dr tuhan..
ingat.. tuhan tu duga setakat apa yg kita mampu..
cuma malas dan rajinnya kita nak capai apa yg kita nak...
jadual peperiksaan yg first draft pun rasanya dah kuar dah...
tapi still tak sedar..
hari tu cakap boleh nak kejar kos ni..
berani amik risiko benti kerja semua untuk dapat yang lagi baik tapi...
kalau permulaan dah malas camni.. apa la nak jadi??
YES boleh jika insyaallah dan kerja tu diusahakan dan dilakukan secara berterusan..
setiap kos yg diambil pun ada kesukarannya bila tak study..
sebulan je lagi masa nak final exam...
dah suntuk sangat sebenarnya untuk sem ni...
tp asyik tido saja!
angan2 nak anugerah dekan setiap sem, nak pakai selempang bagai
tp... sendiri la fikir..
berubah konon..
kalau rasa nak sangat pisang berbuah 2 kali..
kalau rasa nak lingkup sangat dan
kecewakan semua org tersayang sem ni
silalah teruskan mimpi anda..
loved!

Jumaat, November 1

321 : cuti cuti cuti

1/11-2/11 (jumaat sabtu) cuti minggu
3/11 (ahad) deepavali
4/11 (isnin) cuti sempena final bola
5/11 (selase) awal muharam
6/11-7/11 (rabu-khamis) kelas, perbentangan
8/11-9/11 (jumaat-sabtu) cuti minggu
10/11 (ahad) TEST ent530 malam
11/11-12/11 (isnin-selase) cuti 'birthday' sultan kelantan
SalamunAlaih..
tu jadual awal bulan november cik ecah...
heaven tak rasa??
heaven kan?? tp..
saya stuck di kelantan dan tak dapat balik rumah dan jumpe insan tercinta...
sob sob sob...
rancangan awalnya nak balik 8-12 tu tp...
kelas entrepreneur semalam tetibe lecturer nak buat test hari ahad tu..
ye sangat la best..
memang tak la nak balik kalau sekejap je..
bontot tak panas ag dah balik semula... buat penat badan jer
+ makin nak sakitkan diri sendiri jer an..
kenapa tak balik minggu ni??
sebabnya cik ecah dah rancang dah awal2 ngn cik wani nak siapkan semua assignment minggu ni
dengan harapan semuanya siap dan bolehla balik dengan aman minggu depan..
tp... nampaknya rancangan terbantut la pulok kan...
+ ingat isnin tu tak cuti memula... last2 jadi cuti umum bg negeri kelantan la pulak..
so orang dah bg cuti.. amik je la... takkan nak tolak..kn?
+ bolehla siapkan pape yang patut...
ohh silalah isi mase yang ada sebaiknya
tp sebenarnya cik ecah tak suka sangat banyak cuti ni
sebabnya sah la nnti kene buat kelas ganti..
kenapa time kelas bertimbun tu juga kne gantinya..??
ouh diri tolongla kuat hadapi semua ini...
nasib baiklah bekalan ubat yg bertimbun tu cik ecah bawa semua...
klu tak.... nak tak nak mesti kne balik juga nnti kan...
harap nnti takde la pack sangat jadual kelas tambahannya...
dan diri ni dapat bertahan selagi mampu...
another 7-8 weeks to go...
please be nice to me november!
loved!

320 : Penderma Organ

A : Assalamualaikum, cik aisya, kami dah ada penderma dan cik ecah boleh daftar masuk secepat mungkin...
B : Maaf ye, penderma untuk apa?
A : penderma untuk jantung cik ecah.. dan sila datang ke IJN secepat mungkin..
B : ohh ye tp saya tak tahu lagi tarikh sebenar dan kata putus doktor bila saya kne buat checkup dan masuk IJN lagi...nama saya memang dah ada dalam senarai tapi masa dan waktunya belom ditentukan lagi... mungkin pihak IJN silap? saya takde pape maklumat pasal pembedahan tu + surat dan email pun saya tak dapat...
A : maaf ye cik.. bagi pihak kami semak semula... kalau ya macam mana ya?
B : takpe kalau macam tu berikan saja pada orang yang lebih memerlukan sebab saya rasa kondisi saya masih sihat dan saya masih buat aktiviti harian seperti biasa..
A : baiklah cik aisya.. maaf atas kesulitan...

terkejut dapat panggilan dari IJN hari selase lepas...
hurmm lets see..
cik ecah rasa cik ecah tak pernah kasi pun nombor fon cik ecah pada dorg...
selalunya cik ecah akan bagi nombor ayahanda mahupun rumah jer kalau bab2 kesihatan ni..
mcm mane dorang boleh ada nombor fon ni ea??
bgtau kt bonda dan ayahanda.. dorang cakap dorg silap
+ pihak IJN rindu tetibe nak call fon cik ecah hr tuh..
haha aptb la bonda ni..
hurmm mungkin ada cik ecah bg since cik ecah dah ditukarkan ke adult ni kn..
tp tak ingat bila masanya huhu tp why not..
okay la pihak IJN tau nombor awk cik ecah... takde masalah pun...apapun...
buat pengetahuan korg memang nama cik ecah dah ada dalam senarai pembedahan dari cik ecah umur 12 tahun ag..
tp sejak tu malah sebelum tu ada saja penemuan baru yang membuatkan doktor sendiri takut untuk melakukan pembedahan...
dan sejak tu kondisi cik ecah ni tak tau mcm mane nak digambarkan..
kalau sihat akan sihat alhamdulillah terus.. tanpa masalah nak buat apapun aktiviti...
dan kalau tiba sakitnya... ia perlukan masa yang agak lama untuk sihat...
walaupun setiap tahun or even sakit sikit je terus la g IJN kesayangan tu...
and now i'm 23.. hoho
kalau btol jantung tu memang sesuai dengan cik ecah
dekat 10-15 tahun juga tunggu masa utk jantung yg sesuai kan?? huhu
Terima kasih penderma organ yang baik hati..
cik ecah harap agar satu lagi nyawa dapat diselamatkan...
dan jantung tu sesuai dan dapat diterima badan oleh bakal penerimanya
alaa setiap keputusan yang dibuat ada risikonya...
apapun tak salah bagi kat orang yang lebih memerlukan since saya sihat
dan setahu cik ecah...
doktor takde la pulak cakap nak buat pembedahan tukar jantung pada medical checkup yg lepas...
kalau nak buat pemintasan untuk laluan darah dari jantung ke peparu tu adalah juga dia taya dan bagitau ayahanda... tu pun masih dalam perbincangan dan
doktor masih tengok balik fail2 lama...
since oksigen yg dipam oleh jantung cik ecah ni sikit
dan takdela dorang risau sangat pasal jantung belubang yang berlubang dalam jantung tu...
hurmm.. apapun.. saya harap saya kuat hadapi dugaan ni...
Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan saya ahli keluarga dan sahabat handai yang sentiasa mengambil berat akan diri ini... lindungilah mereka dan berilah mereka kesihatan yang baik dan rahmatilah mereka dalam apa jua yang mereka lakukan
loved!

319 : modul 7 , seminar ENT...

26/10... modul 7 sem 3...
seminggu berlalu baru nak berupdate pasal ni..
apepun... modul kali ni cik ecah ngn cik wani je yg terlibat..
pelik ke kami yg sem 3 ni amik modul ni??
sangat ler tak best tp kne jugak la pergi sebab nama dah naik..
geng2 lain semua tak tau la mana nama dorang hilang... huhu
klu tak pegi nnti kne juga pergi sem depan..
so baik tak payah wat keje 2 kali kne daftar modul ni kt HEP lagi sem depan..
modul kali ni pasal kenegaraan...
sangat patriotik dan nasionalism masuk modul kali ni...
semangat tu dh ada tapi bila time teori dan ceramah sangatlah minta maaf dari saya..
masa penceramah duk bagi ceramah cik ecah buat ape ea??
huhu cube teka??
ye.. tepat sekali.. begitu la caranya tiap kali ada ceramah...
saya akan pasang recoder dan tido! grr (bocor rahsia)
tp saya akan dengar balik bila perlu.. hoho
huhu cik ecah tak tau kenapa cik ecah tak suka sangat terutama bab bab sejarah ni..
hurmm walaupun dalam masa sehari suntuk utk ceramah dan LDK kali ni..
modul kali ni berjalan dengan lancar juga huhu
nasib baik la buat kt KB.. kalau la kt Machang, 
cik ecah rase selamat juga la semua kelas...
penat ya rabbi walaupun byk teori je rase.. hoho
tu pun balik terus pengsan dah... hish apepun tak boleh...
apepun time LDK dapat instruktor yg best.. + kawan yg happy go lucky..
so no problem with that dan xdela berjalan sampai malam macam dalam jadual...
huhu new friends come again.. salam ukhuwah korg..


28/10- Forum keusahawanan.. n karnival usahawan ipt..
untuk project paper entrepreneur kali ni kami kne handle seminar..
dalam duk busy kelas asyik batal last2 lecturer bgtau kami tak payah handle seminar tu
tp kne attent forum keusahawanan yg telah dibuat oleh pihak uitm kelantan..
so alhamdulillah ringan satu beban la kan.. + terus semua sekali sape yg amik paper ni wajib pegi seminar tu.. huhu
ingat senang nak handle.. + nasib baik kami tak buat pape pun lagi pasal project paper tu.
dan macam biasa la... seminar mesti ada kaitan dengan paper yg diambil tu la kan..
seminar kali ni dibuat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan huhu
mula2 sampai kt jabatan ni.. rasa kagum sebab negeri kelantan dah wujud juga auditorium sebegitu.. +  besar juga la auditorium tu macam kt Istana Budaya.. hoho


forum mengenai ''Keusahawanan dalam Menjana Transformasi Ekonomi Bumiputra''
dihadiri oleh 3 panel iaitu dari

dan dimoderator oleh PM. Dr.Asri Yusof..
kesimpulan dari seminar ni cik ecah dapat banyak maklumat pasal keusahawanan terutama mengenai polisi dan mcm mana nak jadi usahawan berjaya..
walaupun tak berminat pada asalnya tp bila dah dengar dan ikuti forum ni..
cik ecah rasa korang pun akan rasa nak jadi kaya dan usahawan berjaya macam dorang huhu
apepun byk kata2 semangat dan kata peransang yg cik ecah dapat dr forum ni dan antaranya...
waktu2 sukar tidak pernah berakhir, tp hanya yg tabah dan cekal yg mampu hadapinya
ilmu yg dapat tp tak amal tak guna.. + belajar bertindak!
kalau rasa tak sanggup nak susah jangan haraplah nak jadi usahawan + ilmu ilmu ilmu
macam mana hebat pun kita hormatlah setiap orang yang ada disekeliling... tanpa mereka kita bukan sesiapa
+
cadangan dari classmate cik ecah hari tu
cik ecah cuba menu baru 
iaitu...
'kerabu maggie'


not bad rasa dia...
cukup semua rasa dan
penangan pedas dia terbaik...
orang nogori boleh try ni...
(walaupun tak boleh nk lawan masakan nogori la) 
huhu kenapa sebelom ni cik ecah tak jumpe ea??
 dorg cakap kt wakaf cek yeh ade huhu
apepun nnti cik ecah nak cari la..
loved!


Jumaat, Oktober 25

318 : mata baru..

2hr juga la menderita dengan keadaan cermin yg retak..
walaupun retak sebaris jer...
seksa die terasa juga terutama masa nak lintas jalan..
tuhan je la tahu.. berserah je mase lintas jalan tu...
kalau tgk slide tu okay lagi.. just poninla..
walaupun yg sebaris tu takdela tepat2 kt tengah2 cermin tu an..
huhu akhirnya setelah dekat 8 tahun bertukar juga cerminnye heh...
tp okay lagi la dr org tu cermin mata die bg kt jalan mane pun taktau kan hee
+ okay lagi la dr cermin2 mata sebelom2 ni..
tangkai duk tanggal sebelah la...
patah tengah2 la..
haih sayang btol ngn cermin mata ni.. tahan lasak sungguh..
dah jatuh beberapa kali pun... tp kali ni yg peliknya...
cermin plak yg jd mangsanya... x pasal retak plak.. huhu...
calar jangan kira.. memang dh macam cakar2 dh klu nk tengok calar die huhu
nasib baikla ade fokus point kt KBmall tu...
duk pusin pusin.. satu tu je la pun kedai cermin mata yg wujud...
so, nak tak nak memang kne betulkan kt situ juga dr tahan seksa mata rabun ni.. grr
apapun.. cik ecah tukar cermin jer.. tu pun dh kne RM120...
since bingkai elok lagi.. why not??
bleh budget skit since duit pama dah tggl sikit huhu huu first time g beli sendiri amik ko..
penjual tu g kecek plak ngn den ni ha?
memang saya faham sangat -.-
last2 cik ecah just cakap cik ecah nak tukar cermin dan ikut power cermin tu juga
+ boleh tak siap hari ni juga.. huhu
siap dalam masa sejam dah bersyukur sangat dah..
-bonda cakap cepatnya! hurm mungkin masa tu stok cermin die ada..
sebab tu boleh siap dalam mase sejam-
dr kne tinggalkan cermin ni sebabnya esok ade modul dan luse dah start class
+ kne g seminar pula isnin nnti..
hurmm cermin baru..
terasa gak la mabuk cermin nak sesuaikan dengan mata ni kan..
berapa lama pulak la tahannya yg kali ni kan?? huhu


*huhu penat nak betulkan gmbo ni... 
malas dah nak rotate.. asyik kuar cmni juga -.-
loved!

*rindu!

317 : Midsem... Retak seribu... modul...

SalamunAlaih...
amik mase untuk update pape yang patut...
naik jer mid sem break hr tu bermulalah cabaran menghadap test mid sem yang bertimbun ni..
dari satu ke satu paper yg diambil ade test...
+ bermulalah presentation...
+ mase tu juga la makin bertambah pulak assignment n homework... huhu
memang dah biasa dah... kalau lepas mid sem break je mesti semua ni akan bermula.. tapi..
apasal sem ni rasa macam tak tertanggung je semua tu...
dah settle 2 test tp rasa macam cik ecah tak belajar apa2!
what is going on u aisya?! haiyoo..
serius mase dalam kelas faham ya amat... tp bila time test?
punyalah gagap.. grr..
apepun memang cabaran sebenar dah bermula la kan..
nasib la.. salah sendiri sebab rajin sangat buat revision kan..
padan muka!
+ suka sgt wat keje last minit.. hurm.. sebut pasal patah seribu tu.. sebab...
ha sebab cermin mata ku...
masa ni la pun ko nak retaknye..
kenapa tak masa lain?? haiyaa..
dah la dalam kelas semua lecturer duk pakat guna slide..


hoho nasib baik la sebaris je so boleh guna ag...
tp.. tu pun dah ponin pale pakainya...
so nak tak nak kne juga g betulkan...
apasal la cuai sangat sampai leh jatuh grr
tp tula punyala malas nak g betulkan.. @ buat baru...
 + huwaa hbs budget utk bulan ni...
hujung mggu yg busy utk settlekan semua assignment..
draft n present utk bel, report utk ent n ctu, survey stat...
test managerial dan mungkin juga ent utk minggu depan... spss ye ag...
yeah.. sgt tak byk kan??
 + mase tu pula la nama cik ecah ni naik utk modul sem ni kan...
apasal tak buat modul mase saya free?? haiyaa..
tp kalau mase free tu mesti ko tak ingat dunia kan aisya..
tu la dh ingatkan..
ingat 5 perkara sebelom 5 perkara..
so now?
pepandai la ko susun masa utk settlekan semua tu huhuhu lepas ni byk pulak cutinya..
ohh diri.. tolonglah kuat selagi mampu!
alhamdulillah keadaan diri dah boleh dibiasakan keadaan kat KB ni...
tp bila difikirkan balik... lambat pula imunisasi badan ni nak sesuaikan diri dengan keadaan sni..
siap dah masuk kuar wad... makin bertambah pulak bilangan ubatnya kan..
apapun hr tu mase cuti ada g date...
doktor cuma cakap.. kuatkan diri dan jangan push sangat...
dan sebab tu juga la byk tido ...
diri perlukan rehat bila penat.. so imunisasi badan please behave!
keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni...
dah nak start musim lagaknya... i need to take a double care of myself la nmpknya..
chaiyok aisya... u can do it!


 *tuhan berikan apa yang kamu perlu dari apa yang kamu hendak >.<
 loved!

Sabtu, Oktober 19

316 : mid sem break

SalamunAlaih...
cuti pertengahan semester dah ke penghabisan nampaknya...
hasil dari cuti ni ape ea??
huu.. dapat siapkan homework je.. grr
atleast bukak juga la bukunya...
esok dah nak pulang semula ke kelantan dan
u have a list of quiz and test for a whole weeks!
bagus sangat kan... duduk rumah lelama buat taik mata sahaja haih
camno la nak jadi bini orang ni...
err okay melalut sudah...
almost paper yang diambil ade quiz seminggu naik dari cuti ni
+ ada 3 test... bagus la tu...
presentation semua tak settle... apa yang sibuk sangat pun tak tahu la...
rasa macam seminggu tu cepat je berlalunya...
nampaknya rombakan jadual masa harus dilakukan...
lepas ni dah tak leh nak memain...
need to study hard and smart... grr
banyak juga yang masih ketinggalan sebenarnya ...
dan kne tanamkan kembali motivasi diri...
amik paper tu untuk sekali sahaja...
jangan memain dan lepaskan peluang yang ada.. tak semua manusia bernasib baik tp...
sangatlah rugi jika peluang yang dah ada depan mata tak digunakan sebaik mungkin...
apapun alhamdulillah cuti kali ni dapat juga berkumpul ahli keluarga
dan alhamdulillah juga sbb majlis tahlil, risik dan tunang yang dirancang juga berjalan lancar...
tahniah kanda, dinda dan kawan2 yang bertukar status...
tak kira la.. tunangan org ke.. suami/isteri mahupun status ke ayah dan ibu..
semoga korang sentiasa dalam rahmatnya...
+ have a safe journey my dear...
semoga segala impian jadi kenyataan...
insyaALLAH jika itu jalan yang terbaik why not...
semoga dipermudahkan segala urusan menimba ilmu di perantauan...
ohh ye.. salam aiduladha juga buat semua umat islam...
semoga kita menghayati erti pengorbanan sebenar..
dapat la juga cik ecah tengok lembu depan mata...
(buyi macam tak pernah tengok plak -.-)
dan alhamdulillah kesihatan diri juga baik sahaja... hee
tak tau la dah sampai KB esok camne pulak.. huhu
doktor cakap tu hormon penyesuaian diri.. haha macam2...
apapun cik ecah kene kuat walaupun tahu diri memang makin kritikal tp
diri sendiri yang akan menentukan tahap kritikal tu macam mana...
i hope i can survive for that...
doakan cik ecah ye supaya sentiasa kuat...
to my dear frenz...
cik ecah nak deaktif akaun fb buat sementara...
anything just contact akaun twitter @ nombor telefon cik ecah je okay..

balik raya haji hari tu ingat ke nogori...
tp.. nenda ada kt KL.. so
mase nak balik bandar tu nampak la van yg unik kat bawah ni


+ nampak juga bas KL hop on hop off ni


haha! rasa macam jakun plak... huhuhu
apepun cik ecah dapat jumpe 'Mr.Abu'


tupai peliharaan pakcik tercinta...
+ kembali tengok kawasan di mana cik ecah membesar...
 + mengimbau kembali zaman muda mudi...
dimanjakan oleh arwah atokanda tercinta dan ahli keluarga semua...
apepun semua tu kenangan..
rumah kampung tu pun dah dibina semula lepas terbakar beberapa tahun yg lalu... 
dan pkck sorg je yg tggl kt situ... 
yg lain semua dah ada kehidupan sendiri
loved!

Khamis, Oktober 10

315 : 1 bulan 1 minggu 1 hari

SalamunAlaih...
amik mase update dikala rajin duk stalk page kengkawan huhu
dekat sebulan tinggal kt KB utk permulaan tahun kedua ni...
caye tak caye tp tu la hakikatnya...
sekejap je masa berlalu..
so far pelajaran sem ni masih lagi di landasan yg betul walaupun keadaan diri tak teratur...
dan pelajaran sikit terumbang ambing tp masih boleh dikejar... i hope so!
+ masih belum sepenuhnya dapat adapt dengan persekitaran...
hoho 7 paper yg sangat2 mencabar fizikal n mental!
dah mula assignment bertimbun dan ada yg dh selesai pun kuiz 1 n 2...huhu
paper eco eco eco yg sangat memerlukan otak kiri bekerja dengan lebih dr otak kanan...
memang kalau tinggal je latihan akan 'faham' sgt la nak buat utk latihan yg seterusnya...
apapun diri masih boleh bertahan walaupun tahap kesihatan memang teruk sejak akhir2 ni...
namun digagahkan juga diri..
hurmm tak pernah2 wat hal masuk wad di awal sem.. masuk sem ni wat masalah pula..
maaf ayahanda.. bonda... dinda n kanda sbb risaukan kalian dengan keadaan diri ini... 
+ buat kawan2 di sini juga... maaf susahkan korang...
apapun cik ecah cuba kawal penat, sejuk dan stress + ikut nasihat doktor sebaik mungkin...
walaupun diri ni meronta ronta nak aktif
tp nampaknya memang keadaan tidak mengizinkan..
asal aktif sikit jer.. imunisasi badan dah mula bagi kesan supaya tahap itu sahaja batas aktiviti tu..
so nak tak nak... kne juga berhenti untuk kebaikan diri dan insan tersayang...
kesannya cik ecah sangatla kuat tido semester ni.. asal ada mase rehat je mesti tido! grr
huhu padahal diri ni wajib buat latihan dengan banyak untuk paper yang diambil terutamanya statistical eco dan managerial eco... hoho tabahla..
kata pelajar kan.. tipu la kalau tak stress dengan homework dan assignment!
apepun esok cik ecah dan kawan2 seangkatan akan mula bercuti pertengahan semester..
opss kami la start cuti dlu.. kawan2 yg jumaat tu memang hari kelas jgn nak ponteng plak hee
huu.. niat nak balik lambat untuk selesaikan semua assignment yang ada ni sebelum pulang tetapi apakan daya...  diri tidak kuat haha... dah homesick tahap melampau!
+ ada majlis yg harus cik ecah hadirkan diri pada hari sabtu ni...
hoo memang tak wajib tp orang penting kene hadir.. (org penting ke??) haha
+ cik niena dan cik miera pun balik jumaat tu...
so nak tak nak cik ecah kne sampai kt kajang hari jumaat tu juga...!
dan kesannya??
nampak gayanya kene la juga cik ecah bawa balik homework @ latihan kan...
err buku tu wajib bawa balik dan buka sekali ye cik ecah... WAJIB...!
sebabnya... naik cuti nanti.. berderet2 pula test menanti anda...
so apa makna cuti ni ea?? huuhuu..
harap dapat luangkan masa sebaik mungkin dengan insan tersayang...
lepas ni akan amik masa yang lama untuk bersua pula...
9 minggu pula kelas tanpa gap... err yeke??
rasanya cuti awal muharam @ deepavali @ hari kelepasan kelantan nnti ade je yg akan update status kt fb
'home sweet home -kajang!' hee
alaa... maksu cik ecah cakap.. kalau dah rindu tu.. yang jauh semua jadi dekat jer... kelantan ngn selangor macam sebelah je kan.. kejap je dh sampai !
ni la namanya perantau heh??
alhamdulillah sebab tuhan bagi juga kesempatan cik ecah belajar jauh sakit2 camni kan...
kalau tak mesti cik ecah tak dapat rasa 'homesick' tu mcm mana... hoho
walaupun takde la sejauh mane kne campak heh?? err
huuu... harap cuti seminggu tu cukup la untuk buat apa2 yg patut walaupun cik ecah tahu masa tu mesti je tak cukup...
neway.. sehari sebelum berangkat pulang ke bandar halaman esok...
cik ecah dapat berita kematian seorang pelajar kptmkl dekat LRT pandan jaya disebabkan kne rogol bergilir2 oleh mat2 bangla...!
terkedu dan tak tau nak cakap ape...
adakah sahih berita itu??
LRT pandan jaya!
terus teringat umah sewa!
ye... lebih kurang 4 tahun duk situ... alhamdulillah takde apa2 yg berlaku..
memang keadaan kat stesen tu suyi.. walaupun mase tu baru jam 8!
dan dan dan... situ memang ramai orang luar!.. scary!
dan cik ecah ingat ag.. mase balik kelas... keje @ keluar memalam..
kat tangan mesti ada senjata! alaa apa2la.. botol air ke... payung ke...
+ better kuar ramai2 dgn housemate ataupun mesti ada bodyguard teman...
tak pun cik ecah akan inform housemate yg kita dh nk sampai kt stesen tu.. sbb suruh buka pintu sesiap... jalan lelaju sampai umah... walaupun rumah boleh je nmpk dr stesen tu....
apepun.. peringatan kepada diri supaya lebih berhati2 dan
selalu baca surah al-fatihah dan ayat 4 Qul mase berjalan sengsorang + zikir dan selawat...
salam takziah buat keluarga mangsa...
to my dear family members... see u soon...
semoga majlis sabtu ni berjalan seperti yang dirancang dan lancar...
kawan2 semua... semoga masa yang ada dapat kita isi dengan aktiviti yg bermanfaat...
loved!


*tuhan duga setakat apa yang kita mampu!

Sabtu, September 28

wordsless 61


314 : kritikal?

pegi unit kesihatan kt uitm hari khamis lepas sbb nak minta b-complex n multivitamin yg dh nazak bilangannya dalam simpanan..
+ nak bg surat doktor yg dr dftr hr tu asyik pending jer..
+ cik ecah nk minta supplement la since kawan2 rapat kat sni semuanya macam dh kne jangkitan virus je..
so, langkah berjaga -jaga untuk diri sendiri agar tidak dijangkiti virus juga
since badan rasa dah panas sejuk panas sejuk jer...tp
last last lain pulak jadinya heh? hurmm
susah pulak nak bangun pagi tu tp gagahkan juga diri untuk bangun dan dengan harapan lepas ke unit kesihatan boleh la masuk ke kelas selepas tu macam biasa...
sampai ke unit kesihatan... doktor cek macam biasa tp bila kne tang cek spo dan blood pressure tu cik ecah tak suke! grr
spo cik ecah memang rendah -.-
lagila bila cik ecah baru jer lepas berjalan nak ke klinik tu kn memang makin rendah la..
so doktor dah risau.. (ni la masalah kalau pesakit jantung kne checkup kt doktor biasa.. dorg xtau kondisi diri pesakit camne) hurmm
punyalah nak percayakan dorg semua yg cik ecah okay sampai sudah dorg tak caya last2 cik ecah kene buat ecg juga -.-
okay ni satu ag kusut.. haha bila alat yg ada tu tak selalu digunakan apa jadi ea?
last2 pesakit yang ajar nurse mcm mana nak pasang mesin ecg tu heh...
boleh pulak akak nurse tu cakap...
'sakit tp pandai, jarang jumpe..'
thanx akak nurse sbb doa saya pandai! hee
dah setiap kali g spital memang tu juga yg saya kne buat hurmm
tp... last2.. doktor yg cek td cakap...
'saya hantar awk g spital supaya maklumat awk ada dekat dorang dan keperluan semua lengkap kat sane,spo die rendah sangat.. ambulan dh tunggu kt luar...'
ya allah.. apasal saya kne g spital pulak??
datang nak minta ubat je pun -.-
kne pulak mase tu peralihan waktu kelas... memang ramai la manusianya.. huu
akak tu cakap... kalau doktor suruh masuk wad masuk je ea?
pulak dah.. orang lagi taknak masuk wad ada lah... (betapa bosannya nnti dalam wad!)
sampai spital dilayan seperti cik ecah ni sakit tahap kritikal.. err...
bila sihat tp dilayan seperti pesakit memang sakit la jadinya!
apepun dah sampai kt wad kecemasan tu kne juga amik darah dan masukkan oksigen?
dan saya kne tahan dekat 12 jam! haiyoo...


mase doktor kt wad nak cek baru cik ecah pasan yang kondisi cik ecah memang ditanda tahap kritikal heh.. patutla doktor semua kerumun je satu hari ni... haih...
bagitau ayahanda dan bonda.. bonda tak cakap pape just gelak jer..?
nada suara ayahanda pun tak risau mana pun... huu..
+ bonda memang tau jer kalau cik ecah memang taksihat atau ubat dah habis heh...
huu nasib baik la surat IJN dibawa ke mana2 saja kalau tak jenuh juga cik ecah nak menjawab semua soalan doktor2 tu semua...
okay lepas ni kalau nak minta ubat kat klinik dah tau macam mane...
mase nak discharge malam tu ada sorg doktor ni bgtau
'mula2 pelik gak.. budak ni boleh senyum2 ag bila dia masuk td tp dr red zone.. okay awk boleh discharge malam ni'
hee thanx doktor..


dan akhirnya dapat MC dan ubat yg sepatutnya untuk satu hari yg bg 1001 pertayaan,persoalan dan jawapan heh
dan hari tu tak dapat join meeting kelab usahawan... meeting kelab econbiz.. kelas memang burn la satu hari tu + tak dapat join surprise birthday nami...
tp yg cik ecah dapat.. kerisauan dari kawan2 heh??
maaf korang.. sangat minta maaf buat korang risau... i'm okay... dont worry yeah..
biasalah baru je lagi kat KB ni kan.. biasala tu.. homesick melampau huu
apapun ahad ni kne pegi unit kesihatan tu balik sebab id card tertinggal kt sane!
(tQ tutu, abg apiz, kak wani, zati, nami, afiq ^^.)
loved!

*baru masuk sem dah dapat merasa naik ambulan uitm kt KB ni.. haih aptb~


313 : cabaran bermula

dekat 2 minggu kelas bermula untuk sem ketiga ni..
so nak tak nak cik ecah memang kne biasakan diri la kan..
selalu kalau masuk tempat baru mesti amik masa juga nak adapt...
disebabkan jadual asyik bertukar...
last2 ada juga paper yang memerlukan cik ecah masuk kumpulan selain ekonomi...
takpe asalkan tiada kelas malam huu
neway setakat ni setiap kelas ada je kengkawan yang dah kenal..
so tak jadi masalah..
alaa takde kawan yang kenal pun takpe as long boleh je jumpe dan kenal kawan baru kan?

ni jadual kelas cik ecah yang 'konfirm' sem ni.. 
setelah beberapa kali jadual asyik digubal dan diubah..
nasib badan la kan..

so hari isnin memang selalu tak bernasib baik dan termasuk lah sem ni juga...
kelas penuh dari pagi sampai petang..
kalau ada kelas ganti boleh jadi 10 jam berterusan hari isnin tu...
memang cabaran la bila diri sedaya upaya nak lari dan meminimumkan penggunakan tenaga...
masa tu jugala kita kne guna juga tenaga yg ada sampai semaksimum yg boleh...
ni pun dah bape kali cik ecah tukar sebabnya nak mengurangkan pergerakan supaya tak penat... 
nasib baik kelas banyak setempat dan tak banyak sangat kne pindah blok..
hurmm tapi bagi cik ecah lain blok takpe kalau kelas tak setinggi mana..
tp akan parah la kalau dari tingkat 3 dan kelas seterusnya di tingkat 4 blok lain... memang naya..
ya tuhan.. tabahkanlah hambamu ini hadapi segala dugaan mu...
sesungguhnya kau duga kami setakat apa yang kami mampu...
dah mula assignment yang bertimbun...
kuiz dan test juga dah ada dalam senarai kalender sem ni...
ohh presentation skill please nice to me..
diri tolonglah kawal perasaan gemuruh dan stress...
semoga dipermudahkan segalanya... insyaALLAH
loved!

312 : sate tulang?


sebelum pulang ke kelantan hari tu bonda ajak cik ecah dan ayahanda makan sate tulang..
huu sape yang suka kunyah2 tulang2 ayam dan daging tu korang boleh la cuba sate ni.
since namanya unik... kami pun try la.. huu
maaf dinda.. lenkali kita g pegi ye.. nak merasa pye pasal..
malam sebelum bertolak pulang tu juga kami ke senawang.. huu semata mata..
neway.. mase cik ecah pegi tu... sate tulang daging dah habis..
so dapat rasa tulang ayam je...
not bad juga.. yela.. duk kat kajang kn terkenal dengan 'sate'
dah ada yg baru why not pegi mencuba... sebab tu juga la kami ke sana malam tu hee..
so sapa2 yang nak mencuba sate tulang ni korang boleh la ke senawang...
peniaga ni buka khemah je pun berdekatan dengan dataran senawang
dan dorg tumpang kedai yang bernama 'Restoran Bundo Kanduang'
(bhs minang : maksud ibu kandung!)
berdekatan dengan ice room senawang...

tulang yg banyak grr...
ayahanda cakap klu daging dia kisar sekali daging ngn tulang tu... 
so lepas ni pegi nak juga rasa sate tulang daging..
selamat mencuba ye..
^^.


311 : wedding...

SalamunAlaih...
dekat 2 minggu berlalu baru berupdate pasal ni..
nwy.. minggu cuti hari malaysia tu memang cik ecah dapat byk jemputan perkahwinan dr kawan2
dan maaflah jika majlis korg sya tak dapat hadirkan diri..
i'm really sorry my dear frenz..
and...one of my closes friend married too...
congratulations dear...!
we have been friends since primary school until now..
hoho lebih 10 tahun sudah bila nak recall balik macam mane kita jadi rapat..
walaupun dah dftr masuk dan class dh bermula tp cik ecah luangkan juga mase utk hadir...
ohh ye bukan apa... boleh dikatakan cik ecah orang pertama yang tahu pasal majlis die
and she's always remind me to come + cik ecah tolak jd pengapit die
hurmm tp tak sedap pula bila kita yg tak hadirkan diri kan?
so cik ecah amik keputusan untuk hadirkan diri juga...
jadual kelas yang masih bertindih dan cik ecah sendiri penin nak masuk dan amik paper ape since ada kelas malam... rasa macam nak drop je paper yg asyik bertindih tu...
+ 2 hari pegi ke kampus tengok kawasan dan selesaikan pape yang patut...
tp kelas asyik batal...
so sebab tu jugala cik ecah amik keputusan untuk pulang semula ke kajang dan settlekan jadual waktu kat rumah jer...
hoo pengalaman mengajar diri supaya jangan amik risiko lagi bila ada kelas malam...
dan akhirnya cik ecah dapat la juga daftar ke tujuh2 paper yang cik ecah daftar tu.. dengan daftar dalam kelas yang bercampur antara group A n B...

selamat menjalani alam rumah tangga kawanku..
semoga kekal sampai syurga..
(untuk semua kawan2 dan ahli keluarga yg baru bergelar pengantin baru juga ya)

dapat juga tolong settlekan pape yang patut
(esoknya masa majlis semua belon tu dh lesap hee)

really enjoy dapat jumpe korg semua...


tiada apa yang bermakna dalam dunia ni selain nilai kekeluargaan 
dan nilai persahabatan yang kuat antara satu sama lain..
semoga ianya kekal sampai bila2
walaupun keadaan memang tak mengizinkan kita untuk sentiasa bersama
tapi masa akan sentiasa mengingatkan kita antara satu sama lain.
loved!



Rabu, September 18

310 : UiTM Kota Bharu

Terima keadaan dengan seadanya
tetapkan pendirian dan betulkan niat 
datang sini untuk menimba ilmu pengetahuan 
InsyaALLAH semuanya akan dipermudahkan..

ye memang seronok dapat pindah ke kampus kota tp
kena la terima hakikatnya bahawa tempat adalah sangat terhad..
kampus yang paling kecik diantara semua kampus UiTM...
harap la kampus baru cepat dibina..
sebenarnya bangunan ni adalah untuk pelajar
pengajian jarak jauh dan pengajian luar kampus..
tp disebabkan pengambilan yang banyak dan kekurangan tenaga pengajar.. 
kami dipindahkan ke sini...
jadi.. terimalah dengan hati yang terbuka..
selamat masuk ke kampus baru la ye 
pelajar semester 3 fakulti pengurusan perniagaan 
dan juga pelaja semester 6 fakulti perakaunan 
Kampus Machang..
UiTM Kota Bharu terdiri dari 5 bangunan.. 
cik ecah pun xtau sangat kan.. baru je ag jadi pelajar kampus ni.. 
apapun sebenarnya kampus ni satu bangunan je pun
dah ramai sangat manusianya mana la cukup nak tampung ye tak?
so wujudlah 4 bangunan tambahan tu yang terdiri dari deretan bangunan kedai pun sebenarnya 
berhadapan balai polis, pejabat pos, bazar tok guru 
dan ia terletak di jalan utama sebelom masuk bandar Kota Bharu tu heh
so ni je la pun gambar UiTM KB yg cik ecah boleh kongsikan...


bangunan KUB (utama)
kebanyakan kelas cik ecah dekat bangunan ni..
tiada 'lif' dan 
'tangga' sangat membantu cik ecah untuk buat ujian ketahanan untuk si jantung hati ni...

Blok A,B,C


Blok D
(baru sem ni wujud heh)

ni la susun atur kampus UiTM KB 

p/s : UiTM pye bangunan yg warna ungu tu je ea >.<

(kene berani melintas jalan besar.... takde lintasan zebra.. takde jejantas... baguss sangat!)

309 : Semester 3 begin


Salamunalaih...
kalau cuti memang akan rasa tak cukup kn..??
huu seminggu cuti sem yg berbaki lepas intersesi hari tu apa je yg cik ecah buat pun tak ingat dah..
rasa sekejap je masa berlalu
dah dekat 2 minggu daftar baru nak berupdate..
huu tu pun baru seminggu masuk kelas.. seminggu ag wat cuti sendri huhu
(nnti cik ecah update apasal amik keputusan wat cuti sendiri)
sangat tak ada masa heh? grr
selamat masuk semester baru kawan2 seangkatan semua... 
alhamdulillah masih dapat meneruskan perjuangan ke semester seterusnya..
walaupun perasaan kecewa ada sebab dapat tahu ada diantara kawan2 yang berhenti sebab tak dapat nak teruskan dengan jurusan yang sedia ada.. 
apepun cik ecah gembira sebabnya korang tau apa yang terbaik untuk korang 
dan yang penting jangan pernah putus asa..
cabaran yang makin mencabar.. 
dugaan sebenar akan ditempuhi..
semester 3 di tempat baru..
sem 3 ni bff semua dah berpecah ikut haluan memasing..
dah rapat dgn kengkawan yang berlainan jurusan jadi sem ni terpaksalah berpecah dan cari kawan yang sehaluan dan sama jurusan... huhu
insyaallah dapat ag menambah kenalan ^^.
apapun masih lagi ada beberapa paper yang masih sama dan still boleh study sesama untuk final exam nnti..



mula sem ni bermulalah cabaran sebenar sebagai pelajar ekonomi..
mula sem ni juga la bermulanya semua paper yg ber'kod' ECO!
hadap la paper ECO tu sampai muntah untuk jangka masa dua tahun ni...
sem ni cik ecah amik keputusan untuk amik
7 paper = 21 jam kedit
tarik 4 paper sem 4 dengan harapan agar sem 4 n 5 nnti tak beban sangat..
yela semua paper lepas ni 4 jam kedit.. 
terbaik..
semoga dipermudahkan segalanya...
ramai juga kengkawan yang sedang praktikal sem ni 
+
ramai juga yang dah habis..
semoga rezeki korang murah untuk dapat kerja secepat mungkin..
cik ecah sentiasa doakan yang terbaik untuk korang..
ohh ye.. 
selamat masuk ke alam menara gading bagi pelajar lepasan stpm dan matriks untuk intake kali ni...
ada org suruh cik ecah post pasal uitm KB
nnti cik ecah update pasal uitm KB k...
loved!

Jumaat, September 6

308 : projek seminggu


buku bertambah..
barang bertambah..
ruang pulak tak dapat nak menampung..
last2 habis jer intersesi ayahanda suruh cik ecah dan dinda tersayang tolong dia siapkan projek menambah baikkan bilik stor dan mini library rumah ni...hoho
habisla semunya diselongkar balik... dah macam gudang pun ye gak gayanya..
apapun buku2 diploma banyak juga yg dilupuskan tinggal yang penting je la..
buku sekolah rendah memang dah tak wujud dah...
kalau buku main kanak2 tu memang terpaksa disimpan sebabnya untuk kegunaan bila anak2 sedara dan anak buah datang ke rumah..
nnti jenuh pulak nak melayan dorg semua tu heh...
apapun koleksi novel... majalah... komik... buku2 cerita.. fiksen... semua tu pun dah serabutkan otak
ohh ye + buku pelajaran terkini .. huu
rasanya takdelah banyak sangat beli... banyak pinjam dan pulangkan rasanya ..
ataupun cik ecah rasa dah banyak kut cik ecah jual kat junior ..
apapun alhamdulillah.. dapat juga siapkan misi ni huu walaupun banyak masa diperuntukkan dengan waktu tido?? huu
mase tu juga la kesihatan diri diduga... thanx adik2 yang banyak sangat mengerahkan tenaga dari kakakmu ini hehe





ohh yeah.. now??
malasnya nak kemas barang balik Kelantan!! -.-

Khamis, September 5

wordsless 59


307 : LUMOS?

amik kesempatan di kala line internet masih bersikap baik dengan tuannya...
okay.. lagi bape hari je lagi nak masuk semester baru...
kampus baru... kehidupan baru!
huhu neway.. kawan2 seangkatan.. korang dah daftar paper ker??
haha mesti ada kes yang sama ngn cik ecah ni...
jadual asyik bertindih jer kan..
kecuali la yang dari mula memang ikut flow..
so korang memang confirm takde masalah kan..
disebabkan banyak juga paper sem 3 yang cik ecah dah amik
+ cadangan nak tarik paper supaya akhir2 nanti takde la sesak nafas tengok jam kedit setiap paper tu semuanya 4... grr
memang boleh bertambah stress rasa..
so.. cik ecah sayang anda haruslah bijak menanganinya heh? apapun...
sekarang ni memang susah nak jangka... kejap okay kejap tak kondisi diri..
apapun kalau silap sikit je memang mudahla diri ni jatuh sakit heh..
harap saya masih boleh bertahan selagi mampu..
okay dah mengarut ke tempat lain..
apepun sebenarnya cik ecah nak kongsi pasal aplikasi jadual UiTM ni kat kawan2 seangkatan...
korang tau ke pasal aplikasi LUMOS ni??
cik ecah tau pun bila cik wani yang bgtau dan kenalkan...
tujuannya aplikasi ni adalah supaya kita senang buat jadual..
sejak sem lepas lagi la.. cik wani yang tolong wat kan jadual cik ecah..
haha since sem satu kiteorg masuk sama kelas padahal jurusan lenlain sebenarnya tp paper yang kiteorg amik tu sama... so sem 2 lepas kiteorg amik keputusan nak masuk kelas ikut jurusan memasing + dah ada paper yang tak sama...
so dia yang sarankan cik ecah try guna aplikasi tu since ade je kelas yang bertindih..
agak berguna jugalah dan cik ecah sendiri tak tau macam mane la dia bleh jumpa aplikasi tu...
neway untuk kesenangan tak salah..
daripada wat serabut kepala susun jadual sendiri dan duk tengok kelas satu satu dan mengambil masa yang lama... ape kate korang try aplikasi ni..
ia boleh digunakan oleh semua pelajar UITM seluruh Malaysia ni
sebabnya korang just kne masukkan id dan password korang dan nnti dia akan terus masuk link student protal dan icress untuk jadual waktu
ohh ye.. cik ecah pun still lagi godek2 apa la yang boleh buat dengan aplikasi ni dan masih lagi belajar...
buat yang baru mula2 nak install tu... korang boleh try tengok page CIK WANI ni dulu...
dia ada bagi sikit camne nak guna aplikasi ni...
so selamat mencuba la ye...loved!

306 : see U again Shah Alam

SalamunAlaih...
Alhamdulillah selesai juga intersesi..huhu
dah dapat cuti seminggu baru nak update haha...
maaf la memang sengaja bagi berhabuk sikit...
padahal bukak jer tp malas nak update sebabnya line internet kat umah ni wat hal..
last last nyer... online guna fon jer setiap hari...
tu yang tak berupdate sebab tak on guna lappy huhu
semoga berjumpa lagi kawan2 sekelas yang amik intersesi kali ni..
jadual kelas yang padat... tp bila difikirkan takde la padat mana...
setiap pagi je pun... mcm amik lebih dari satu paper lak gayanya..
huu tp dah namanya pelajar kan.. memang tu la kejenye..
dapat menambah kenalan dan kawan memang cik ecah suka..
semoga ikatan ukhwah yang terbina selama sebulan ni diteruskan..
sekejap je masa berlalu... huu semua tu menjadi kenangan...
terima kasih roomate... classmate..
insyaALLAH kita berjumpa lagi suatu hari nanti..
peluang belajar di kampus induk..huu perasaan..??
okayla.. lecturer saya sporting..!
thanx Pn.Shahirah Ariffin...kawan2?
kawan2 pun sporting tp..
dah nak habis kelas baru kita ok kan...huhu
walaupun kelas tu terdiri dari pelajar2 kos yang bercampur campur
(economy, finance, marketing, islamic banking,investment, insurance, operation, interpreneur,human resource) ...
dan juga dari kampus yang berlainan...
alhamdulillah... masih boleh sekepala dan beri pendapat memasing huhu
tp.. cik ecah dah buat keputusan.. huhu..
mase sblm masuk sem pendek kt shah alam tu...
memang niat nak tengok boleh ke nk go on study kt kampus induk tu an..
dan jawapannya...
cik ecah rasa... better cik ecah study kt kampus cawangan huu..
bukan tak leh nak hidup.. boleh tp takleh nk survive lama rasanya..
+ cik ecah dah ada geng yang boleh study sesama kt kampus sekarang...
tp.. kalau dah terpaksa dan dipaksa juga untuk kebaikan
cik ecah rasa akan pilih cawangan juga walaupun jauh tp atleast dekat la dr ke pantai timur tu..
but i dont hope so.. huuhuhu
always keep in touch yeah my dear frenz..
huhu ni jer gambar yang sempat diambil...
harapan nak amik gambar sekelas tp tak dpt pun huu..
apapun sepanjang intersesi ni cik ecah tak rapat langsung dengan classmate yg betol2 dr kampus induk...
roomate pulak semua dr fakulti sains dan matematik... hee chill sudah...
dapat rasa mcm mana rasanya dapat sekampus dan sefakulti dengan dinda tercinta...
dan.. sepupu tercinta juga haha (rasa janggal gile!)
+ dapat jumpe kengkawan KPTM balik yang sama2 amik intersesi kali ni.. huu
apepun all the best korang..

at PTAR2.. 
PTAR1 pegi sekali jer then memang tak larat nak naik atas tu
last2..

banyak study dalam bilik je la pun since selalu je tinggal sorg...

nak kata paper yang cik ecah amik tu kene waktu exam yang last2 tak juga tp..
paper ahli roomate yang lain yang cepat huhu 
dan tinggal keseorangan la hari terakhir tu...
last2 nye amik keputusan kemas juga barang sikit sebelum melangkahkan kaki ke medan peperiksaan hari tu..
27/8/2013

5 sekawan...
me, hani, dayah, mira dan linda..
semua dari kampus machang, segamat, dungun, arau dan puncak alam... 
kawan yang lain semua dah melarikan diri sebelum waktu exam habis...
atleast dapat juga amik gambar dgn puan ^^.
see u guys later.. 
*gambar curi dr page hani 
(>,<)


*thanx korg ada mase sya sakit hari tu.. loved!
keputusan intersesi kuar? 30/9... huhu dup dap dup dap..

Khamis, Ogos 15

305 : seminggu je lagi??

tiba masa pulang semula ke shah alam untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar..
punyalah malas tahap maxima untuk berkemas...
dan dalam hati ada juga terdetik rasa menyesal heh..
sebabnya.. kenapalah amik keputusan untuk buat short sem ni.. 
kalau tak mesti masih bersenang lenang di rumah bercuti kan.. huu
apapun... kuatkan semangat.. dan berfikiran positif heh?
mesti ada hikmahnya...
dalam sedar tak sedar.. 
baru perasan yang masih ada masa seminggu je lagi masa untuk sem pendek ni habis...
ya allah.. sangatla bersenang lenang cuti sampai tak ingat yang kamu tu nak final dah untuk sem ni..
kejap je masa kan..
masih ada satu lagi test dan kamu ade masa kurang 10 hari untuk khatamkan kesemua 7 topik!
+ jadual final pun dah keluar dan paper cik ecah kene pada 27/8 ni.. hoho
nasib baik kali ni amik satu paper jer..
harap dipermudahkan segala urusan...
buat kawan2 seangkatan juga tak kira la korang amik sem ni kat mane pun
ALL THE BEST!
loved!

304 : syawal 1434H

alhamdulillah diberikan ag kesempatan untuk melengkapkan ramadhan
dan merayakan syawal bersama insan tersayang...
masih tak terlambat kan cik ecah nak mengucapkan salam aidilfitri..
maaf zahir dan batin buat stalker sekalian..
tahun ni giliran ayahanda bertugas
tp kami masih lagi berkesempatan menyambut syawal bersama ahli keluarga semua..
ayahanda amik kerja malam raya tu dan kesempatan tu juga bonda ajak pulang ke langat walaupun perancangannya tahun ni raya belah ayahanda dulu..
sebabnya kesihatan nenda yang kurang baik kerana jatuh seminggu sebelom syawal -.-
dah menjadi rutin sebenarnya setiap malam raya selepas siap masak semua dan selesaikan pape yang patut kat umah tu kami akan berada di langat dulu walaupun rumah nenda dan atokanda dah lama suyi tidak berpenghuni...
namun setiap tahun rumah itu akan dipastikan ada penghuni setiap kali tibanya perayaan terutama di bulan syawal..
kadang2 gilir2 balik tido sane semalam masa raya pertama dan kedua...
dapat berkumpul bersama keluarga belah bonda walaupun tak semua balik tahun ni..
keesokannya, seperti biasa kami akan melaksanakan solat aidilfitri di masjid berdekatan dan seterusnya menggagahkan diri mendaki bukit untuk ke pusara nenda dan atokanda..
namun kali ni, kami tak berkesempatan beraya ke rumah sanak saudara di langat kerana ayahanda dah tunggu di rumah untuk ke sepang sebabnya nenda ada di rumah makcik di sana...
perjalanan dari langat ke kajang yang agak lancar..
terfikir ramai juga penduduk langat ni kan yang tak keluar huuhuu
sesampai di kajang dalam jam 12 tgh hr...
meneruskan rutin bermaafan bersama ayahanda,bonda dan dinda tersayang...
dan seterusnya sesi fotografi buat seketika...
menyelesaikan pape yang patut dan kemudian baru gerak ke sepang...
ingatkan kami orang terakhir yang sampai.. rupa2nya..
ada lagi yang masih dalam perjalanan.. sebabnya mereka semua stuck jalan sesak heh?
jadi kami lepak la situ sampai semuanya ada... hoho
tanpa diduga.. tahun ni semua adik beradik ayahanda ada sekali..
cuma keluarga pakngah yang tak join.. dan keluarga adik sepupu sorang.. huu
lepas asar... kami gerak ke nogori pula...
pulang ke kampung yang memberikan 1001 kenangan...
di sana, nekteh sekeluarga menunggu dan
air mata syawal semua orang tumpas jua apabila nekteh membuat permintaan untuk adakan majlis tahlil dan doa selamat yang ringkas..
ya masa tu la ahli keluarga semua berhimpun dan
sedekahkan al-fatihah kepada baginda..arwah2.. para guru.. keturunan warigh haji ali yg masih ada serta para sahabat dan orang sekeliling yang sentiasa ada bersama kita... dan tak lupa para pejuang islam di seluruh dunia...
walaupun sekejap saja masa yang diluangkan...
cik ecah tersentuh pabila nekteh memberikan nasihat dan
menceritakan semua salah silah keluarga supaya kami sepupu sepapat semua tahu asal keturunan...
kemudiannya sebelom maghrib kami pulang dan rumah seterusnya diserang adalah rumah kajang!
sebelom mereka berpecah pulang semula ke KL..
nasib baik dah buatkan air sesiap.. dan dah agak dah pun yang rumah pasti kene serang... alhamdulillah dapat tunaikan juga permintaan dorang nak satay kajang walaupun kuantiti yang dapat dibekalkan rasa tak cukup je heh..
huu.. x sempat nak bakar banyak... maaf yo.. lenkali nak serang bagitau heh huuhuu
keesokannya, raya kedua ayahanda ditugaskan kerja pagi dan petang tu baru kami gerak ke rumah saudara heh...
tapi sebelum ke mana2.. singgah dulu di pusara atokanda, paklong n dinda sebelah ayahanda pula..
huu rancangan awal nak terus ke klang.. tp masa tak mengizinkan sebabnya ayahanda pulang dari kerja agak lewat hari tu...
jadinya lepas je serang rumah sentul dan rumah nekwe kt KL..
kami ke rumah pakngah sebelah bonda...
raya ketiga tidak kemana2 dengan harapan dapat merehatkan diri la kan..
penat woo berturut pulang ke rumah waktu malam...
+ berikan masa untuk cik niena kemas pape yang patut...
tp malam tu kuar jugak ke rumah makcik di balakong hoho
sebabnya raya keempat, cik niena dah pulang semula ke segamat huu sob sob..
perjalanan raya ke empat kami singgah di penjara sg.udang melaka dulu sebelom ke segamat..
menziarahi keluarga kawan ayahanda.. haha ayah nak tgk anak angkat dia..
rindu kut.. tp alhamdulillah sampai juga kami ke situ heh..
dan hari tu kami sampai di kajang jam 12 malam juga.. >.<
dan hari2 seterusnya.. kembali seperti biasa kerana bonda pun dah mula kerja semula 5 syawal tu..

lets picture talks about it yeah...

6 pasang baju siap di'iron' heehuu
tema tahun ni.. corak sama tp warna lain lain heh kecuali lelaki huu

langat : gamba selepas solat raya sebelom ke pusara nenda dan atokanda

family sebelah ayahanda...
really have a great time with all cousins that day..
bertaya kaba semua.. dan
alhamdulillah nenda dah boleh bertatih sedikit dan sembuh seperti sedia kala
walaupun nenda masih lagi tak ingat sepenuhnya ^^.

ponoh umah den kono sorang dgn keluarga sobolah ayahanda
(thanx adik sepupu untuk 2 gambar keluarga ni)

gelagat adik sepupu paling kecik

gila gila.. haha ayahanda ngn bonda pun turut serta

dan akhir sekali gambar rasmi dari kami..
salam aidilfitri dari Abd Muttalib sekeluarga..
maaf zahir dan batin..
maaf juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai sekiranya kita tak dapat bertemu dan bersemuka di syawal kali ini
insyaALLAH akan bertemu jua kita dengan izinNYA 
loved!