........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Jumaat, Mei 25

202 : temuduga ohh interview


hye.. assalamualaikum..
hari ni tetibe tangan rajin nak menaip untuk entry ni..
hoho cik ecah baru lepas g temuduga...
temuduga?? bg jawatan?? kerani..
kerani pun kerani la kan..
tp... ade plak cakap.. okay ke kerani sbb u lepasan universiti... hurmm
sekarang ni almost syarikat mmg nak yg ada pengalaman..
so bg cik ecah kerani pun dh kira okay bagi org yang mmg totally out of experience ni...
hurmm macam mana la tak ramai peganggur terhormat?
dah byk kali g temuduga.. haish satu pun tak sangkut sbb satu ni jer...
apelah nasib -.- tu mohon kerani tu... huu
rasa macam nak keje promoter je la balik cmtu.. can i?
tp.. mesti bonda tercinta tak bg... huu agpun kalau cik ecah mohon keje promoter bukan dalam bidang cik ecah pun... so kira takde gak pengalaman ar dalam jurusan yg cik ecah ada ni...
hoho penganggur terhormat bila nk dapat kerja ni??
almost dari tawaran kerja yg cik ecah dapat semua kat kawasan shah alam, petaling jaya, damansara, puchong... aiyoo.. cmne nk g keje tu??
takde ke kat kawasan dekat sikit dr umah ni?
td jer la yg dekat tp tu pun cik ecah rasa jauh la pulak beranang tu... hish cmne ni?
transport pun main peranan jugak kalau nak g keje pun... kalau dah syarikat tu duk dalam kawasan yg terpencil.. kene la jugak drive kn?
tp.. cik ecah prefer ag syarikat yg senang nk g keje dengan kenderaan awam.. mencabar sikit... huu...
sbb.. x ramai yang pandai naik kenderaan awam.. haha... (jgn terasa ea- cik ecah minta maaf siap2 ni) huu


Isnin, Mei 21

201 : perang hati...


ahaks hari ni dah terlampau rajin plak duk update blog sampai byk2 gini.. aiyoo...
alaa.. copies and paste mmg la keje senang an.. huu (kantoi) -.-''
okay berbalik kepada tajuk atas ni...


ohh cik ecah tak suka nyer bila perasaan ni dok ada rasa iri hati... huu
kenapalah perasaan tu harus wujud??
ramai plak kawan2 yg pakat dok update gambar2 konvo an.. huu.. saya sgtlah sedeyh.. bila tak dapat konvo sama ngn korg!!
so, i'm so so sorry sbb tak hadir masa hari konvo anda semua...
sabar ecah sayang.. your turn will come next.. sekali double nnti!! insyaallah~
tahniah kawan2 sbb dah grad!!
heh my ex-housemate korg taknak ker hadiah konvo korg ni??
huu.. sya dh siapkan awal2...
nnti konvo kptm pegi eh?? kita jumpe kat sana.. kalau tak.. cmne ea nk bg kt korg hadiah2 ni?? hee...
ya allah hati.. tolonglah jgn iri hati.. diri sendiri juga yang merana sebab asyik terkenangkan apa yg terjadi.. sepatutnya anda bersyukur atas apa yg terjadi... sbb kalau semua tu tak terjadi pasti semuanya tak jadi begini terutama bagi anda pengajaran dan pengalaman yg sangat berguna..huu..
malah apa yg harus anda lakukan sekarang adalah majukan diri untuk lebih berjaya dan jgn ulangi apa yg tak sepatutnya berlaku...




200 : peristiwa dalam bulan Rejab


1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.
3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

199 : fadhilat bulan rejab...



Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. 
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. 
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, 
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. 
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. 
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. 
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. 
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. 
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. 
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun. 
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. 
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. 
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. 
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. 
  • Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

198 : Ahlan wasalan rejab syaaban ramadhan



  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala


** ni peringatan utk kawan2 yg belum ganti puasa...
Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.
Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.
Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun.
Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

197 : Petua & Amalan untuk mengelak di sihir melalui gambar

1. Sekiranya korang upload gambar di FB, Blog @ mana2 laman sosial jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan di dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir di tubuhnya".

2. Andaikata korang terpaksa bagi gambar full (gambar yang mempamirkan seluruh badan) lubangkan sedikit mana-mana bahagian pancaindera contohnya lubangkan di bahagian kaki supaya sihir tersebut sukar dihantar.

3. Amalkam membaca doa ini yang mana Rasulullah ajar jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut :





**copy dr blogger lain 


196 : bulan paling byk peristiwa...

assalamualaikum~
dah lama tak update blog.. huu
bulan 5 adalah bulan paling banyak peristiwa bagi cik ecah...kenapa yer??
mana tak nyer.. semua peristiwa nak jer masuk dalam bulan 5 ni..
tp yg paling ketara hari guru dan hari ibu la kan.. hee mereka adalah insan yg penting dalam hidup kita... PALING penting !! (^.^)


1/5... hari buruh..  ni lah hari yg ditunggu2 oleh semua para pekerja.. betol?? huu tipu ar kalau cakap tak an.. hehe.. hari untuk merehatkan tubuh badan tp.. ada juga pekerja yg tak cuti.. kalau semua cuti dari wat keje satu hari jadi ape yer??  haha terutama kalau semua malas nak masak.. huhu leh kebulur ha... -.-


12/5... bukan senang nak jaga orang sakit yg banyak ragam ni... huu tahun 2007 dan akhir tahun 2009 mengajar cik ecah cmne nk handle org sakit and... the result is.. aisyah sayang awak fail dalam ujian kejururawatan.. x pandai jaga org sakit langsung...err... jadi cik ecah nak ucapkan selamat hari jururawat kat semua jururawat di malaysia.. huu anda adalah org2 yg terpenting pada masyarakat.. dan cik ecah respect ar... tanpa anda mesti doktor2 semua akan jadi lebih gila! ahaks... sbbnyer.. bg cik ecah yg byk buat keje bukan doktor walaupun gaji doktor lebih tggi.. doktor die lebih specifik pada satu2 penyakit tp nurse?? die kne tahu semua.. huu so ia adalah satu pekerjaan yg sangat2 murni dan menyelamatkan nyawa manusia juga! so, kepada kawan2 seangkatan yg baru jer berkhidmat kepada masyarakat ni.. goodluck korg..!! huu sob2.. cik ecah xde rezeki dalam bidang perubatan ni.. hee insyaallah diberikan kesempatan utk menyelamatkan seseorg juga satu hari nnti (^.^) & selamat hari jururawat BONDA!


13/5...hari ibu bg rakyat Malaysia jatuh pada hari ahad mggu kedua setiap bulan mei... so tahun 2012 ni.. jatuh pada hari ni... hurmm org cakap haram sambut hari ibu.. tp jgn salah faham sebabnya kita sepatutnya tak meletakkan hari yg specifik utk memperingati jasa2 yg telah dicurahkan oleh ibu... sbb tu la haram jika disalah ertikan.. hurmm.. sepatutnya ibu diraikan hari2.. huu + 13/5 ni pun adalah hari ulang tahun kelahiran ayahanda tercinta.. grr... setiap kali birthday ayahanda nak menjelma jer mesti die kne hntr pegi kursus.. huu apepun hr ni adalah hari yg sungguh penat sebenarnya..huu perjalanan kami sekeluarga pada hari tu.. kajang-balakong-pantaidalam-putrajaya-cyberjaya-mahkotacheras-balakong-sentul-bangi-kajang...hee mmg tak penat la kan.. dari tgh hari sampai malam... kenduri khwn, umah nenda, jalan2 makan2.. huu  + mmg terbaik sebab esoknya cik niena ada ujian pertengahan tahun -.-
selamat hari lahir yg *ke-15 ayahandaku Abd Muttalib Abd Rashid...semoga diberikan kesihatan yg baik dan dirahmatinya selalu... anda adalah kawan, sahabat, cikgu, doktor dan ayah saya yang terbaik... love you...♥

16/5...hari ni adalah hari untuk meraikan para pendidik yg banyak sangat jasanya kt anak bangsa.. TQ all teachers out there... tanpa anda  Malaysia takkan maju dengan teknologi yg sgt2 canggih skrg ni -.- tp.. jgn lupa ya.. pendidik pertama kita adalah ahli keluarga kita terutama ayahanda dan bonda tercinta!! dan2.. utk membalasnya kita knelah jd seorg anak yg menghargai mereka (muhasabah diri) huu guru, jasamu akan tetapku kenang sampai akhirnyer... cheeewah! grr

18/5...'tok, kita balik umah sentul ye tok.. kiteorg tak hantar g spital...k.long, along nuri dan angah naufal teman atok sampai umah k' tu perbualan cik ecah masa last sekali dengan arwah atokanda.. sambil anggukkan kepala die cik ecah lap air mata atokanda yg mengalir... semuanya berlaku dalam perut ambulance dan sesudah pasangkan bekalan oksigen dan apa2 yg patut...bergeraklah dengan lajunya ke destinasi yg hendak ditujui.. dan alhamdulillah sebelum maghrib kami sampai di rumah atokanda... ramai org datang ziarah sejak atok tibe2 jatuh sakit... tp allah sangat2 sayangkan die.. tak sampai 2jam atok dibawa pulang ke rumahnya... atok meninggalkan kami semua dengan macam2 perasaan...dan cik ecah salah sorg yg tak dapat terima takdir masa tu yg atok dah pergi wat selama-lamanya (tQ kawan2 yg selalu ada disamping masa tu)... tp kami bersyukur sbb dapat tunaikan hajat atok yg terakhir iaitu nk pergi masa dekat dengan kawan2 die... now.. dah 4 tahun atok pergi.. rindu sangat ngn atok.. really miss U.. atok adalah salah sorg inspirasi cik ecah dalam dunia ni dan tak nafi cik ecah sangat2 rapat dengan arwah.. kata2 atok sentiasa disimpan dlm ingatan....
'biar org nk anggap kita ni apapun...tp jadilah diri sendri yg boleh membanggakan org2 yg sayangkan kita'  
*x sampai sebulan berlalu arwah nenda (sebelah bonda) pergi.. atokanda sebelah ayah pula yg pergi... dan sekarang tinggal satu2nya nenda yg ada.. dan i love u very much! ya allah,lembutkanlah hati nendaku dan pulihkanlah ingatannya seperti sedia kala... amin...

semggu lepas tu.. baru cik niena tahu yg atokanda dah pergi.. ya allah... kejam ke kami tak bgtaunya masa tu?? bukan niat pun nk sorokkan berita tu tp masa tu cik niena tgh sibuk dengan exam dan busy dengan aktiviti sekolah yg memerlukan die turut serta... keadaan sangat2lah tak terkawal masa hari tuh dan semunya macam lemah tak bermaya... dan buntu! tp.. cik ecah kagum dengan cik niena sbb die mmg kuat! tenang saja wajahnya terima berita tu tp.. cik ecah tau air mata die gugur juga masa di pusara atokanda... maaf dik...

2mggu selepas tu.. cik ecah wat keputusan untuk amik bidang akaun dan tolak tawaran utk wat asasi sains... walaupun dua2nya uitm... dan cik ecah sendiri tak tau kenapa cik ecah sanggup amik risiko tukar kos masa tu... tp yg pasti cik ecah nak ikut jejak arwah atok utk jadi salah sorg ahli di charterd accountant!!
dan.. i already have diploma in account! but... what will became next??..




*alhamdulillah.. i'm getting better dan batok makin berkurangan.. huu maaf lak ter'emosi' lebih yg last2 tu.. (^^-)

Sabtu, Mei 12

195 : kerajaan atau swasta???

dalam tengah sibuk utk cari kerja ni kan cik ecah terfikir nak kongsi maklumat pasal kerja ni..
mana yang ag baik??
kerja kerajaan atau swasta??
hurmm setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya dan antara perbezaannya adalah....

KerajaanSwasta
Waktu bekerja3 pilihan waktu bekerja • 7.30 pg – 4.30 ptg • 8.00 pg – 5.00 ptg • 8.30 pg – 5.30 ptgFleksibel bergantung kepada jenis industri. Secara amnya, waktu bekerja di sektor swasta adalah sama iaitu 9pg – 5 ptg, ataupun mengikut sistem giliran (shift).
Gaji permulaanAgak rendah berbanding kategori jawatan yang sama di jabatan swastaBijak berunding, anda mungkin mendapat gaji permulaan yang anda mahu. Boleh mohon naik gaji lepas beberapa lama bekerja
Kenaikan GajiBergantung kepada Penilaian Prestasi Tahunan. Biasanya, semua kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji – jumlah kenaikan adalah sama setiap tahun mengikut gred jawatanBergantung kepada prestasi kerja – bukan semua orang akan dapat naik gaji
FaedahBoleh dinikmati setelah sah dalam perkhidmatan seperti • rawatan percuma di hospital kerajaan untuk kakitangan dan ahli keluarga terdekat • cuti belajar bergaji penuh • cuti tahunan lebih 20 hari (senang nak mohon pulak tu!) • pinjaman perumahan pada kadar rendah dan banyak lagiTidak semua syarikat swasta menyediakan faedah untuk pekerjanya. Anda mungkin dapat claim bayaran klinik, tapi kena bayar sendiri jika masuk wad. Cuti tahunan pula biasanya antara 14 - 16 hari.
BonusMula tahun 1998, setiap tahun akan dapat sebulan gaji – kecuali tahun 2007 tiada bonus sebab dah dapat kenaikan gaji yang banyak (melebihi jumlah bonus!)Ikut keuntungan syarikat. Bagi yang bernasib baik, mungkin boleh dapat sehingga 4-6 bulan gaji
Tempoh percubaan1 – 3 tahun. Perlu mengikuti kursus induksi selama 2 minggu (ada exam!) dan kursus Biro Tatanegara selama 5 hariUntuk fresh graduate biasanya antara 3 ke 6 bulan – bergantung kepada kecekapan bekerja dan samada bos suka atau tak..
Cara bekerjaSederhana, bergantung kepada Ketua Jabatan. Persaingan sesama penjawat awam tidak tinggi. Kenaikan pangkat biasanya mengikut seniorityFast forward! Persekitaran kerja agak sengit kerana masing-masing cuba menonjolkan diri supaya cepat naik pangkat
Jaminan KerjaSangat terjamin!Bergantung kepada prestasi syarikat dan ekonomi semasa
Pencen/KWSPBoleh pilih samada nak pencen atau KWSP sebagai persediaan hari tua. Pencen sangat berguna untuk memastikan anda ada duit setiap bulan. Duit gratuiti juga akan diberikan mengikut tempoh perkhidmatan dan gred jawatanKWSP sahaja. Tak banyak syarikat yang menawarkan pencen untuk kakitangan

Antara faedah lain kerajaan....
  1. Elaun Rumah : Setiap bulan anda akan diberikan elaun rumah. Elaun rumah ini dapat mengurangkan beban anda membayar sewa rumah setiap bulan.Menguntungkan bukan bila menjadi penjawat awam?
  2. COLA : Apa itu COLA? Bukan air Coke ye. COLA adalah akronim bagi Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa Melayu – elaun sara hidup. Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan.
  3. Bonus Tetap Khidmat Awam : Bekerja di sektor awam bermaksud anda berbakti kepada masyarakat. Jadi sebagai penghargaan kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam. Memang berbaloi kan anda bersusah payah menulis resume untuk memohon kerja kerajaan? Jadi jangan sia-siakan peluang kerja kerajaan yang diberikan kepada anda.
  4. Kenaikan gaji : Harga barang naik gaji pun mestilah naik bukan? Jangan risau anda akan mendapat kenaikan gaji setiap tahun. Kenaikan gaji setiap tahun pasti dapat membantu anda menampung perbelanjaan keluarga dan kesan kenaikan inflasi setiap tahun.
  5. Kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah : Anda tak perlu risau untuk membuat pinjaman untuk membeli kereta atau rumah idaman anda. Kemudahan untuk membuat pinjaman kereta dan pinjaman rumah disediakan kepada kakitangan awam.
  6. Cuti yang fleksibel : Terdapat beberapa jenis cuti dalam sektor awam. Salah satunya ialah cuti tahunan. Bagi pekerja am, anda diberikan minimum 14 hari cuti tahunan dan bagi pekerja professional, anda diberikan sehingga 25 hari. Terdapat juga cuti kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin. Kakitangan wanita diberikan cuti bersalin selama dua bulan. Ini sememangnya merupakan satu kelebihan bagi kaum hawa dan juga merupakan salah satu tarikan bagi mereka untuk mencari peluang kerja kerajaan.
  7. Simpanan hari tua : Anda diberikan pilihan samaada untuk memilih caruman KWSP atau pencen sebagai persediaan menanti hari-hari selepas anda bersara. Anda tak perlu risau lagi untuk mencari kerja baru untuk menampung kehidupan setelah anda bersara.
  8. Peluang kenaikan pangkat : Anda juga diberikan peluang untuk naik pangkat berdasarkan prestasi kerja anda. Naik pangkat maksudnya gaji anda juga naik. Menarik bukan ? Jadi rebutlah peluang kerja kerajaan selagi anda boleh.
  9. Peluang meyambung pelajaran : Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran, mereka diberikan peluang untuk berbuat demikian dan juga layak untuk mendapat tajaan kerajaan.
  10. Peluang untuk meningkatkan kemahiran diri : Anda diberikan kursus dari masa ke semasa untuk meningkatkan kemahiran anda dan semua perbelanjaan kursus tersebut diuruskan oleh pihak majikan anda. Inilah peluang untuk meningkatkan kebolehan anda dalam bidang anda yang tersendiri
kalau swasta.. die ikutlah apa yg syarikat tu berikan dan gaji mmg lumayan tp... kne pandailah berjimat cermat utk kesenangan lepas bersara nanti... dan kalau nak timba banyak pengalaman mmg leh cari kat swasta.. sbb byk cabaran die.. apa cabarannya??? hurmm knela laluinya sendiri an...huu
atau.. kerja sendri?? 
fikir2lah apa yang terbaik.. huu


**woo.. hutang banyak lorh kne settle kn dulu... -.- (tu yg utama)''


wordsless 31 - doa penyembuh rabun mata



194 : Donut !!

huu.. sape suke mam donut??
cik ecah kurang suke sbnrnyer tp teringin nak wat sendri.. ahaks..
dan akhirnya donut saya menjadi walaupun dengan percubaan pertama alhamdulilah...
sini cik ecah kongsi resepi yg cik ecah dapat (alaa.. google jer la.. kn moden skrg ni)... hee

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...

gebu an?? wahaha
macam pipi saya juga -.-''
dan cik niena cakap.. senang kalau buat kecik2.. terus masuk mulut jer dan.. 


tak sangka plak jadi banyak camni?? aiyoo.. 
apapun bonda bagi 8/10 markah.. 
yey..!!
and sekarang tiba giliran korg plak mencuba... hee


** ada ke cik niena suruh cik ecah bukak bakery.. err... nak ke ea bukak bakery??? hurmm.. akan difikirkan hee...(^.^)

193 : i will MISS u!!

9/5/2012...
adakah saya akan jejakkan lagi kaki ini ke bangunan oren itu??
byk kenangan yg tercipta selama hampir 4 tahun berada di situ...
and seriously I will MISS all the memories there damn much!!
terima kasih banyak2 kepada semua pensyarah2 terutamanya dari department akaun,
and insyaallah saya akan ziarah kalian nnti...
dan kalianlah org2 yg akan saya ingat smpai bila2... insyaallah...
jasa dan pengorbanan yg sangat2 saya hargai... TQ sir, miss, mdm... (^.^)
huu... utk kawan2 juga.. saya RINDU kalian...
masa isi borg tu macam2 perasaan timbul..
perasaan tak percaya yg saya officially dah grad dalam
''DIPLOMA PERAKAUNAN''
yg mana tak terlintas langsung pun akan amik kos ni... and..
I already in love with this course!!
(walaupun saya tak grad on time...sedeyh )
perasaan sedih, terharu, gembira, blur.. semua lah bercampur baur terutama bila mentor dan semua lecturer ucap
''tahniah... sambung lagi tak lepas ni? goodluck k lepas ni...''
dan adakah hari itu last saya naik lif utk ke kelas?? hee..
kat universiti lain ada tak?? UITM? huu
jgn pengsan ya aisyah -.- (kne siapkan diri ni)



and now the ID CARD is not valid anymore ='(



Selasa, Mei 8

192 : maaf

assalamualaikum...
maaf cik ecah lama tak update blog..
grr.. byk idea tp tangan ni malas nk menaip... maaf yer..
saja nak bg blog ni bersarang dulu...
kalau update pun bukan ramai yg bace pun kan...(touching) ceih~
huu... skrg ni cik ecah kurang sihat.. dah 3 hari kne virus batok.. aduiyai.. paling benci bila virus ni yg menyerang... kalau virus lain takpe lagi...
bukan minta ke apa tp kalau boleh mmg la taknak sakit langsung kn..
tp kalau kne virus batok ni la yg paling2 degil die nak 'blah' dr badan ni.. aiyoo... + cik ecah tak suke bila wat ayahanda dan bonda risau... -.- hurmm.. harap sangat virus ni 'blah' cepat... sakit woo nk bernafas...
skrg ni kat rumah tggl kami berempat.. huu jejaka2 tidak dibenarkan masuk... ~ ceh ayat.. takdela.. ayahanda ditugaskan utk pegi kursus selama seminggu dekat langat.. grr langat.. 'ala.. balik kampung je pun' bak kata ayah la.. hehee...
apapun mmg satu jangka masa yg lama.. huu.. sbb ayahanda mahupun bonda dah lama tak kne g kursus ke apa dalam jangka masa lebih 3 hari kan.. haha huru hara betol.. baru sorg kne g kursus.. -.-
busy2... cik ecah kne amik alih tugas ayahanda wat sementara memandangkan tak dapat lagi kerja yg dipohon.. huu hari2 cek email tp masih lagi tiada sebarang perkembangan.. dah kebosanan duk umah ni...yg dipanggil ada tp semua jauh.. mcm mana la tak kne tolak -.-
wat masa ni keadaan diri tak mengizinkan utk cik ecah travel g keje jauh2.. kecualila tempat kerja tu mmg dh khas kn tempat penginapan sekali kn.. huu (demand tggi ohh)
dan sebab tu juga cik ecah nak minta maaf kat kawan2 kalau cik ecah tak dapat nak turut serta dalam apa2 aktiviti wat masa ni.. huu sangat MINTA MAAF...

**shah alam.. here I come (ada keje kne settlekn).. line teruk juga kt shah alam ni kan.. aiyaa... aptb~


Jumaat, Mei 4

191 : alamat mimpi

sejak akhir2 ni cik ecah selalu mimpi kawan2... 
kadang2 cik ecah mimpi benda yg sama untuk beberapa hari...
orang cakap.. kalau kita mimpi org tu... samada kita atau die rindukan kita.. yeke??
ada ker dorg2 ni semua rindukan saya?? huu
apapun mmg cik ecah rindukan kawan2... rasa macam nk kembali ke masa lampau...
tp.. apakan daya,... kehidupan diteruskan ke hadapan bukan ke belakang kn... so.. kita enjoy..
hurmm.. apepun banyak pendapat tentang alamat mimpi ni...
setiap mimpi yg kita alami ada maknanya yg tersendiri.. yeke??
tp.. org cakap... mimpi mainan tido... hurmm mana satu yg benar??




dalam satu hadith...
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.” (Muslim)
Huraian
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.









Selasa, Mei 1

190 : alhamdulillah...

2-3 hari mimpi asyik pelik2 jer sebelum bergerak ke Penang.. apakah petandanya??
sbnrnyer mmg cik ecah tak tau bila keputusan final akan kluar utk semester ni...
rupa-rupanya desas desus yg kptsn tu kuar 27/4 lepas adalah betol... huu
masa tu tengah pening memikirkan nak cari tempat penginapan di mana... huu dan tiba2 kawan cik ecah call... huu sorry la tak angkat... mase tu tgh busy...
pastu ada call lagi.. lagi.. dan lagi.. then masuk plak mesej bertalu2.. hish2...
apasal banyak sangat call ngn msj ni?? semuanya dari budak kelas plak tu..
time dok kepala tgh pusin2 cuba ingat kenapa la dorg ni dok msj n call bertalu2.. sama gak keadaannya dengan jalan yang tgh pusin2 kt batu feringgi mase tu -.- then cik ecah pun balas la msj2 tu semua...
huu.. 'ecah!! cmne result?', 'ecah,, dah tengok result??', 'ecah, dapat A tak??', ecah.. ecah.. ecah... dan last msj sekali... 'ecah, tQ!!'... err...???
mcm mana mau online ni?? kptsn mmg dah kuar ea??
patutla tak senang tdo jer sejak mggu lepas.. grr..
macam2 perasaan mase tu.. huu sorry sangat kt adik2 sbb tetibe mood hilang untuk berseronok time tu...
try bukak guna fon tp.. tak boleh nk reach plak.. huu.. berdebar2 mase tu la hanya tuhan jer yg tahu.. aiyoo...
apapun nasib baik dapat jugak online bila dah dapat jumpa tempat penginapan hee..dan...
'YA ALLAH... SAYA BERSYUKUR SANGAT DENGAN KEHENDAKMU INI.. walaupun pointer tak berapa okay.. grr.. okay bg cik ecah sbb cik ecah tahu cik ecah dah cuba wat yang terbaik dan termampu'
dan cik ecah harap boleh sambung ag ke tahap yg lebih tinggi...
kawan2 yg sama2 dah GRAD.. TAHNIAH juga untuk kalian..
kawan2 yg kurg bernasib baik.. err... korg.. jgn putus asa k.. ada ag peluang utk korg.. insyaallah boleh.. lepas ni wat ag yg lebih baik... jgn cepat mengalah dan putus asa k...sya ada untuk bantu korg kalau perlu...
apakah keputusan ku selepas ni??
aliran apakah pula yg perlu saya sambung??
atau.. adakah saya terus bekerja selepas ni??
waa.. byk persoalan bermain di minda.....

189 : penang, kedah, perak...

assalamualaikum... lama cik ecah tak update blog...
bukan busy tp saja membusykan diri hee
pergi melihat keindahan alam ciptaan tuhan untuk beberapa hari...
huu biasalah kn bila org bandar masuk kampung dia jadi JAKUN sikit... hee
26/4/2012 lepas, bergeraklah cik ecah sekeluarga ke Penang...
sbnryer untuk menjemput cik miera pulang  sbb die dh hbs  matriks...
alang2 dah pegi satu keluarga tu.. ayahanda dan bonda pun cuti gara2 cik ecah pyer medical checkup dan urusan hospital semua... jadi amik la keputusan utk bercuti sekali.. hee
tak pernah g Penang kn.. so bercuti la ke sana.. dan singgah di rumah kawan lama di Perak dan jalan2 tgk sawah padi je kt Kedah...huu
perjalanan bermula jam 2 ptg.. lepas zohor dan tggu cik niena pulang dr sekolah dulu..
kalau tak.. tak pasal2 bdk sorg ni ponteng class lama... huu...agpun cik miera hbs exam tgh hari 26/4 tu..
secara keseluruhannya.. alhamdulillah kami selamat sampai di semua tempat....


Penang : Pertama sekali cik ecah jejakkan kaki ke pulau ni.. huu... bila lagi nak jejakkan kaki ke sana lagi..?? insyaallah... huu bukit bendera, taman rama2, taman herba, queensbay, komtar, times square, rumah kelahiran P.Ramlee, toys museum, owl museum, tropikal farm, lapangan terbang, homestay.. tu antara tempat yg cik ecah pergi melawat...secara keseluruhannya Penang ni sama jer macam KL... hurmm.. just reka bentuk kedai2 die jauh lebih tradisional dan moden kebaratan sikit la... huu kawasan setiap kedai pun besar dan ciri2 kawasan penjajahan masih lagi ada...(^.^) jalan pun byk sehala je.. tu la yg wat kiteorg ni kne jalan2 je sepanjang masa.. haha nak jalan balik jalan tu asyik tak jumpe jer... apapun alhamdulillah selamat satu pulau dapat dijelajah... dari utara, selatan, timur, barat... mmg banyak kawasan masyarakat cina di sana... apapun seronok dapat tgk kawasan melayu pun naik tp... yg paling seronok bila tgk masih ada lagi kawasan yg masih dara dan teruna... tak terusik lagi keindahannya... tu yg seronok... terutama kt kawasan balik pulau... kat KL?? huh susah la nk dapat...huhu tp.... orang Penang ni mmg suka hon org ker?? grr... sejak sampai kt pulau.. berapa kali kne hon pun cik ecah dah tak tau la nk ckp huu... sampai cik niena cakap... cepatla nk balik KL.. kt sni sakit hati lebih sbb semua kne hon huu -.- saba jer la... nk hon org pun kang wat stail kt KL kang baru tau.. hee tp ayahanda ckp x baik buat org.. heee kita kn kat tempat dorg tp... takkan la tak tgk plate kete tu.. kn tau plate kate tu wilayah pyer.. hish2... apapun bleh la kalau nk cakap yg Penang ni salah satu syurga membeli belah kt malaysia ni sbb byk gak barang2 branded kt sni selain KL...pegi pulau ikut jambatan yg terkenal tu dan balik naik feri.. apapun cik ecah tak bleh la naik feri aduih... mabuk laut tetibe.. mgkn sbb cik ecah dalam kenderaan yg dalam kenderaan kut.. huu..bila kuar dari kete rasa kurang sikit mabuk tu.. hee.. apapun kita enjoy... insyaallah saya datang sana lagi.. hee dan yg pasti cik ecah nk borong jeruk kalau g sana ag!! huu


Kedah : Cik ecah suka tengok keindahan sawah padi terutama waktu pagi dan senja... Ya Allah.. sungguh indahnya ciptaanmu... cantik giler pemandangan... mmg susah la nk jumpe kalau kt bandar.. kawasan kampung jer leh tengok...  sampai bonda cakap.. kalau suka dan nk tengok nnti kahwin ngn org sini.. haha.. saba jer la bonda ni... apapun mase pergi museum padi kt sini... mmg baru tahu macam mana padi tu diproses jadi beras.. huu susah jugak kn... apapun malaysia mmg beruntung sbb kaya dengan khazanah alam semula jadi yg masih di jaga... harap2 masih ada lagi la untuk generasi yg akan datang... LOVE it lah...!!!



Perak : Sebelum datang ke Penang ag dah pasangkan niat untuk jumpa kawan baik kiteorang masa kecik dulu (fahdli dan fatin).. kenangan masa kecik mmg selalu di ingatan dan tak pernah pudar... g sekolah sama2..ngaji sama2... makan.. minum.. tido... main... semualah kita wat sama2 masih segar dalam ingatan dan alhamdulillah akhirnya jumpa juga kita selepas 12 tahun tak bersemuka... Ya allah semua macam kaku jer nk tegur apapun seronok giler dapat jumpe korg walaupun sekejap.. sebenarnya macam2 nak diborakkan kn.. apapun... kenangan ngn arwah adik farihin pun masih dalam kenangan dan ingatan kiteorg... rindu sgt ngn korg kadang2 bila lalu depan umah korg kat sini... kiteorg selalu ingat2 balik ape yg kita buat dulu... dan macam nk sgt kembali ke masa tu... tp perpisahan tak mgkn menghalangkan persahabatan kita kan... waa.. satu jer lupa masa jumpe tu.. kita lupa amik gambar!! apapun.. alhamdulillah always keep in touch yeah lepas ni dan insyaallah persahabatan kita akan tetap kekal sampai bila2...(^.^) miss you guys la.. datang KL nnti jgn lupa singgah sini k...

dan alhamdulillah cik ecah selamat sampai rumah sebelum isyak hari ahad tu 29/4/2012... nnti cik ecah nk pegi melancong ke kedah ngn perak plak la.. ape yg best kt sane?? huu... adakah mungkin saya akan sambung belajar di sana kelak?? insyaallah kalau ada rezeki... dan cik ecah teringin nk g kt air terjun lata kinjang tu... huu teruja sebenarnyer sbb cantik sangat ciptaan tuhan ni... dari jauh dah nmpk... insyaallah kaki ni akan ke sana suatu hari nnti... (^.^)