........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Selasa, Februari 14

143 : Valentine's day??

assalamualaikum,
 hye rakan bloger dan stalker sekalian...
entry post kali ni cik ecah nak join satu kempen yang dibuat oleh 
iaitu
kempen anti - valentine's days...

setiap tahun dari sekolah rendah, menengah. sampailah dewasa setiap kali menjelang tarikh 14/2 mesti ada kempen ni kan?? kenapa yer??
ini kerana masih lagi ada diantara umat islam yg menyambut 'valentine's day' ni..
apa istimewanya hari ni selain hari2 islam yg lain seperti  awal muharam, maulid nabi dan hari2 kebesaran islam yg lain??
Hurmm wat pengetahuan sape yg suke sambut tu... tarikh 14/2 yg dikatakan hari kekasih tidak pernah wujud pun dalam kalender islam, oleh itu kenapa perlu ada hari yg spesifik utk meraikan org yang kita kasihi???
bg cik ecah...
hari kekasih ni boleh jer sambut setiap hari.. nak tahu kenapa cik ecah ckp macam tu??  sbbnya ...
Memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia. Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari - hari tertentu untuk meraikannya.
Anak - anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati mereka terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena hari kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam. Antaranya :
a] pastikan tidak berdua - duaan, sebaliknya ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama
kalau korg nak tahu banyak sumber sejarah yang menyatakan makna sebenar hari kekasih ni... antaranya...

Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu
dan ada lagi versi2 yg menyatakan sejarah disebalik hari kekasih ni... hurmm... cik ecah rasa, kalau korg google sendri pun akan banyak maklumat yg korg dapat selain apa yang cik ecah kongsikan ni... sebab tu la kita dilarang untuk meraikannya... dan ia diharamkan sama sekali ummat islam menyambutnya...
Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa Rasulallah S.A.W bersabda :
 ''Barang siapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari kalangan mereka''
[Hadith riwayat Abu Dawud] 

p/s :: sape2 yg bukak entry kali ni... yg ada blog tu.. cik ecah tag die utk sertai kempen ni juga yer...(^.^) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan