It's hard to wait around for something that might never happen But it's harder to give up when you know it's everything you want
Jumaat, Februari 10
141 : cara iblis menggoda (muhasabah diri sebentar...)
Tahukah kamu Muhammad, dusta berasal daripada diriku??
akulah makhluk pertama yang berdusta,pendusta adalah sahabatku.
barang siapa bersumpah dengan pendusta, dia kekasihku,
Tahukah kamu Muhammad?
aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah, bahawa aku benar2 menasihatinya.
sumpah dusta adalah kegemaranku, gosip dan mengadu domba adalah kesenanganku, kesaksian palsu pula kegembiraanku.
Orang yang bersumpah bagi menceraikan isterinya, dia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian dia akan beranak cucu hingga hai kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan dia masuk neraka hanya kerana satu kalimat iaitu cerai.
Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengambil lewa tentang solat. Setiap kali dia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu diamenundanya sehingga dia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkan ke mukanya.
Jika dia berhasil mengalahkanku, aku biarkan dia solat. Namun, aku bisikkan ke telinganya supaya lihat kiri dan kananmu, dia pun menoleh.Pada saat itu aku cium keningnya serta aku katakan solatmu tidak sah. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul?
Jika solatnya sendirian, aku suruh dia solat salam keadaan bergegas. Dia pun solat seperti ayam sedang mematuk beras, Jika dia berhasil mengalahkanku dan solat dia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu boleh membatalkan solatnya dan wajahnya akan berubah menjadi wajah keldai.
Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solatnya. Jika dia tidak menutup mulunya ketika menguap,syaitan akan masuk kedalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia dan diapun menjadi semakin taat kepadaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku sedangkan aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, "Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak diwajibkan solat. Jika kehidupanmu berubah barulah kamu solat." Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikan aku debu. Wahai Muhammad, apakah kamu bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan satu per enam mereka daripada Islam?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan