........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Khamis, Januari 30

329 : Zhu Ni Xin Nian Kuai Le

packing.. packing...
nak pegi mane?
mestila nak balik kampung!
oh yeah ohh yeah...
balik kampung oo balik kampung...
dah lama tak balik kampung..
huhu excited terlebih plak... haha
ni untung Malaysia kn..
ada sambutan perayaan apa2 mesti cuti je kejenye 
terutama kalau melibatkan kaum etnik yang majoriti ni..
even hari gawai dayak yang kat Sabah Sarawak tu pun orang kat Semenanjung ni pun sibuk cuti!
hati2 dijalan raya pada sape2 yang balik kampung tu.. 
nak tak nak jalan ke selatan tu sah sesak juga la kan lagi2 kawasan area seremban ke senawang tu huhu
bila dah kat mana2 ade buah limau... ape lagi kan??


Ditujukan khas untuk kawan2 cina cik ecah dan sape yg sambut ^^.

qīn ài de péng yǒu men ,xīn nián kuài lè
(my dear friends, happy new year)

Gong Xi Fatt Chai 
(Semoga tahun ini akan membawa kebaikan)
huhu speacial tahun ni adalah tahun kuda! 
sebabnya.. cik ecah lahir pada tahun kuda huhu
kawan2 yang lahir tahun 1918,1930, 1942, 1954, 1966, 1990, 2002, dan tahun ni (2014)
kali ni cik ecah nak kongsi sikit pasal zodiak kuda ni plak...

Dalam kebudayaan Cina, Kuda adalah simbol kebangsawanan, kecepatan, ketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir tahun kuda adalah orang yang pintar, bertutur luar biasa dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Mereka percaya bahawa tujuan mereka dalam hidup adalah 'untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan'
Orang yang lahir tahun kuda memiliki karakteristik tertentu seperti :
kemandirian, menyenangkan, bebas, canggih, ulet, arogan dan cerdas.
Mereka selalu ingin menghiburkan teman2nya dengan humor dan penuh daya tarik. Mereka penuh dengan energi dan terus berusaha untuk bersosialisasi dengan orang sekitarnya. Mereka berpikiran tajam, modis, berbakat dalam berbicara dan memiliki wawasan yang luas.

sapa yg nak tahu serba sikit sejarah tahun baru cina tu boleh la search sendiri
 atau klik post cik ecah yg lepas
dan bagi zodiak lain tu.. korang pun boleh jer google 
atau korang boleh pegi kat link
untuk tahu asal usul mane datangnya 12 shio untuk tahun kelahiran korang tu
hee okay i'll update later... 
esok perjalanan jauh..
kne amik cik niena kat segamat dan lepas tu...
sepupu sepapat, makcik pakcik... 
see u guys soon!
tak sabar nak kumpul reramai dan 'makan besar'
loved!


p/s : ambil tahu kaum dan etnik lain x salah kan? baru 1 Malaysia ye dok? ^^.


Selasa, Januari 28

wordsless 64


328 : 14 FEB?

ade ape dengan 14.feb??

haip!

bukan valentine okay...
kawan2 UiTM dihatiku..
tu tarikh keramat kita... huhu
keputusan peperiksaan december2013 keluar pada 14.2.14!
huhuhu
 tangan saja gatai duk bukak web uitm tu lagi 
kan dah kene batang hidung sendiri...
hanya mampu tawakal dan berserah jer masa last paper 18/1 tu..
dan sekarang.. 
perasaan tak dapat nak diungkap bila tengok kalender akademik utk semester depan.. huhu
 apa2pun... korang boleh klik


utk tarikh penting semester depan
loved! ^^.


p/s : selamat berpraktikal kepada kawan2 yang dah start praktikal tu...

327 : semester pertama tahun kedua

Alhamdulillah..
secara rasminya cik ecah sekarang tengah menikmati cuti semester untuk semester 3 yang baru jer berakhir 18hb lepas..
hoho dekat seminggu dah kat umah ni... kejenya??
makan dan tido sepanjang masa.. haha
takdelah! seperti biasa... bila cuti sem..
ayahanda dan bonda cik ecah suruh jd suri rumah tangga sepenuh masa...
sambil2 blaja masak2.. dan wat2 kerja umah tu kan..
tambah juga la ilmu tu... dr zero to hero ^^. (untuk kebaikan juga kan)
+ ade la keje part time lain yang cik ecah buat ...
okay bukan nak cerite pasal tu...
tapi nak cerita ape kesnya sepanjang semester pertama tahun kedua ni?
alhamdulillah.. masih go on dan makin rapat dengan geng dari sem 1...
berharap akan still bersama sampai kita dapat apa yang kita kejar utk 3 tahun ni.. huhu
secara jujurnya... kalau bab pindah2  ni memang badan ni lemah sikit...
sebabnya.. diri ni memang amik masa lama nak adapt dengan persekitaran semasa...
dan semester ni cik ecah rasa imunisasi badan ni memang tahap teruk dr mula2 kene campak kat machang dlu...tapi alhamdulillah dapat kawal sendiri tanpa risaukan parents kat selangor ni..
kawal2 pun kne jugalah masuk oksigen 3kali dalam masa 14 minggu!
dugaan dugaan... okay habis bab kesihatan...
pelajaran?
cik ecah prefer kampus Machang dr KB...
yes kne sedar diri yang kampus tu kecik dan tinggi!
'time management' sangatlah penting bila dah masuk tahun kedua ni...
dan juga toleransi antara kawan2... haih haih
sebabnya.. punyela banyak assignment dan kelas ganti sesuka hati...
bersyukur kerana semester ni dapat group yang okay..
sem depan sila teratur sikit ye aisya!
study week yang sangat menduga diri..
tak tau kenapa tahun pertama okay jer dan bila masuk kampus kota...
dugaan die terlampau la besar!
huhu result nnty tengokla mcm mane..
dah wat yang terbaik dan skrg tawakal dan berserah saja!
apapun tempat lepak terbaik kami kt sni mase study week adalah...
cari kelas kosong dan study sesama walaupun paper yang kami amik tak sama..
sama je la konsep klu study sesama kt library pun tp disebabkan kawasan study kat sni terhad!
kalau jenis yang takleh nak study sendiri tu nak taknak cik ecah dan cik wani kne cari altenatif lain juga la kan...
need to study outside!
huhu cakap pasal tempat tinggal..
kawan2 sekelas semua macam pelik jer kenapa bila cik ecah cakap yang cik ecah stay dengan keluarga orang?
huhu disebabkan malas nak fikir dan serabutkan otak mase pindah cari rumah yang sesuai
+ salah sendiri juga la kan sebab masuk kelas cecampur...
haha kan dah ponin rakan yang sama jurusan sape so cik ecah dan cik wani amik keputusan utk sewa bilik...
dan sekarang..
since lepas ni totally 'paper' yg makin mencabar dan dah tak sama.. membuatkan kami berfikir juga..
hurmm mungkin pindah stay dengan kawan satu jurusan?
kami akan fikirkan tentang pindah2 tu... huu
wait n see la sem depan..(barang dh siap kemas masuk kotak dah pun) huhu
dan berharap agar diri ni kuat selagi mampu.
loved!

326 : Ahlan Wasahlan 2014

SalamunAlaih..
post pertama untuk tahun 2014 ni...
maaf la ye stalker sekalian..
sebab blog ni dibiarkan bersarang
mcm busy sangat jerr... huhu
kemalasan melanda bila idea datang dan ade cerita yg hendak dikongsikan
+ mase nak berupdate tu la byk pulak halangannya... so
tak terlambat ag kan klu cik ecah nak ucap selamat tahun baru??
Ahlan Wasahlan 2014...
Semoga tahun ni kita diberikan 'EXTRA' kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi hari2 yang mendatang...
azam tahun baru?
setiap tahun azam cik ecah sama jer..
semoga diri ini akan jadi lebih 'matang' seiring dengan usia...
dengan harapan diri ini kuat hadapi dugaan dariNYA selagi termampu...
+ jadi sahabat terbaik buat kawan2 dan orang sekeliling... insyaALLAH~
atau mungkin cik ecah boleh jalankan misi dalam catatan bawah ni??


dok bosan bosan.. 
kuar pulak catatan atas ni kat wall facebook tu...
rase menarik pulak nak cabar diri sendiri kan.. 
nampak jer senang tp cube pratikkan...
dan cik ecah rasa cik ecah nk cabar diri ni...
sape nak join?
ke arah memotivasikan diri sendiri juga la ni...
loved!

#trowback2013
setahun berlalu dengan cepatnya...
kenangan suka duka berada di uitm machang dan shah alam pasti akan tersimpan dalam ingatan...
diri diduga dengan berita kesihatan diri yang makin kritikal sebenarnyer tp alhamdulillah ahli keluarga dan kawan2 sangat membantu.. sangat sangat sangat terharu dan bersyukur sebab korang adalah insan terpilih yang sya kenal...