........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Jumaat, Ogos 22

358 : Malaysia Berkabung

Hanya tuhan yang tahu..
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya
Cik ecah sempat amik masa bace akhbar di pejabat hari ni
rata2 semuanya mengenai MH17 dan hari berkabung untuk warga Malaysia
satu lagi hari yang bersejarah berlaku dalam lipatan masa buat negara
semoga semuanya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
al-fatihah buat jenazah yang beragama islam
sini cik ecah kongsikan sedikit info agama mengenai isu berkabung ni..

Hukum Tafakkur Dan Berkabung
Submitted by FatwaMalaysia on 21 August 2014 - 8:31am 
ISU:
Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:
  • Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
  • Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
  • Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.
  • Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
  • Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.
  • Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
  • Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.
  • Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.
  • Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662
Wallahu a'lam.

tersentuh dengan satu coretan puitis seorang penulis di dalam berita harian hari ni :

Tiada kata dalam biacara
Tiada merdu pada lagu
Tiada tinta dalam tulisan
Tiada nyala pada warna
Kerana hari ini seperti semalam
Seperti minggu lalu
Seperti bulan lalu
Persis 17julai yang sendu
Langit Malaysia jd mendung
Kala merpati putih MH17 gugur dari cakerawala
bersama 298 jiwa yang meruntuhkan seluruh nafas kita dan segenap kemanusiaan
Hari ini jasad sudah disempurnakan
jenazah siap dibaringkan dalam keranda berlitup Jalur Gemilang
Kafilah telah berangka lahad sedang menanti
Pengebumian yg lama tertunda mari kita kejapkan tekad pada tanah perkuburan itu
Hanya saudara dan taulan atas nama negara yang sama itu
Atas makna insan yang serupa itu
Hanya mereka kita semadikan
Dan bukannya harapan keadilan jua citra keamanan
Kerana kemanusiaan tak akan,bahkan tak boleh dikebumikan
Hari ini kita berkabung
Berhimpun atas nama kemanusiaan
Hari esok kita menyambung
Keadilan untuk merpati putih kita MH17 dan 298 jiwa yang meninggalkan kita
Dibawah langit Malaysia yang mendung
#bynazmiyaakub #KL #MH17dalamingatan #salamtakziah #alfatihah #malaysian #loved!


Khamis, Ogos 14

357 : Tarikh Penting UiTM sesi september'14 - januari'15

Korang ni ade juga yang tak saba nak masuk sem baru heh?
tp...
Masalahnya bukan taye bila kelas mula tp bila cuti raya haji?? 
kawan sape la tu -.-
Nah cik ecah sertakan info yg cik ecah dapat.. 


Course Registration  = 30/8/2014

Class Start = 8/9/2014



untuk maklumat lanjut sila rajin2kan diri bukak 
dekat student portal memasing ye kawan2ku
loved!

p/s : doakan cik ecah cepat sembuh >.<

Rabu, Ogos 13

356 : counting the day?

Insomnia problem comes again...
esok keje tp mata ni takmo lelap! 
bagus sangat tu.. 
aisya please sleep!
perasaan bercampur aduk sekarang ni sebenarnye...
menghitung hari detik waktu 14 ogos!
semoga dipermudahkan segalanya...
nak watpe pun dah tak boleh... cume
berharap keajaiban terhadap keputusan semester 4 akan berlaku..
redho pasrah tawakal dan berdoa selagi boleh... hoho

p/s : Tahniah kawan2 n adik2 yang terpilih untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar... yang tak berjaya tu jangan lupe buat rayuan okay... insyaALLAH ade rezeki... loved!

355 : tekak luka?

Alkisahnya,

selasa minggu lepas bangun2 tido je tekak rasa tak selesa...
tanpa batok tetibe ade kahak..bukan kahak biasa... tp ade darah!
ye, yang kuar tu darah!
tp, cik ecah wat pandai jer since kuantiti darah yg kuar tu xdela menggerunkan 
and i did tell my mom about it..
Bonda cakap mungkin tekak luka... 
the next morning, its happen again..
pastu batok tak henti2.. and it become WORST!
setiap kali kahak yang kuar tu adalah darah...!
teringat pulak doktor taye mase checkup yg lepas
'ade kuar darah tak bila sakit tekak @ batok?' dan cik ecah cakap takde...
yes memang tak pernah kuar darah pun lagi sebelom ni
and she ask me to not be shock if there is a blood coming out but...
I must to double take care of myself!
kesan dari suntikan influenza yg cik ecah amik setahun sekali tu + tahap imunisasi badan sekarang ni..
perasaan mase tu dah negatif tahap gaban dah... what should I do?! 
mase tu parents memang takde kt umah.. tinggal cik ecah ngn cik miera je..
serius mase tu badan terus jadi lemah and I cant manage myself, A whole day I sleep!
last2 ayahanda buat ubat 'telor ayam kampung' and its work!
Alhamdulillah, diri stabil buat seketika... 
tekak memang rase sakit giler...and always cough!
ye memang susah ... sangat2 la susah nak baiknya bila dah kne virus batok ni..
dan ia akan makin parah sebab cik ecah tak dapat nak kawal sakit dada sekali... tp..
doktor ade ckp kalau batok makin terok dalam masa 3 hari baru g spital balik... 
ataupun dalam masa seminggu takde perubahan...if not?
I just need to double my medicine dan mungkin tekak luka sebab cuaca panas 
dan alhamdulillah its works and become better sebelum sabtu walaupun skrg ni masih ade saki baki...
pergi hospital dia bagi ubat kahak dan batok.. tp..
apasal la ubat kt farmasi tu ade ubat perisa strawberi je? 

Cik Ecah kongsikan sikit info kesihatan (copy paste dr blog lain) :

Batuk dan sakit tekak merupakan satu fenomena yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia. Kebiasaannya ia bukanlah suatu penyakit yang serius dan akan sembuh selepas beberapa hari.

Apabila batuk, tekak anda berasa gatal dan sakit. Kahak berwarna kuning atau hijau pula terhasil. Mengapa kahak berwarna hijau? Enzim yang dihasilkan oleh badan untuk memusnahkan bakteria sebenarnya berwarna hijau.

Batuk terjadi akibat jangkitan kuman pada bahagian tekak. Ia menyebabkan tekak mengalami keradangan (bengkak) dan mengeluarkan kahak bagi memerangkap bakteria tersebut. Batuk akan menolak kahak yang berbakteria itu keluar daripada tekak untuk dibuang. Sekiranya kahak tersebut ditelan, ia akan masuk ke saluran esofagus untuk di bawa ke perut kemudian bakteria itu akan dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam perut.

Tekak yang membengkak akibat respon daripada jangkitan kuman itu akan menyebabkan struktur kotak suara terjejas dan akan menyebabkan suara menjadi garau dan kadangkala sukar mengeluarkan suara. Tekak akan menjadi sakit dan sukar menelan.

Sebenarnya, batuk dan sakit tekak boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memakan sebarang ubatan kerana sistem pertahanan badan kita boleh melawan dan memusnahkan bakteria tersebut. Beberapa langkah harus diambil jika anda tidak mahu bergantung kepada ubat daripada klinik.


Berikut adalah antara tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan oleh sistem imun badan kita;

Rehat secukupnya Tidur dapat membantu badan anda melawan jangkitan bakteria dengan lebih berkesan.

Minum banyak airAir bertindak sebagai pelincir untuk mengurangkan rasa sakit pada tekak akibat bengkak. Tekak yang kering akibat kekurangan air akan menyebabkan tekak rasa gatal dan bertambah bengkak.

Jauhi Asap Elakkan diri anda dari menghidu asap rokok, kilang, kereta atau apa sahaja bahan pencemaran yang boleh membuatkan jangkitan pada tekak anda bertambah teruk

Jangan banyak bercakap Sekiranya suara anda terjejas akibat sakit tekak, kurangkan bercakap. Bercakap akan menyebabkan tekak anda cepat kering dan bertambah sakit. Kurang bercakap juga boleh mengembalikan suara anda seperti sedia kala dengan lebih cepat.

Makanan Untuk Batuk dan Sakit Tekak
  • Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut (cth: pisang, betik), sayur lembut (sayur yang sudah dimasak), yoghurt dsb.
  • Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal (atau buah lain yang keras) atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk, seterusnya meningkatkan keradangan pada tekak. Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.
  • Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masamseperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.
  • Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.
  • Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk beku atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak

Rawatan semulajadi
Air garam Garam bertindak sebagai antiseptik dan membersihkan kahak. Campur ¼ sudu the garam dengan 237 ml air suam untuk orang dewasa kemudian kumur-kumur dan buang. Berkumur beberapa kali setiap hari dapat mengurangkan sakit tekak.

Madu Menurut kajian, madu boleh melegakan sakit tekak dan membunuh kuman. Ia juga boleh mengurangkan radang/bengkak di dalam tekak. Campurkan 2 atau 3 sudu teh madu ke dalam air suam atau teh herba.



dan sikit info pasal KAHAK BERDARAH...

Cik Ecah pye kes memang tak jalan kalau makan ubat doktor jer... 
so cik ecah telan je la apa yang baik .. 
madu, delima, air asam, telor ayam kampong, aiskrem and
alhamdulillah, 
keadaan diri kembali normal dan dah boleh mula wat aktiviti seperti biase.. huhu
tp......
bila difikirkan balik...adakah ini tanda2 awal cik ecah untuk kene....
hoho doakan cik ecah yang terbaik ya... 
harap sangat diri ni kuat selagi boleh
loved!

Jumaat, Ogos 8

354 : Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015

Kepada adik2 dan kawan2 yang ade memohon untuk kemasukan program ijazah tahun 2014/2015
I'm just sharing the info that i get here...

12 Ogos - Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA
12 Ogos - 22 Ogos - Rayuan Kemasukan Ke IPTA


untuk lebih lanjut korang boleh pergi ke portal rasmi Kementerian
atau boleh klik 

353 : Diari ramadhan 1435H

Ramadhan di perantauan..
hoho perantauan la juga kan kiranya.. 
disebabkan masa yang ada hanya tinggal untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir semester 4.. diri tak berpeluang pulang untuk sambut ramadhan bersama ahli keluarga tercinta.. heh
Ramadhan 1435H,
Puase bersama kawan2 di Kota Bharu
hoohoo selalu bulan puasa memang cik ecah tunggu sebabnya...
sebab masa ni la munculnya makanan yang 'pelik2'
tahun lepas sempat juga sebenarnya puase sehari dua sebelum ke shah alam untuk sem pendek huhu
kali ni mood mencari makanan2 pelik kurang since 
cik ecah kurang selera makan disebabkan demam main cak2 sejak sebelom puase ag..
memang selamat semua la kiranya.. sampaikan diri ni sempat jejak bazaar ramadhan tu 2 kali je?!
semangat nak g bazaar pun takde even stadium kota bharu tu dekat je nak pegi pun.. rugi juga la kan?
dah nak wat cmne.. kang beli bebanyak tak makan ag membazir huhu
dalam sibuk final exam sempat juga iftar dengan kengkawan

 
2/7/2014
majlis berbuka puase bersama anak2 poknik..
ahaks.. housemate block 5 tgkt 1
sempat lagi amik gambo sementara tunggu kengkawan lain sampai 
^^. 


 4/7/2014 - COLEK
serius tahun lepas kalau mesej kawan2 yg amik sem pendek kt KB, 
boleh dikatakan setiap kali taye korang tgh watpe mesti cakap tengak makan colek...
so nak tahu juga la kan colek tu ape?
hurmm.. kalau orang luar kelantan ni taye COLEK tu ape?
yang cik ecah boleh cakap COLEK = ROJAK
haha! memang rojak la pun..
cuma kuah rojak dia lain.. macam yong tau fu pun ye gak huhu
macam2 jenis ade.. memang meriah colek ni kat kelantan ag2 bulan puase..
dan dapat juga la cik ecah makan colek ni dengan kawan2 rapat kt KB tu.


 6/7/2014
amik peluang untuk dekat dengan masyarakat yang tidak bernasib baik...
Program yang memberi 1001 pengertian, 
Alhamdulillah  cik ecah dapat turut serta malam tu..
macam2 perasaan timbul bila denga crite disebalik kenapa mereka2 boleh jadi salah sorang dari gelandangan tu.. baru sekitar bandar Kota Bharu.. 
terfikir pula mereka yang berada di kawasan lain terutamanya di Kuala Lumpur tu..

 
8/7/2014
amik masa juga berbuka bersama family di sini.. ahaks
walaupun masa kelas dan exam dah tak sama.. 
alhamdulillah masih ade ruang dan masa utk bersama
semoga ikatan persahabatan ni kekal.. insyaALLAH

13/7/2014
ahaks.. berbuka puasa dalam kereta!

alhamdulillah, dapat juga berbuka dengan nenda tersayang sehari selepas pulang ke rumah
dan

24 julai 2014
akhirnya dapat juga buka puasa bersama keluarga tersayang..


ya Ramadhan..
Alhamdulillah kerana diri ini masih sempat bertemu denganmu..
adakah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan?
loved!

352 : Buah Kurma


Sekadar perkongsian ilmu.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sdr pun baru tahu...



Jadi...
Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu....
Allahua'lam... 


351 : Sunnah Rasullullah S.A.W

1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air : Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan,
Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.
InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU C0NT0H: KOKTEL
Cara Makan :
» Jangan makan buah setelah habis makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, barulah makan nasi.
» Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
» Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
» Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…cubalah try yer… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek, akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Kerana ia juga terbukti dalam kajian.
Nabi S.A.W. pernah mencegah kita daripada memakan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion + sedangkan dalam ikan mengandung ion -.
Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

 Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
» Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
» Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
» Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
» Nabi S.A.W. juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

350 : Subhanallah, Alhamdulillah

Sebelum apa2.. cik ecah nak minta maaf kt kengkawan sebab 'hide' kan tarikh lahir cik ecah kt FB 18 julai lepas...
hee  maaf ye.. saja je hide kan sbb nak uji insan2 tersayang
and I already got the answer.. Thanx so much!
terima kasih kawan2 yg ingat, wish dan doakan yang terbaik untuk cik ecah..
sebaik2 hadiah adalah doa dari kalian agar cik ecah makin sabar, tabah, kuat dalam menghadapi hari2 yg mendatang seiring dengan kematangan usia.. terima kasih ya
alhamdulillah sbb cik ecah masih diberikan peluang untuk bersama kalian
walaupun pada masa yang sama cik ecah takut dgn kondisi diri yang tak menentu..

18 julai 2014
Doaku pada hari yg bersejarah ni...
Ya tuhan,
kau ampunkanlah dosa2 kami yang terlalu banyak kepadamu...
kami sering leka dan lalai dengan ruang, masa, dan kesempatan yang telah kau berikan kepada kami utk melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...
Ya tuhan,
kau titipkanlah rasa kasih dan sayang dalam diri kami supaya kami bersatu padu dan tidak bermusuhan antara satu sama lain malah kau eratkanlah hubungan antara kami supaya kami dapat hadapi segala cabaran dan dugaan darimu dengan tenang, sesungguhnya kau hanya menguji kami setakat apa yang kami mampu..
Ya tuhan,
berikanlah kami ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala ujian, dugaan dan cabaranmu,
kau bukakanlah mata hati kami supaya dapat melihat apa yang telah sedang dan akan berlaku agar kami tidak lupa akan kebesaranmu, sesungguhnya engkau yang maha mengetahui segala-galanya tersurat dan tersirat...
*Serius terkejut dengan berita yang diterima,
jika diri ini mati syahid seperti mereka... alangkah bertuahnya..
Alhamdulillah, terima kasih allah sebab diri masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan bersama dengan insan2 yang aku sayangi
#Alhamdulillah #24years #hidupmakinsingkat #20ramadhan1435H #salamjumaat

loved!

Khamis, Ogos 7

349 : Semester breaks!


11 julai 2014.. 
alhamdulillah.. paper econometrics is the last paper for my final examination for semester 4..
semoga keputusan setimpal apa yang diusahakan
13 julai 2014..
selamat jejakkan kaki di teratak ayahanda dan bonda di kajang
lambat sehari dari perancangan atas sebab2 tertentu..
dan sekarang cik ecah tengah habiskan masa cuti semester yang akan berakhir awal bulan 9 nanti..
8 minggu diberikan rehat dan masa untuk dihabiskan..
hoho apepun tinggal lagi 4 minggu saja masa yang berbaki..
maaf sebab kemalasan melanda dan biarkan blog ni bersawang selama sebulan lebih... 
latest medical checkup on 16 july 2014 yang lepas


nak dijadikan cerita cik ecah lupe nak amik darah sebelom checkup kali ni 
jadinya nak taknak pepagi tu kelam kabut g IJN utk wat ujian darah semua sebelum date ngn doktor.. alhamdulillah.. 
masih tiada apa2 perubahan pada kondisi diri dan seperti biasa kne denga ceramah supaya 
kawal aktiviti, masa, tekanan, makanan dan sebagainya..
suntikan setiap tahun untuk kawalan batuk dan selsema pun tamat tempoh masa tu and
it seems like cik ecah kne pandai jaga diri and handle it by myself!
2kali kne cucuk hr tu.. satu amik darah satu ak masuk ubat.. what a day?
dah lama tak kne jarum.. memang terasa la sakitnya kan..
neway.. thanx dad n sister sebab jd peneman kali ni
lepas ni dah boleh amik ubat kt hospital biasa kalau ubat dah habis
^^.

cuti sem tinggal ag 4 minggu... apa mau bikin?
isi mase bersama insan tersayang la
loved!

Isnin, Jun 30

348 : When the time come, it will happen


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 

loved

Jumaat, Jun 20

347 : Penangan Charlie!

SalamunAlaih... 
Cik ecah pernah kongsikan maklumat pasal serangga Charlie ni kt page facebook tahun lepas..
Mase tu cik ecah ade kt Machang dan banyak binatang pelik2 yg wujud...
tak tau la pulak tengah2 bandar Kota Bharu ni pun wujud jugak binatang pepelik ni..
ni sedikit info tentang serangga Charlie bagi sape yang tak tau tu atau korang boleh je google... huhuhu

SESIAPA ADA TERJUMPA SERANGGA/BINATANG SEPERTI INI TERUS BUNUH KERANA JIKA MENYENGAT/MENGGIGIT, KESANNYA AKAN TERJADI SEPERTI DALAM GAMBAR.
HAIWAN INI SELALUNYA ADA DEKAT CELAH2 BUAH DUKU, DOKONG & LANGSAT. BUAH-BUAHAN LAIN PON KADANG2 ADA...
APA ITU serangga TOMCAT ?
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.
Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai ‘Pederin’ (C24 H43 O9 N) ditemui pada tahun 1953.
Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.
Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:
Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus
Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.
SEKIRANYA TERKENA : Cepat cuci air bersih, letak hydrocortisone 1% / betametasone+antibiotik neomycin sulfat-3xsehari / letakkan Acyclovir 5%.
Binatangnya mcm kala jengking tp kecil pnjang warna merah belang hitam.. Kalau digigit jadinya mcm herpes merah dan tengahnya bernanah diameter 2cm dan terus membesar bila tidak di ubati
SHARE SEKIRANYA BERMANFAAT!
PESANAN MASYARAKAT DIBAWAKAN KEPADA ANDA OLEH Mazeer Mohamad
huhu mungkin tuhan nak bagi cik ecah rase sakitnya camne kut sbb kebanyakkan roomate dah kene kt bahagian badan.. tp cik ecah tak kene....
err sekali cik ecah kene kat mata!
huu.. sape yang pernah kene mungkin tahu camne rasa sakitnyaa..
dugaan dugaan...disaat kesihatan diri semua makin pulih kecuali batok...
alkisahnya cik ecah siapkan report dan slide sampai tertido taktau pukul bpe..
esoknya bangun mata sakit..
air mata asyik kuar je ha.. ingatkan sakit mata la kan... dan duk la tahan2..
letak eyemore je.. tp tak baik2... selalu okay je...
dah bagitau bonda, bonda suruh pegi cek kat spital takut kene kat selaput mata..
tapi mata cik ecah tak merah pun...
ialah mata adalah tempat yang paling sensitif!
dah tak tahan pye pasal..
ialah siapa la tahan duk jawab test tp air mata ni asyik kuar tak benti2 dan makin pedih pulak rasanya kat keliling kelopak mata tu...
tak pasal2 pegi jumpe doktor sekali doktor cakap 'ni kene charlie ni...'
huu tak tau nak reaksi macam mana... lagi2 bila doktor letak ubat putih kat keliling mata..
automatik makin banyak airmata ni kuar..
peediiihhhhh woi.. sangat laa.. macam kulit melecur kene air..
mcm tu la rasanya setiap kali basuh muka... huu
sekali doktor amik gauze tutup mata ni sebelah..
ha makin kurang penglihatan yang ade..
rasa nikmat ditarik buat seketika... sob sob sob...
tapi bila difikirkan.. nasib baikla tak kene macam dalam gambar yg kt atas tu... gerun haih..
mesti azab die... hanya tuhan yang tahu huhu


dan sejak tu pegi memana denga mata tutup sebelah..
huu orang tengok buat tak tau je..
nasib baik semalam last class... dan last test!
tp nak tak nak masa test tu buka juga sebab tak puas tengok soalan...
ade ubat tak rasa sangat tapi bila kene cahaya matahari memang perit!
apapun alhamdulillah...
mata ni makin pulih... huu
harap takde kesan parut!
huhu sepanjang mata ni sakit.. memang la sangat manja...
cuci mata dengan air panas supaya tak kene kuman!
doa2kan supaya mata ni cepat baik..
minggu depan dah nak final!
all the best kawan2 seangkatan yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan...
terutama rakan2 UiTM..
&
dapat mesej bawah ni dari ayahanda pagi tadi...

alhamdulillah..
semoga cepat sembuh buat ayahanda juga...
loved!

Isnin, Jun 2

346 : saya kuat!


demam lagi?,jgn skip makan ubat,makan ubat double,vitamin makan pagi petang,minum air banyak2, sup2, susu, apa2 jenis air...g spital lah,along buat ubat sendiri.. ,along minum air kelapa bebanyak, risaula bila along kne batok, jgn mandi malam... -ayahanda n bonda-
air suam pun sedap gak -adik-
jantung okay tak? riso plak dgn along ni,  jaga diri baik2, jangan minum ais banyak sangat -maktam-
okay.. saya tahu saya dah buat bonda dan ayahanda + insan2 yang tersayang
risau dengan keadaan diri yang kne serangan virus secara tetibe
al kisah kne virus selsema dulu dah sebelum cuti hari tu,
then mase program badan dah mula nak demam dah sebenarnye
dan habis jer program batok plak amik tempat
huu masuk minggu kedua demam ni main cak cak pulak...
bila okay sikit.. pastu datang balik.. pastu ok.. pastu tak...
mummy.. i miss home!
really miss home.. kalau waktu sakit2 camni memang takkan ade kerja lain selain tido, makan, rehat..
hoho awk kne belajar berdikari aisya!
dah jauh ni la baru terasa kan...
dulu study kt KPTM sakit sikit.. ade je orang datang jenguk..
parents.. pakcik.. makcik.. abg.. kakak... tp sekarang
hari2 kne bagi berita terkini kepada dorang.. terutama kt bonda tercinta..
siapkan telinga jer denga untuk kebaikan diri sendiri jugak!
tak payah nak berahsia sangat la kan.. dorang tau je diri ni sihat ke tak... hurmm
apapun selsema dah berkurang tp... batok makin parah!
dalam banyak2.. virus batokla yang paling susah nak baik.. ni cik ecah tak jamin la bila boleh baik...
paling kurang pun sebulan dua..
paling lambat raya nanti tak tentu baik lagi huu
nasibla... sesak nafas faham2 la g klinik amik oksigen ye..
to all my family member.. sorry coz make u guys worried about me..
demam dh okay sikit..
ubat doktor memang tak jalan..traditional juga berkesan heh...
hari2 minum air nyor (kelapa) bg pulihkan balik selera makan n imunisasi badan sesikit..
bubur memang makanan harian wat masa ni
sakit gak la.. dah makan pastu kuar balik.. aptb +.+
awk kan kuat! bertahanla.. sikit je dugaan tuhan ni...
sem ni okay je sebenarnya..
akhir2 ni je sakit mungkin sebab cuace dan kekurangan air
dan tetibe terasa tekanan tu bila fikir keje, kuiz, ujian yang tak sesiap tu
+ final nak dekat huu
okay saya lupe pesan doktor suruh kawal tekanan!
dan sekarang saya tengah cuba kawalnya...
serius jantung cik ecah okay jer..
sakit dada datang bila batok tak dpt nak kawal..
tp secara keseluruhan saya okay...
dont worry my dear family.. n to my frenz too
thanx sebab selalu ade disisi n amik berat
cik ecah masih mampu kawal keadaan diri..
cik ecah kan kuat!
doa supaya virus ni cepat pergi main jauh2 dari badan cik ecah ni dan
dipermudahkan segala urusan sampaila jawab final untuk semester ni nanti ye
huhu tak sabarnya nak cuti semester!


loved!

Sabtu, Mei 31

Wordsless 68


345 : Akhirnya... Jadual final dikeluarkan!

Alhamdulillah...
26/5/2014-28/5/2014 - Economic's day yang dijalankan anjuran bersama  kawan2 dari kelab ekonomi UiTM Shah Alam berjalan dengan lancar..
tahniah AJK yg terlibat.. cik ecah sebagai ahli yang memenuhkan quota je sebenarnya hee
insyaALLAH kami akan buat kunjungan balas ke UiTM Puncak Alam pula nanti...
tu pun jika kawan2 dari belah sane sudi.. ahaks
3 weeks to go...
ye makin cepat je mase berlalu..
tapi assignment tak juga siap2... haiyoo
tekanan makin terasa sebenarnya
+ keadaan diri makin tak stabil dengan imunisasi badan yang sangat2lah dalam keadaan kritikal sekarang ni...
selsema + batok + demam... complete!
ya allah, sesungguhnya penyakit2 ini adalah penghapus dosa2 kecil...
harap diri masih boleh bertahan hingga ke penghabisan... huu
dalam duk tertaye bila jadual nak kuar...
sambil menungkan masa yang berlalu begitu saja...
kejap je diri dah nak ke penghabisan tahun kedua pengajian...
tangan ni gatal pegi tekan page examination kt student portal tu..
sekali kuar ::


terkejut kau! huhu
cik ecah kongsikan sekali jadual utk kawan2 seangkatan...
BM220, BM222 n BM230 (kos utama FBM yg terdapat kt Kelantan ni)
maaf bagi kengkawan kos lain -.-


  • BM 220




  • BM 222




  • BM 230



harapan agar jadual ni tak bertukar...huhu
gap dah cantik jer walaupun tak banyak pun paper yang ade final exam yang cik ecah amik sem ni..
rase rugi pulak bila fikir sem depan kene struggle lebih dan sem ni hanya final dengan 4 paper je... huhu


here is my final exam timetable for this sem :

26/6/2014 - ECO557 MACROECONOMY (1415-1715)
28/6/2014 - ECO539 MICROECONOMY (0900-1200)
07/07/2014 - ECO561 INTERNATIONAL ECONOMY (0900-1200)
11/07/2014 - ECO545 ECONOMETRICS (1445-1745)

hoho semua paper killer! 4 jam kedit!
hurmm since web buat masalah..
biasalah dia tau orang ramai nak masuk kan...
bawa banyak2 la bersabo ye kawan2 UiTM dihatiku...
okay
dah boleh mula study sesikit mane yang patut...
sambil2 study untuk quiz dan test yang bakal menyusul naik cuti gawai ni kan
no study weeks... just study day for this sem (>.<)
ALL THE BEST SEMUA
oh ye jangan lupe buat sufo alang2 tu sekali kn..
dan sape yang masih tak jumpe nak tengok kt mane...
silalah ke
WEB TIMETABLE FINAL EXAMINATION JUNE 2014

'BILA KAMU TAK TAHAN LELAHNYA BELAJAR
MAKA KAMU AKAN MENANGGUNG PERITNYA KEBODOHAN'
-Imam Syafie-

loved!

Isnin, Mei 26

344 : 4 weeks to go~

SalamunAlaih...
25/6/2014.. jangkaan tarikh peperangan untuk pelajar degree bg sesi mac-julai2014 bermula...
hehe bila jadual exam nak kuar ni??
bukan nye apa.. selagi tak kuar selagi tu la leka dan lalai.. + tak sedar diri..
hoho cik ecah sendiri tak tahulah apa yang busynya semester ni sampai rasa mase tu lambat sangat berlalu
padahal sebulan jer masa untuk semuanya berakhir untuk semester ni
apa la yang awak buat??
busy doing nothing pun ade juga rasanya..
ade 3 lagi assignment berkumpulan dan 1 assignment individu yang pending...
nasib baik dah siap shoot arab.. wohoo.. kurang la sikit beban...
ohh skrip kne btolkan pending -.-
apepun cik ecah amik kos melepas dari balik rumah cuti gawai kali ni...
bukan taknak balik.. serius nak balik.. tp ...
memandangkan due date untuk semua assignment yg pending ni sangatlah menyeramkan...
+ quiz dan test yang berderet setiap hari selepas naik cuti gawai nanti... sangatlah terbaik!
alahai.. its okay... nanti cuti sem duk umah diam2 selama 8 minggu tu okay..
hurmm.. tak sangka dah nak ke penhujung tahun kedua heh...
Ya tuhan permudahkan urusanku dan kawan2ku dalam menimba ilmuMU
kesihatan diri sikit terganggu akhir2 ni...
mungkin stress dan tak cukup rehat..
huu baru nak buat rekod tak pegi klinik @ spital sebagai pesakit semester ni..
tapi tewas juga since dah masuk 4-5 hari cik ecah selsema dan badan rasa panas...
nak taknak kne juga gagahkan diri untuk stabilkan balik imunisasi badan...
apepun.. rakan2 seperjuangan.. all the best..
tinggal 4 minggu jer lagi untuk kita bertempur di medan peperiksaan untuk semester ni...
dan cik ecah nak amik kesempatan wish
CONGRATULATIONS! 
to all my uitm frenz yang berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya...
makin mencabar cabaran yang bakal ditempuhi..
semoga dapat kerja setimpal dengan kelulusan..
kalau takde pun cekau je la ape2 pun pekerjaan yang datang daripada menganggur...
doakan saya juga ye?
loved!



Sabtu, Mei 3

343 : pengsan~

Sape yang cakap bila ade kenduri, dia tak penat tu maknenye dia tak wat pape...
setuju tak?? huhu
dari cuti sem bulan 2 hari tu ag dah mula sikit2 persiapan..
nasib baik la semua goodies dah siap di'pack'kan awal2 lagi...
25/4/2014 - 28/4/2014
huu rajinkan diri ag untuk pulang ke KL..
padahal baru seminggu kt KB setelah cuti mid sem heh...
huhu apa kesah.. demi insan tersayang... haha adik2 yang jauh2 ni semua balik tau!
majlis perkahwinan abang sepupu dan BFF tersayang..
boleh pulak clash hari yang sama kan..
maaf sebab cik ecah tak tolong banyak untuk persiapan yang terakhir tu 
lagi2 dalam mase seminggu tu kan...
apapun alhamdulillah majlis berjalan lancar...
touchdown Kajang pagi 25/4 tu terus ade kerja kne amik cik miera kat Shah Alam dengan cik niena..
ayahanda dan bonda? ade kerja menanti di rumah makcik...
amik kesempatan juga cari apa yang takde ag kat Shah Alam tu sampaila tengah hari...
petangnya pula ke rumah makcik la apa lagi...
rutin harian sepanjang minggu tu adalah ulang alik ke umah makcik yang kt balakong tu...
sampai ayahanda dan bonda siap amik cuti dari hari rabu lagi...
pengsan juga bila semuanya kne handle sendiri heh
pengalaman handle majlis sendiri kan abg emi ^.^
dari barang hantaran, khemah, makanan, goodies, tetamu.. err banyak juga kne fikir sebenarnya...
walaupun sesimple mana majlis tu dirancang.. banyak juga tenaga dan duit yang keluar...
hoho cik ecah yang tolong utk 2 hari terakhir majlis pun dah terasa nak pengsan dan demam...
orang lain lagilah.. sampai ayahanda cakap.. macam anak sendiri pulak yang kahwin..haha 
bonda pulak dah pesan awal2 'pastikan dalam akaun ada RM 50,000 ye' huu macam2..
malam tu rewang sikit pape yang patut tp sampai umah kul 2 pagi juga la kan..
huu nasib baik jugalah umah makcik ni tak terlibat dengan sesi catu catu air ni...
tu pun nasib baik umah cik ecah kne catu 2hari 2 hari...
kalau tak.. mahu naya.. buat kenduri mase air takde!

26/4/2014 - 11 pagi
Tahniah Abg Emi..
Selamat Menjalani Alam rumah tangga...
n welcome to our family kak Chura...

dalam jam 2 petang pulak terus buat majlis resepsi belah pompuan..
dan selesai amik gambar semua.. kami terus chow balik
nasib baikla umah dekat2.. leh lari2...
dan buat persiapan untuk belah kami pulak iaitu untuk majlis keesokkannya...
 apepun... cik ecah sempat juga singgah majlis nikah cik Ain..
kawan dari sekolah menengah...
nasib baik time nikah tak sama.. boleh la lari kejap..

 k.long, k.ngah dah langkah bendul tu... huhu
tak dapat juga kumpul adik beradik...
hee ingatkan sekejap je last2 terbabas juga masa sampai majlis berinai.. hish hish
apepun tahniah k.ngah, ucu doakan yang terbaik..
in sha allah

kemudian cik ecah pulang ke kajang jap... 
sesi mendobi pakaian dijalankan memandangkan air dah ada
sebelum ke rumah makcik semula untuk rewang 
sampailah siap bahan2 utk masak keesokan harinya..
kemudian pulang semula ke Kajang dalam jam 1a.m... tp..
tidonya dalam jam 3a.m.. sebab... 
tunggu sepupu kesayangan amik goodies yang tersimpan kt umah ni...
ingatkan sekali jalan jer.. rupenyer.. 
kne buat 2 trip hilux juga utk angkat semua goodies tu...
err

27/4/2014...majlis resepsi belah kami pula..
pepagi cik ecah adik beradik dah kene jadi runner pegi Sepang amik kuih...
taknak jauh pulak kan... haha ape boleh buat..
sempat juga singgah mydin beli pesanan kakak sepupu semalam...
nasib baik sempat...
sempat tak sempat.. kelam kabut juga sebab kne handle makanan utk meja tetamu belah pihak yang bertandang pulak kan..
+ meja makan pengantin..
hujan turun dengan lebat hr tu tp alhamdulillah sbb berhenti juga sebelom majlis berarak heh...
dan majlis habis petang tu terus settlekan barang utk kemas...
kemas puye kemas... habis penuh umah makcik dengan semua perkakas yang digunakan..
naik pening juga la bila nak susun dan kira balik stok yang digunakan
+ pinggan mangkuk yang pecah ag kan.. hurmm..
apapun.. alhamdulillah..
majlis berjalan dengan lancar... 
dan kami tinggalkan barang2 yang nak kne hantar balik kampung tu kepada pengantin heh uruskan huu
serius penat -.-
macam mana majlis sendiri nanti..
patutla bonda suruh siapkan duit sesiap...
+ abg sepupu pulak suruh tambah duit jd RM 100,000 
huhu kalau taknak penat n nak kerja senang 
mesti duit ag banyak kuar macam air. huu
balik umah siap2... esoknya pepagi pulang KB semula...

tak sempat langsung amik gambar pengantin guna fon...
tunggu gambar keluarga dari kamera man je la nanti...
jadi amik gambar sendiri la..
bila majlis saya??
in sha allah akan datang..
tengah siapkan diri la ni ^^.

p/s : to all my family, take a good care of yourself too! memasing tak dapat rehat yang cukup heh...  loved!

342 : MH370, PRK N25, Mid-sem break

SalamunAlaih...
banyaknya yang pending...amik masa utk update dikala kebosanan ni... hurmm
yes cik ecah tau cerita ni dah basi tp nak juga update...

MH370 - 8 mac 2014...
perasaan bila salah seorang penumpang itu adalah orang yang anda kenal??
serius memula cik ecah tak amik port atas apa yang berlaku sebenarnya..
bila dah sampai KB ni berita tu rasa macam lambat sikit sampai kt pengetahuan ni...
tambah2 ag mase tu baru jer daftar utk sem baru ni...
masa nak sesuai diri dengan jadual baru orang cakap..
dah la diri jenis yang tak tengok TV.. tgk pun berita kul 8 tu je
+ surat khabar memang rajin sangat belinya kan..
tapi bila dah selalu sangat orang cakap n taye apa berkembangan..
diri tertaye juga sebenarnya + housemate selalu update...
jadi.. nak tak nak cik ecah amik tahu la juga...tp...
bila cik ecah dapat tahu senarai penumpang dan anak kapal yang terlibat.. diri ni rasa semacam..
yes.. memang memula buat tak tahu jer n tolak segala kemungkinan mase tu... tp...
bila amik tahu berita ni pun kita dah rasa macam2..
lagila bila dapat tahu ada pula orang yang kita kenal dalam tu kan...
lagi la tak tahu apa nak cakap pasal perasaan mase tu..
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...
yang penting diri sendiri kne kuat... dan
sampai sekarang cik ecah masih berdoa masih ada keajaiban yang berlaku...

PRK N25 -23/4/2014
Kali kedua mengundi.. haha
tapi kali ni diri diterbangkan khas dr kelantan tau!
tak sampai sebulan masuk sem baru...
kne balik untuk jalankan tanggungjawab pada negara heh pada tempat tingggal..
mula2 memang tak mau balik tp bila fikirkan tanggungjawab.. hurmm that its...
amik juga la keputusan untuk pulang kan... apapun
tahniah kepada calon yang terpilih dan sila jalankan tanggungjawab anda pada negeri sebaiknya...
-banyak sangat isu kat selangor ni #heh


dan....
sampai sekarang dakwat kekal tu tak hilang ag... 
pakai inai satu jari -.-

14/42014 - 20/4/2014 - Mid-Sem break
Mase untuk dating dengan insan tersayang..hehe
habis jer kelas khamis-10/4- terus jer kemas2 balik..
naik keretapi pulak kan... huu pengalaman kedua kali ni naik kat wakaf baru pulak...
cadangnya nak menemankan kawan sorang ni kan.. 
tp... lepas jer dr tu.. cik ecah amik kptsn... memang tak nak dah naik keretapi.. huhu
motion sickness walaupun amik katil heh.. taubat taubat...
huhu touchdown je Kajang pagi tu... terus ade aktiviti...
memang btol2 cuti sebabnya satu assignment pun cik ecah tak bawa balik mase tu...
+ memang sah tak bukak langsung buku... sebabnya..
kalau dah semua manusia pulang kerumah + ayahanda dan bonda cuti...
its time for holidays!
aktiviti dipadatkan selama 6 hari...

hari pertama sampai kajang.. masa diisi kt Shah Alam jer...
amik cik miera petang tu terus pergi memborong 'madu' kt seksyen 22
sebabnya air madu cik ecah dah habis + beli sikit bekalan untuk jemput cik niena kt segamat pulak keesokan hari...

hari kedua : Kajang-Segamat-Gunung Ledang-Tengkera-Klebang-Seremban-Kajang
perjalanan ke selatan tanah air... disebabakan budak sorang tu cuti semester dah...
kene la amik die kat UiTM Segamat tu kan...sebelom pulang semula...
sempat juga singgah Hutan Lipur Gunung Ledang... 
ye ye setiap kali datang segamat ni.. segala kenangan yang ade mesti berputar kembali... sekejap jer mase tu berlalu heh.. dan dah alang2 ahli korum cukup hari tu...
ayahanda dan bonda ajak jalan2 kat Melaka .. yeah seharian suntuk duk jalan2 cari makan..

dapat jugala merasa dua makanan popular kt Melaka tu...
selalu pergi mesti tak jumpa dan bila dah jumpe mesti ramai orang...
dan kali tu... nak tak nak... nak juga turun dari kereta walaupun 
 manusia yang tengah tunggu tu beratur panjang sampai ke jalan raya!
 Kedai Mee Sup Tengkera tu betol2 terletak berdekatan dengan Masjid Tengkera dan 
Coconut Shake Klebang (link) tu... dia sebenarnyer kawasan rumah orang jer...
dan dia ade bukak stall dekat depan jalan masuk nak g umah tu utk sapa yang nak tapau... 
dan unexpected sebab memang ramai sangat orang
sampai ade RELA yg ditugaskan untuk menjaga

Hari ketiga : Kajang-KL-Nilai- Sepang- Kajang
kesihatan diri diduga pagi tu.. last2 amik keputusan untuk jalan2 area KL jer + jumpe nenda tersayang..
apapun dapat juga pegi pameran dekat Istana Negara lama...
huu bila masuk kawasan istana tu.. memori teringat kat Istana Sri Menanti heh...
last jejak kaki kat istana tu sebelum atokanda sakit.. mase tu sekolah menengah...
kalau tak mesti setiap hari raya kedua kami akan berkumpul ahli keluarga kat Sentul dulu sebelum ikut atokanda untuk pegi mengadap... huu
4kali ganda besar balairung seri... haha.. puas la main kejar2 kalau bebudak masuk dalam tu...
kalau la ade majlis.. memang puas juga la kaki duk tahan kebas kan... hee
kenangan kenangan

hari keempat : Kajang-Pahang-Putrajaya- Kajang
pepagi dh shoot pegi bukit tinggi heh... 
saja nak tengok apa yang menariknya.. tp.. cik ecah hampa...
sebabnya takde yang menarik selain tempat yang menarik untuk tangkap gamba jer heh...
ianya sesuai untuk orang yang nak g honeymoon bolehla rasanya..

nasib baikla balik hari

hari kelima : Teman Cik Ain hantar jemputan kat sekolah dan kawan2 lain...
huu makin ramai kawan2 yang menamatkan zaman bujang heh?
apapun dapatla mengimbau balik zaman2 nakal dulu...
 jumpe cikgu2 yang pernah mengajar... Pn Pauziah -biologi-, Pn.Afidah -Kimia-, Pn Azizah -fizik-
Ustzh Ayu, Ustzh Nor Haliza, Pn Rosnee, Pn Low, Mrs Kaur, Pn. Zamnah,  Pn.Salinah, Pn Rohana, En Azhar, En Khairuddin, En. Nazri.. huu rindu sekolah....
dah lama tak naik sampai atas. tercungap pulak rasa kan...
padahal kelas dulu kt tingkat atas sekali tu la.. huhu
'mural' yang kita buat dulu ade lagi!! 
i'm touch!

hari keenam - Kajang-Hulu Langat-Kajang
Amik masa jenguk kawasan kampung....dah lama tak masuk kampung rasa lain pulak... 
orang bandar masuk kampung... nyamuk asyik berkerumun je la jawapannya... huhu
sebenarnya ada kerja yang harus dibuat.. iaitu... memancing!
hee org bandar memancing ape ade kisah... asalkan umpan mengena okay!
dapat juga naikkan ikan lebih 10 ekor hari tu...

Hari ketujuh : amik keputusan pulang ke KB since kerja langsung tak berusik...
memang sah pun.. test menanti tak ingat dunia... assignment online yang lecterur hantar kat email pun tak bukak2... dan akhirnya... baki cuti yang tinggal 3 hari tu.. cik ecah dah ade kt KB dan siapkan apa yang patut.