........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Ahad, November 24

322 : bila nk sedar ni?

okay dah berminggu baru berupdate.. aptb~
hari ni saja nak tulis nota untuk kesedaran seorang PELAJAR!
cuti dah lama berlalu aisya oii..
bila dah kne 'brainwash' sekejap je pun jalannya...
tau masa tu makin suntuk dan makin mencemburui tapi masih juga tak sedarnya..
keputusan test puyalah teruk.. quiz lagila..
haiyoo macam mana nak maintain dapatkan apa yang diazamkan ni??
cakap senang sangat kan.. tp bila suruh buat??
keMALASan melampau tu tak dapat nak kawal!
buku tu dah dibuka pun tapi tak berbaca?
latihan pun makin malas nak buat..
cakap banyak lagi yang kne 'cover' tapi satu pun tak jalan..
keje asyik pending.. bilanya nak siap?? haa haa
heh bukan tak buat.. buat.. tapi kenapa tak buat dalam kuantiti yg banyak..?
awak tahu awk tu kne 3kali ganda dari org lain baru faham tp...
hurmm..
nak sangat kan amik risiko tukar kos..
jadi.. jangan nak macam2 pulak..
seminggu lagi bulan november akan melabuhkan tirai...
ni baru dugaan sikit dr tuhan..
ingat.. tuhan tu duga setakat apa yg kita mampu..
cuma malas dan rajinnya kita nak capai apa yg kita nak...
jadual peperiksaan yg first draft pun rasanya dah kuar dah...
tapi still tak sedar..
hari tu cakap boleh nak kejar kos ni..
berani amik risiko benti kerja semua untuk dapat yang lagi baik tapi...
kalau permulaan dah malas camni.. apa la nak jadi??
YES boleh jika insyaallah dan kerja tu diusahakan dan dilakukan secara berterusan..
setiap kos yg diambil pun ada kesukarannya bila tak study..
sebulan je lagi masa nak final exam...
dah suntuk sangat sebenarnya untuk sem ni...
tp asyik tido saja!
angan2 nak anugerah dekan setiap sem, nak pakai selempang bagai
tp... sendiri la fikir..
berubah konon..
kalau rasa nak sangat pisang berbuah 2 kali..
kalau rasa nak lingkup sangat dan
kecewakan semua org tersayang sem ni
silalah teruskan mimpi anda..
loved!

Jumaat, November 1

321 : cuti cuti cuti

1/11-2/11 (jumaat sabtu) cuti minggu
3/11 (ahad) deepavali
4/11 (isnin) cuti sempena final bola
5/11 (selase) awal muharam
6/11-7/11 (rabu-khamis) kelas, perbentangan
8/11-9/11 (jumaat-sabtu) cuti minggu
10/11 (ahad) TEST ent530 malam
11/11-12/11 (isnin-selase) cuti 'birthday' sultan kelantan
SalamunAlaih..
tu jadual awal bulan november cik ecah...
heaven tak rasa??
heaven kan?? tp..
saya stuck di kelantan dan tak dapat balik rumah dan jumpe insan tercinta...
sob sob sob...
rancangan awalnya nak balik 8-12 tu tp...
kelas entrepreneur semalam tetibe lecturer nak buat test hari ahad tu..
ye sangat la best..
memang tak la nak balik kalau sekejap je..
bontot tak panas ag dah balik semula... buat penat badan jer
+ makin nak sakitkan diri sendiri jer an..
kenapa tak balik minggu ni??
sebabnya cik ecah dah rancang dah awal2 ngn cik wani nak siapkan semua assignment minggu ni
dengan harapan semuanya siap dan bolehla balik dengan aman minggu depan..
tp... nampaknya rancangan terbantut la pulok kan...
+ ingat isnin tu tak cuti memula... last2 jadi cuti umum bg negeri kelantan la pulak..
so orang dah bg cuti.. amik je la... takkan nak tolak..kn?
+ bolehla siapkan pape yang patut...
ohh silalah isi mase yang ada sebaiknya
tp sebenarnya cik ecah tak suka sangat banyak cuti ni
sebabnya sah la nnti kene buat kelas ganti..
kenapa time kelas bertimbun tu juga kne gantinya..??
ouh diri tolongla kuat hadapi semua ini...
nasib baiklah bekalan ubat yg bertimbun tu cik ecah bawa semua...
klu tak.... nak tak nak mesti kne balik juga nnti kan...
harap nnti takde la pack sangat jadual kelas tambahannya...
dan diri ni dapat bertahan selagi mampu...
another 7-8 weeks to go...
please be nice to me november!
loved!

320 : Penderma Organ

A : Assalamualaikum, cik aisya, kami dah ada penderma dan cik ecah boleh daftar masuk secepat mungkin...
B : Maaf ye, penderma untuk apa?
A : penderma untuk jantung cik ecah.. dan sila datang ke IJN secepat mungkin..
B : ohh ye tp saya tak tahu lagi tarikh sebenar dan kata putus doktor bila saya kne buat checkup dan masuk IJN lagi...nama saya memang dah ada dalam senarai tapi masa dan waktunya belom ditentukan lagi... mungkin pihak IJN silap? saya takde pape maklumat pasal pembedahan tu + surat dan email pun saya tak dapat...
A : maaf ye cik.. bagi pihak kami semak semula... kalau ya macam mana ya?
B : takpe kalau macam tu berikan saja pada orang yang lebih memerlukan sebab saya rasa kondisi saya masih sihat dan saya masih buat aktiviti harian seperti biasa..
A : baiklah cik aisya.. maaf atas kesulitan...

terkejut dapat panggilan dari IJN hari selase lepas...
hurmm lets see..
cik ecah rasa cik ecah tak pernah kasi pun nombor fon cik ecah pada dorg...
selalunya cik ecah akan bagi nombor ayahanda mahupun rumah jer kalau bab2 kesihatan ni..
mcm mane dorang boleh ada nombor fon ni ea??
bgtau kt bonda dan ayahanda.. dorang cakap dorg silap
+ pihak IJN rindu tetibe nak call fon cik ecah hr tuh..
haha aptb la bonda ni..
hurmm mungkin ada cik ecah bg since cik ecah dah ditukarkan ke adult ni kn..
tp tak ingat bila masanya huhu tp why not..
okay la pihak IJN tau nombor awk cik ecah... takde masalah pun...apapun...
buat pengetahuan korg memang nama cik ecah dah ada dalam senarai pembedahan dari cik ecah umur 12 tahun ag..
tp sejak tu malah sebelum tu ada saja penemuan baru yang membuatkan doktor sendiri takut untuk melakukan pembedahan...
dan sejak tu kondisi cik ecah ni tak tau mcm mane nak digambarkan..
kalau sihat akan sihat alhamdulillah terus.. tanpa masalah nak buat apapun aktiviti...
dan kalau tiba sakitnya... ia perlukan masa yang agak lama untuk sihat...
walaupun setiap tahun or even sakit sikit je terus la g IJN kesayangan tu...
and now i'm 23.. hoho
kalau btol jantung tu memang sesuai dengan cik ecah
dekat 10-15 tahun juga tunggu masa utk jantung yg sesuai kan?? huhu
Terima kasih penderma organ yang baik hati..
cik ecah harap agar satu lagi nyawa dapat diselamatkan...
dan jantung tu sesuai dan dapat diterima badan oleh bakal penerimanya
alaa setiap keputusan yang dibuat ada risikonya...
apapun tak salah bagi kat orang yang lebih memerlukan since saya sihat
dan setahu cik ecah...
doktor takde la pulak cakap nak buat pembedahan tukar jantung pada medical checkup yg lepas...
kalau nak buat pemintasan untuk laluan darah dari jantung ke peparu tu adalah juga dia taya dan bagitau ayahanda... tu pun masih dalam perbincangan dan
doktor masih tengok balik fail2 lama...
since oksigen yg dipam oleh jantung cik ecah ni sikit
dan takdela dorang risau sangat pasal jantung belubang yang berlubang dalam jantung tu...
hurmm.. apapun.. saya harap saya kuat hadapi dugaan ni...
Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan saya ahli keluarga dan sahabat handai yang sentiasa mengambil berat akan diri ini... lindungilah mereka dan berilah mereka kesihatan yang baik dan rahmatilah mereka dalam apa jua yang mereka lakukan
loved!

319 : modul 7 , seminar ENT...

26/10... modul 7 sem 3...
seminggu berlalu baru nak berupdate pasal ni..
apepun... modul kali ni cik ecah ngn cik wani je yg terlibat..
pelik ke kami yg sem 3 ni amik modul ni??
sangat ler tak best tp kne jugak la pergi sebab nama dah naik..
geng2 lain semua tak tau la mana nama dorang hilang... huhu
klu tak pegi nnti kne juga pergi sem depan..
so baik tak payah wat keje 2 kali kne daftar modul ni kt HEP lagi sem depan..
modul kali ni pasal kenegaraan...
sangat patriotik dan nasionalism masuk modul kali ni...
semangat tu dh ada tapi bila time teori dan ceramah sangatlah minta maaf dari saya..
masa penceramah duk bagi ceramah cik ecah buat ape ea??
huhu cube teka??
ye.. tepat sekali.. begitu la caranya tiap kali ada ceramah...
saya akan pasang recoder dan tido! grr (bocor rahsia)
tp saya akan dengar balik bila perlu.. hoho
huhu cik ecah tak tau kenapa cik ecah tak suka sangat terutama bab bab sejarah ni..
hurmm walaupun dalam masa sehari suntuk utk ceramah dan LDK kali ni..
modul kali ni berjalan dengan lancar juga huhu
nasib baik la buat kt KB.. kalau la kt Machang, 
cik ecah rase selamat juga la semua kelas...
penat ya rabbi walaupun byk teori je rase.. hoho
tu pun balik terus pengsan dah... hish apepun tak boleh...
apepun time LDK dapat instruktor yg best.. + kawan yg happy go lucky..
so no problem with that dan xdela berjalan sampai malam macam dalam jadual...
huhu new friends come again.. salam ukhuwah korg..


28/10- Forum keusahawanan.. n karnival usahawan ipt..
untuk project paper entrepreneur kali ni kami kne handle seminar..
dalam duk busy kelas asyik batal last2 lecturer bgtau kami tak payah handle seminar tu
tp kne attent forum keusahawanan yg telah dibuat oleh pihak uitm kelantan..
so alhamdulillah ringan satu beban la kan.. + terus semua sekali sape yg amik paper ni wajib pegi seminar tu.. huhu
ingat senang nak handle.. + nasib baik kami tak buat pape pun lagi pasal project paper tu.
dan macam biasa la... seminar mesti ada kaitan dengan paper yg diambil tu la kan..
seminar kali ni dibuat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan huhu
mula2 sampai kt jabatan ni.. rasa kagum sebab negeri kelantan dah wujud juga auditorium sebegitu.. +  besar juga la auditorium tu macam kt Istana Budaya.. hoho


forum mengenai ''Keusahawanan dalam Menjana Transformasi Ekonomi Bumiputra''
dihadiri oleh 3 panel iaitu dari

dan dimoderator oleh PM. Dr.Asri Yusof..
kesimpulan dari seminar ni cik ecah dapat banyak maklumat pasal keusahawanan terutama mengenai polisi dan mcm mana nak jadi usahawan berjaya..
walaupun tak berminat pada asalnya tp bila dah dengar dan ikuti forum ni..
cik ecah rasa korang pun akan rasa nak jadi kaya dan usahawan berjaya macam dorang huhu
apepun byk kata2 semangat dan kata peransang yg cik ecah dapat dr forum ni dan antaranya...
waktu2 sukar tidak pernah berakhir, tp hanya yg tabah dan cekal yg mampu hadapinya
ilmu yg dapat tp tak amal tak guna.. + belajar bertindak!
kalau rasa tak sanggup nak susah jangan haraplah nak jadi usahawan + ilmu ilmu ilmu
macam mana hebat pun kita hormatlah setiap orang yang ada disekeliling... tanpa mereka kita bukan sesiapa
+
cadangan dari classmate cik ecah hari tu
cik ecah cuba menu baru 
iaitu...
'kerabu maggie'


not bad rasa dia...
cukup semua rasa dan
penangan pedas dia terbaik...
orang nogori boleh try ni...
(walaupun tak boleh nk lawan masakan nogori la) 
huhu kenapa sebelom ni cik ecah tak jumpe ea??
 dorg cakap kt wakaf cek yeh ade huhu
apepun nnti cik ecah nak cari la..
loved!