........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Ahad, Ogos 26

225 : Beringat-ingatlah...

teringat zaman amik SPM  5 tahun lepas
buku tak sentuh langsung..
latihan kurang.. tp peperiksaan sedang menanti.. huu
zaman kolej plak...
assignment berlambak2 perlu disiapkan...
quiz dan test menanti selepas cuti raya.. huu
cmne tu..
makan kuih raya sambil bace buku la jawabnya kan..
adik2....
raya2 juga tp buku jgn x sentuh langsung.. huu

GOODLUCK pada sape2 yg akan menduduki peperiksaan besar tahun ni...


MENJELANG PEPERIKSAAN

UPSR : 16 hari lagi
PMR : 44 hari lagi
SPM : 71 hari lagi
STAM : 51 hari lagi

jangan nnti menyesal dikemudian hari bila keputusan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sepertimana yang dikehendaki...

*cik ecah copy dr  PORTAL RASMI LEMBAGA PEPERIKSAAN

Wordsless 41


224 : Hari Raya kami...

1 Syawal... bermula solat raya diawal hari di Masjid Penjara Kajang kemudian kami ke Sentul...
berjumpa dengan sepupu sepapat semua.. dan seharian juga di rumah nenda baru kami bergerak beraya ke rumah sanak saudara yg lain.. tp tak sempat juga.. cuaca yg tak diduga.. hujan ditengah hari membantutkan perjalanan... apapun alhamdulillah sempat menziarahi makam atokanda, dinda dan pakcik tercinta..dan pada malamnya kami bergerak pulang utk bermalam di Hulu Langat pula...
2 Syawal... Pagi hari dipenuhi dengan aktiviti membalas dendam.. huu.. hujan lebat yg mencurah ke bumi membuatkan kami lena dibuai mimpi heh.. aiyoo... berganjak tengah hari baru kami bersiap utk menziarahi saudara mara yg berdekatan... dan kemudian ke... err.. ke kebun! ahaks..
utk mengutip hasil tanaman yang masih ada... aiyoo.. berhari raya di bawah hujan.. tp alhamdulillah dapat la juga seguni duku langsat dan seguni manggis utk diagihkan kepada keluarga yg lain... tp yg tak best nyer.. grr kene PACAT!! -.- ( x sempat ziarah makam nenda dan tokanda sbb hujan)
3 Syawal... permulaan hari bermula dengan berkunjung dan menziarahi makcik yg berada di balakong.. (mmg dh janji pun semalamnya) kemudian rutin setiap tahun kami akan menziarahi ahli keluarga yang berada di sekitar Petaling Jaya.. Shah Alam... kaum kerabat sebelah bonda...
4 Syawal...  baru berkesempatan utk menziarahi kaum kerabat sebelah ayahanda di Negeri Sembilan tapi tak sempat pun ke Melaka...dan.. pengalaman yang memberikan peringatan kepada kami sekeluarga utk lebih berhati2 melalui jalan lama yg berselekoh.. Ya Allah terima kasih kerana masih panjangkan umur kami sekeluarga... (kecut perut weyh bila kereta yg dipandu terbabas menghala ke jalan yg bertentangan.. subhanallah)
5 Syawal... ayahanda dan bonda sudah memulakan tugas semula dan kami adik beradik hanya berehat di rumah dan cik niena huu rajin2kan diri utk buka buku tu.. trial spm nak dekat dah...(kesakitan melanda diri dan x dpt kuar hangout ngn kawan2.. so sorry)
6 Syawal... bonda dh mula bertugas waktu pejabat sampailah akhir bulan ni.. ayahanda pula bertugas petang.. so kami adik beradik?? duk umah diam2 ya.. hee.. tp.. bila malam menjelma.. kelam kabut dibuatnya bila dapat tahu yang sepupu kami akan 'fly' ke tempat asal..huu bila lagi nak jumpenye ea?? yuu mmg kelam kabut la kn bila malam tu juga nak g jumpe dorg ni.. tp alhamdulillah sempat juga jumpa korang sebelum masing2 pulang meneruskan perjuangan (raya umah orang kul 12 malam! terbaik btol...KERANAMU punya pasal) kalau tak tak tahu la bila lagi jumpanya.. huu
7 Syawal... lagi dua hari jer baki cuti cik ecah ni.. hari ni cik ecah tggu di rumah saja.. cik miera dah g beraya dgn schoolmate die... huu.. kawan2 cik ecah bila kita nk konvoi raya ni?? sape2 yg nak datang tu mari jer la serang... insyaallah ada rezeki kita dapat jumpe...
dan secara keseluruhannya :
Alhamdulillah tahun ni masih lagi dapat melakukan aktiviti ziarah menziarahi sesama ahli keluarga yg lain di hari lebaran ini... semoga amalan ini dapat diteruskan ag... sesungguhnya keluargalah orang yang paling bermakna dalam hidup kita.
Sejak 4 tahun berlalu semuanya berubah...
kalau tak mesti setiap tahun kami sekeluarga akan pulang beraya di Hulu Langat dahulu baru ke Kuala Lumpur sebab keesokan di hari raya kedua kami sekeluarga akan ramai2 berkonvoi ke Negeri Sembilan pula utk majlis 'mengadap' dan seterusnya ke rumah saudara mara di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka..
kemudian baru la kami akan berkonvoi utk menziarahi keluarga sebelah bonda pula.. sobs.. apapun semuanya tinggal kenangan sejak nenda sebelah ayahanda sahaja yang masih memerlukan perhatian dari kami... 
AL-FATIHAH..






 SALAM LEBARAN 1433H dr kami ^^.
~MAAF ZAHIR BATIN~

** masih lagi dalam mood raya kn.. insyaallah kami akan pergi juga ke rumah ahli keluarga yg belom sempat dikunjungi lagi... love yeah **

Sabtu, Ogos 25

223 : Persiapan Raya saya ^^.

**rajin nk update..

Persiapan raya yg sederhana setiap tahun...
Macam biasa la.. 2-3 hari lagi nak raya baru kami sekeluarga bersengkang mata untuk membuat persiapan terakhir.. tp solat taraweh jgn dilupakan...
kali ni cik ecah pun kerja.. Raya jatuh pada hari ahad.. so jumaat kerja ag... ayahanda jer yg dh start cuti.. bonda?? kerja.. tp yg penting pada hari raya tu yg cuti! huu
baju raya?? semua dh siap sebenarnyer.. hee kan advance sgt...
mmg setiap tahun cik ecah sekeluarga akan tempah awal2.. dari tahun baru cina lepas ag kiteorg dh g hantar kain utk dibuat baju raya.. tQ maklong sbb setiap tahun jahitkan baju raya kiteorg... ^^.
tugas cik ecah tahun ni.. kemas meja komputer, hilangkan habuk2 yg degil kt perabot2 tu dan as usual la.. kene gosok baju raya semua orang.. huu tahun ni langsir semua tu kontrak utk adik2 cik ecah... so dorg yg wat.. wahaha..
(apasal semua malas gosok baju?? sbb kene gosok baju melayu ayah.. ohh.. bukan senang ker gosok baju ni??) err
2 hari sebelum raya, lepas solat taraweh terakhir pada tahun ni.. mase tu la nak cari apa2 yg patut...
hati, daging, limpa.. err ape ag ea?? huu ke Beranang la kita.. kali ni ayahanda bawa kami ke kandang ternakan lembu, kambing.. err.. punyala seram jalannya.. jalan kampung satu hala jer.. klu ada kenderaan lain kt depan mmg la xtau dah nak hala ke mana sbb jalan tu mmg muat2 untuk satu kereta jer... ingat silap masuk jalan.. rupa2nya betol sbb tempat yang dituju tu di penghujung jalan.. huu dan dapat la kami daging yang fresh terbaik dari ladang utk dibuat rendang ^^.
kemudian bonda ajak ke downtown jalan reko... ingat nak cari 'lampu garam' sbb tu je la pun yg utama.. last2.. amik kaw... sampai ke jam 2 pagi masih ag tersekat kat situ sbb... bukan downtown dah jadinya.. terus jd bazaar ramadhan ha.. penuh dan sesak dgn manusia sampai cik ecah dah tak pasan dah sape2.. huu hiruk pikuk.. lagu raya.. semua la.. last2 dpt benda lain.. hish2..
sampai umah dekat jam 3 pagi dah.. buat ape?? siap2kan barang2 nak buat rendang semua.. sambung balik kerja2 yg terbelengkalai tu.. then sahur.. dan akhirnya masing2 pengsan dibuai mimpi.. haha... dan
kalau dah tidurnya pun dah pagi.. bangunnnya..?? dah sampai tengah hari... hish..
tp belom kul 12 lagi la.. hurmm masak pape yg patut.. ohh.. ayahanda?? grr kne ditugaskan utk bantu kawan2 masak kat tempat kerja..
siap semua kerja dan ayahanda pun dah pulang dari kerja kami ke Kuala Lumpur utk berbuka bersama ahli keluarga yg lain... huu..
lepas berbuka... tengok tv.. sambil tggu makcik balik dr kerja dan tolong masak pape yg patut untuk juadah esok hari.. dan kami pulang semula ke kajang... huu dengan angan2 nak singgah ke jalan TAR la konon2 balik jam 12 malam tu tp.. ayahanda dah terus jalan pulang ke kajang... last2 singgah kt pekan kajang jer.. huih.. situasinya haruk juga macam jalan TAR.. nasib baik.. kalau x.. jam berapa pula la sampai umah kan.. badan pun dah letih.. grr.. (shoppink ag -.-)
dan siaplah segala kelengkapan raya cik ecah setelah semua baju2 raya siap digosok.. perghh 10 pasang tu..


kemas2...



dan akhirnya.. SIAP jua... ^^.



(bila nak tukar header baru ea.. ?? hurrmmm. tgh difikirkan )

Ahad, Ogos 19

222 : Salam Lebaran 1433H


Assalamualaikum...
Semua dh ada dikampung ker?
Sape yg tak balik kampung ag tu??
Tahun ni cik ecah raya di KL dulu.. so kaum kerabat ahli keluarga sebelah bonda.. esok baru kiteorg balik Langat ea.. heh malam ni... insyaallah...
Lepas tu baru kami bergerak ke rumah saudara yang ada di sekitar Negori , Melaka dan lain2 ya..
insyaallah kami sampai sane jika tiada aral..
Alhamdulillah.. sebulan sudah kita menjalani ibadah puasa...
Salam Lebaran kawan2 sekalian...
mohon maaf jika ada salah silap.. terkasar bahasa.. tersinggung hati dan perasaan.. perbuatan yg menyakitkan.. janji yg tak ditepati dan apa2 yg terabai... terumpat dan terkata sane sini...
maaf zahir dan batin ya..
Ya allah byknya dan sesungguhnya kita semua melakukan dosa... Harap dapat dimaafi segalanya dan
semoga syawal kali ni bermulanya corak kehidupan kita yang baru..insyaallah..
Pagi raya dah update blog...haha.. ambil jer ruang yg ada.. nnti xde plak masa..
huu sambil dengar khutbah raya dari televisyen -.- sedeyhnya tggl umah sorg xdpt join pegi masjid utk solat sunat...dan.. sunat kita mendengar khutbah...
(kenapa Malaysia ni xde tempat khas utk wanita yg uzur utk sama2 sekali dengar khutbah raya?)
kalau cik ecah ikut sah tinggl dalam kete.. so lebih baik duk umah dan dengar dr televisyen jer.. ^^.
Alhamdulillah tahun ni ayahanda dan bonda dapat cuti utk raya tahun ni.. drpd tahun lepas... dua2 kene bertugas..
ada kawan2 yg kne bertugas ker utk syawal kali ni??
tabah ya.. sesungguhnya mulia tugasan korang tu.. jalankan dengan penuh tanggungjawab..
(ala.. korang makan jugak kan lemang ketupat rendang semua kan ^^. so xdela sedeyh sgt just kne berkorban masa sbb xleh beraya dgn keluarga di pagi hari)
kawan2 yg ada di perantauan.. salam lebaran utk kalian jua.. semoga kita senantiasa di bawah lindungannya...amiinn...
Kawan2 jemput datang umah ya ^^.

*sayunya doa yg dibaca di masjid negara ni sobs2...*

221 : Dosa .. Pahala..

assalamualaikum...
sambungan dari entry sebelom ni.. cik ecah ada bgtaukn ada ag tazkirahnya... grr
(bgs btol lepas seminggu baru dapat update.. maaf sgt.. sgtlah sibuk mengalah org2 besar) huu
hari ni hari terakhir ramadhan thn ni.. ya allah.. cepatnya mase berlalu...
adakah ag ramadhan untuk ku??
tajuk entry kali ni macam takut jer kn...
dosa tu ape??
Hadis daripada Al-Nawwas bin Sam'aan al-Ansari R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Dosa adalah apa yang menimbulkan keresahan di jiwamu dan kamu benci ia dilihat manusia."
 (Riwayat Muslim)
 pahala tu ape??
pahala tu apa2 saja kita wat kebaikan... 'pahala'lah balasannya...
apa pula kaitannya dengan bulan ramadhan dan syawal ni..??
sinonimnya bulan ramadhan adalah bulan mencuci semua dosa2.. bulan beribadah bg semua umat islam.. bulan yg penuh barakah tp bila tiba dan masuknya bulan syawal.. kemana semua amal ibadah yang telah dibuat??
semoga apa yg dilakukan dalam bulan ramadhan itu diteruskan jua di bulan2 yg seterusnya...
Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa yang berniat untuk melakukan suatu kebaikan namun dia tidak melakukannya, ditulis juga untuknya satu kebaikan. Sesiapa yang berniat melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, dituliskan untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus gandaan. Sebaliknya sesiapa yang berniat melakukan kejahatan namun dia tidak melakukannya, tidak akan ditulis sebarang kejahatan untuknya, jika dia melakukannya barulah ditulis (satu kejahatan untuknya)". (Riwayat Muslim)
Semoga amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan kali ni memberikan kita seribu satu makna dan kita berubah jadi yang lebih baik... insyaallah... Syawal menjelma seperti kita baru saja terlepas dari dosa2.. jadi marilah kita corak semula apa yg terbaik.. insyaallah...
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa kecil) kamu dan Kami akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)". (An-Nisa' : 31)
Amalan Sunat di Aidilfitri :
1. Menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti takbir, zikir, solat sunat tahajjud dan membaca al-Quran
2. Mandi sunat pagi hari raya
3. Memakai pakaian terbaik yang ada. Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran
4. Memakai wangi wangian
5. Menjamah makanan sebelum solat Aidilfitri (sekurang2nya menjamah satu biji buah tamar)
6. Pergi awal ke masjid sebaik-baiknya dengan berjalan kaki .
7.Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
8. Budaya ziarah dan merapatkan silaturahim sesama Muslim
9.Bermaafan dengan ibubapa, keluarga serta rakan-rakan.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 

siapa kita utk menilai seseorang tu?? *muhasabah diri*

p/s : Salam lebaran kawan2... MAAF ZAHIR BATIN.. ^^.

Ahad, Ogos 12

220 : Qiamullai...


Malam2 10 terakhir ramadhan ni kita digalakkan memperbanyakkan amalan2 sunat dan 'berdating' dengan yg maha esa sepuas-puas nya... alhamdulillah cik ecah dapat mengikuti Qiamullai yg diadakan di Masjid Penjara Kajang  oleh Ustaz Solehuddin Bin Mohammad tahun ni.. Ya Allah.. lamanya tak join Qiamullai seperti ini... (insaf2)
4 tahun merantau sebagai seorang pelajar.. bersyukur sangat tahun ni cik ecah dapat join.. kalau x.. mesti tengah dating ngn buku dan lepak ngn kawan2 je keje... err.. astarghfirullah -.-
pengisian seperti biasa la kalau wat qiamullai ni.. solat tahajjut, taubat, hajat, tazkirah dan solat subuh... kalau wat sorg2 lagi afdal rasanya sbb kita rasa kita tengah dating berdua jer dengan tuhan... ngadu dan minta apa2 darinya ^^.
okay, sekadar perkongsian bersama apa yg cik ecah dapat dari tazkirah subuh pagi tadi...

syurga ada 13 tp berapakah pintu neraka? siapakah penghuni neraka kelak?

1. Neraka Jahanam
 Tempat orang-orang kafir (Al Ankabut 68), 
 Orang-orang durhaka (Maryam 86)
 Bahan bakar emas dan perak

2. Neraka Lazhaa
Al Qur’an Surat Al Maarij 15-16
Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mau bersedekah, membayar zakat, atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij.

”Sekali-kali tidak dapat, Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak, yang mengelupas kulit kepala”

3. Neraka Huthamah
Al Qur’an Surat Al Humazah 5-7 
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atauplatina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta

”dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati”

4. Neraka Sa’iir
An Nisaa 10,
Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim.

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka Sya’iir).

5. Neraka Saqar
Al Mudatsir 42-43. 
Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak Termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat”

6. Jahim
At Takaatsur 6. 
Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karena syirik berarti menganggap bahwa adamakhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah.

Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim

7. Hawiyah
Al Qari’ah 8
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslimlaki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakaisutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya.

(dan Adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. tahukah kamu Apakah neraka Hawiyah itu? (yaitu) api yang sangat panas).

"Janganlah kamu memadamkan amalan kamu sendiri setelah berakhirnya ramadhan..."

Semoga kita tak tergolong la ye dari menjadi salah sorang ahli neraka ni.. nauzubillah..okayla.. ada lagi sebenarnyer.. tp nnti cik ecah sambung k.. cukuplah 3 post pagi ni.. ada kerja yang perlu diselesaikan..

p/s : kawan2 yg ada di sekitar kajang.. masjid kajang buat Qiamullai ni hari2 sejak 21 ramadhan sampai la syawal nnti... sapa yg nak join tu.. rajin2kn je diri tu ^^.

219 : puan?

    Jumaat lepas cik ecah terpaksa juga amik cuti untuk settlekan semua masalah yang membelengu diri..
    ceh ayat~
    dan alhamdulillah settle juga semuanya... KWSP, PPD, MPKj dan CELCOM.. tp satu yg cik ecah pelik sbb mase tgh tggu2 giliran kat CELCOM centre org tu pggl cik ecah dengan panggilan puan? heh silap... kt KWSP...hurmm layan kan je la kn...
    :: kawan2 kolej + kawan2 yg ada no celcom sya... sila pm sya no anda semula ya... ingatkan fon yang rosak rupa2nya sim card yg bermasalah... maaf ~
    okay rentetan dari post cik ecah kat facebook hari jumaat lepas.. rupa2nya ada maksud ... dan jgn salah tafsir sesuatu panggilan tu...

     · 

    218 : alhamdulillah...

    assalamualaikum dan salam sejahtera stalker ^^.
    selamat pagi selamat berhujung minggu..
    maaf lama cik ecah tak update walaupun 'words'.. sampai ada org taye
    'bila nk update blog'.. hurmm.. ni cik ecah update byk2 jgn x bace plak ea..
    (ada juga pembace blog ni rupenyer.. tQ!)
    alhamdulillah hari ni cik ecah berkesempatan menaip dan berkongsi sesuatu dengan kawan2 sekalian.. 
    hee sbnrnyer mata ni mengantok tp xleh nk lena plak.. huu jap lagi la tdo kejap..
    byk yg hendak dikongsikan sbnrnyer... tp.. terbace ker nnti?? xpelah.. korg amik la masa utk bace...
    entry yg ni cik ecah rangkul semua la yer apa yg terjadi sepanjang 2 mggu ni...
    • alhamdulillah dah masuk hari yg ke 23 ramadhan... waa.. kejap jer masa berlalu... dah nk masuk syawal dh rupenyer..semoga semuanya dipermudahkannya... para kaum adam.. ada yg tinggal pose ker?? huu harap xde la yer...
    • alhamdulillah juga sebab segala urusan cik ecah dipermudahkan... hee dalam2 dilema tp apa yg hendak dilakukan tu berjalan juga.. harap keputusan utk berhenti di syarikat sekarang ni adalah satu keputusan yg bijak... (jgn menyesal kemudian hari) insyaallah tak... setiap yg berlaku sudah tertulis bg setiap umatnya... waa.. sebenarnyer rase sedih plak bila kenangkan kawan kerja yg boleh sekepala la juga... tp nak wat cmne... insyaallah ada ganjarannya nnti..
    • huu.. cik ecah nk ucap salam Nuzul Qur'an juga walaupun dah lama berlalu... alhamdulillah jumpe lagi kita pada hari yg penuh bersejarah dalam bulan ramadhan ni... tp macam biasa la.. cik ecah tak cuti pun hari tu.. huu jeles la juga tgk sape yg cuti tu kn.. nasib baik dah biasa duk KL kn.. pada hari Nuzul Quran tu malas nyer la ai nk bgn g keje sebabnya.. cik ecah sorg yg bangun pagi.. orang lain dalam umah ni sedap je diulit mimpi indah... sobs2x~
    "Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
    Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq."
    • Berkaitan cerita 'Dejavu di Kinabalu' hurmm.. sbnrnyer cik ecah tak layan sangat cite ni.. yela sbb mase tu la sibuk nk siapkan juadah berbuka,, mase tu la nk bersihkan diri setelah balik dari kerja.. semua la kn... tp... keseluruhan cerita tu... cik ecah terkesan juga sbnrnyer.. cerita yg berkisarkan kepada penderma organ.. huu.. almaklumla cik ecah pun tergolong dalam orang2 yg memerlukan penderma seperti Nadhirah tu... tp cik ecah harap xdelah dilema macam Nadhirah nnti... bg cik ecah.. semua watak yg dimainkan dalam cerita tu mmg best la.. semua pandai main watak dan yg paling cik ecah terkesan adalah watak sahabat dan watak si Bazli tu.. tp ending yg bagi kesan yg sgt tragis bila Nadhirah dgn Amar la.. susah nak dapat kawan yg sgt2 memahami keadaan diri kita ni mcm mane watak yg dimainkan oleh kawan serumah Nadhirah tu.. hurmm.. cik ecah pun x jumpe ag kwn yg mcm tu (jujur) sanggup susah senang bersama... dan sifat Bazli tu mmg cik ecah kagum samaada ending cite tu Nadhirah sama ngn die mahupun sama dengan Amar... (tgk dua2 ea)... 
    • OLIMPIK LONDON 2012... hurmm jujur juga cik ecah tak ikuti sgt tp cik ecah mmg updated juga la pasal ni sbb acara sukan adalah salah satu minat cik ecah... hurmm.. wira2 negara yg beraksi masa OLIMPIK kali ni... tahniah walaupun korg tak bawa blk pape pingat sbb anda adalah antara yg terbaik dan wira negara... kalau tiada mereka2 ni mmg tak akan ada langsung la nama 'MALAYSIA' kt temasya tu kn.. dan khas kepada Dato' Lee Chong Wei.. waa.. cik ecah kagum dengan semangat die... u have done the best n ur the best for us la... tak perlu minta maaf sbb cik ecah rase rakyat Malaysia faham kut situasi anda... walaupun kecewa juga sbb harapan x capai tp semangat yg ditunjukkan tu mmg xde harga la... lebih mahal dari pingat emas yg Lin Dan tu dapat kot... so GOODLUCK in future and we will always support u...
    • haish Malaysia.. ni rentetan dari kejayaan pemain badmintaon negara kita la kn... sape yg tak tahu tu?? cik ecah yg blur2 ni pun tahu dan kne jugala tempiasnya...aiyoo.. 8/8/2012... BASKIN ROBBIN... waa.. nape la anda wat pada bulan ramadhan.. huu cik ecah bukan nk cakap ape la kan... masyaallah sesaknye la jalan masa hari tu... tak pernah2 cik ecah nk hantar cik niena g tuisyen malam tu... dari simpang kuar sg.jelok ni dh kne tempias sesaknya jalan... ha.. ape kes?? rupa2nya penangan aiskrem percuma tu la.. hoo  nasib baik sempat kejar taraweh malam tu... sob2x.. apela... tp alhamdulillah jemaah masih ramai juga malam tu dan org yg beratur tggu giliran utk aiskrem tu pun ramai... woo panjangnyer barisan cik ecah tengok..