........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Khamis, Ogos 15

305 : seminggu je lagi??

tiba masa pulang semula ke shah alam untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar..
punyalah malas tahap maxima untuk berkemas...
dan dalam hati ada juga terdetik rasa menyesal heh..
sebabnya.. kenapalah amik keputusan untuk buat short sem ni.. 
kalau tak mesti masih bersenang lenang di rumah bercuti kan.. huu
apapun... kuatkan semangat.. dan berfikiran positif heh?
mesti ada hikmahnya...
dalam sedar tak sedar.. 
baru perasan yang masih ada masa seminggu je lagi masa untuk sem pendek ni habis...
ya allah.. sangatla bersenang lenang cuti sampai tak ingat yang kamu tu nak final dah untuk sem ni..
kejap je masa kan..
masih ada satu lagi test dan kamu ade masa kurang 10 hari untuk khatamkan kesemua 7 topik!
+ jadual final pun dah keluar dan paper cik ecah kene pada 27/8 ni.. hoho
nasib baik kali ni amik satu paper jer..
harap dipermudahkan segala urusan...
buat kawan2 seangkatan juga tak kira la korang amik sem ni kat mane pun
ALL THE BEST!
loved!

304 : syawal 1434H

alhamdulillah diberikan ag kesempatan untuk melengkapkan ramadhan
dan merayakan syawal bersama insan tersayang...
masih tak terlambat kan cik ecah nak mengucapkan salam aidilfitri..
maaf zahir dan batin buat stalker sekalian..
tahun ni giliran ayahanda bertugas
tp kami masih lagi berkesempatan menyambut syawal bersama ahli keluarga semua..
ayahanda amik kerja malam raya tu dan kesempatan tu juga bonda ajak pulang ke langat walaupun perancangannya tahun ni raya belah ayahanda dulu..
sebabnya kesihatan nenda yang kurang baik kerana jatuh seminggu sebelom syawal -.-
dah menjadi rutin sebenarnya setiap malam raya selepas siap masak semua dan selesaikan pape yang patut kat umah tu kami akan berada di langat dulu walaupun rumah nenda dan atokanda dah lama suyi tidak berpenghuni...
namun setiap tahun rumah itu akan dipastikan ada penghuni setiap kali tibanya perayaan terutama di bulan syawal..
kadang2 gilir2 balik tido sane semalam masa raya pertama dan kedua...
dapat berkumpul bersama keluarga belah bonda walaupun tak semua balik tahun ni..
keesokannya, seperti biasa kami akan melaksanakan solat aidilfitri di masjid berdekatan dan seterusnya menggagahkan diri mendaki bukit untuk ke pusara nenda dan atokanda..
namun kali ni, kami tak berkesempatan beraya ke rumah sanak saudara di langat kerana ayahanda dah tunggu di rumah untuk ke sepang sebabnya nenda ada di rumah makcik di sana...
perjalanan dari langat ke kajang yang agak lancar..
terfikir ramai juga penduduk langat ni kan yang tak keluar huuhuu
sesampai di kajang dalam jam 12 tgh hr...
meneruskan rutin bermaafan bersama ayahanda,bonda dan dinda tersayang...
dan seterusnya sesi fotografi buat seketika...
menyelesaikan pape yang patut dan kemudian baru gerak ke sepang...
ingatkan kami orang terakhir yang sampai.. rupa2nya..
ada lagi yang masih dalam perjalanan.. sebabnya mereka semua stuck jalan sesak heh?
jadi kami lepak la situ sampai semuanya ada... hoho
tanpa diduga.. tahun ni semua adik beradik ayahanda ada sekali..
cuma keluarga pakngah yang tak join.. dan keluarga adik sepupu sorang.. huu
lepas asar... kami gerak ke nogori pula...
pulang ke kampung yang memberikan 1001 kenangan...
di sana, nekteh sekeluarga menunggu dan
air mata syawal semua orang tumpas jua apabila nekteh membuat permintaan untuk adakan majlis tahlil dan doa selamat yang ringkas..
ya masa tu la ahli keluarga semua berhimpun dan
sedekahkan al-fatihah kepada baginda..arwah2.. para guru.. keturunan warigh haji ali yg masih ada serta para sahabat dan orang sekeliling yang sentiasa ada bersama kita... dan tak lupa para pejuang islam di seluruh dunia...
walaupun sekejap saja masa yang diluangkan...
cik ecah tersentuh pabila nekteh memberikan nasihat dan
menceritakan semua salah silah keluarga supaya kami sepupu sepapat semua tahu asal keturunan...
kemudiannya sebelom maghrib kami pulang dan rumah seterusnya diserang adalah rumah kajang!
sebelom mereka berpecah pulang semula ke KL..
nasib baik dah buatkan air sesiap.. dan dah agak dah pun yang rumah pasti kene serang... alhamdulillah dapat tunaikan juga permintaan dorang nak satay kajang walaupun kuantiti yang dapat dibekalkan rasa tak cukup je heh..
huu.. x sempat nak bakar banyak... maaf yo.. lenkali nak serang bagitau heh huuhuu
keesokannya, raya kedua ayahanda ditugaskan kerja pagi dan petang tu baru kami gerak ke rumah saudara heh...
tapi sebelum ke mana2.. singgah dulu di pusara atokanda, paklong n dinda sebelah ayahanda pula..
huu rancangan awal nak terus ke klang.. tp masa tak mengizinkan sebabnya ayahanda pulang dari kerja agak lewat hari tu...
jadinya lepas je serang rumah sentul dan rumah nekwe kt KL..
kami ke rumah pakngah sebelah bonda...
raya ketiga tidak kemana2 dengan harapan dapat merehatkan diri la kan..
penat woo berturut pulang ke rumah waktu malam...
+ berikan masa untuk cik niena kemas pape yang patut...
tp malam tu kuar jugak ke rumah makcik di balakong hoho
sebabnya raya keempat, cik niena dah pulang semula ke segamat huu sob sob..
perjalanan raya ke empat kami singgah di penjara sg.udang melaka dulu sebelom ke segamat..
menziarahi keluarga kawan ayahanda.. haha ayah nak tgk anak angkat dia..
rindu kut.. tp alhamdulillah sampai juga kami ke situ heh..
dan hari tu kami sampai di kajang jam 12 malam juga.. >.<
dan hari2 seterusnya.. kembali seperti biasa kerana bonda pun dah mula kerja semula 5 syawal tu..

lets picture talks about it yeah...

6 pasang baju siap di'iron' heehuu
tema tahun ni.. corak sama tp warna lain lain heh kecuali lelaki huu

langat : gamba selepas solat raya sebelom ke pusara nenda dan atokanda

family sebelah ayahanda...
really have a great time with all cousins that day..
bertaya kaba semua.. dan
alhamdulillah nenda dah boleh bertatih sedikit dan sembuh seperti sedia kala
walaupun nenda masih lagi tak ingat sepenuhnya ^^.

ponoh umah den kono sorang dgn keluarga sobolah ayahanda
(thanx adik sepupu untuk 2 gambar keluarga ni)

gelagat adik sepupu paling kecik

gila gila.. haha ayahanda ngn bonda pun turut serta

dan akhir sekali gambar rasmi dari kami..
salam aidilfitri dari Abd Muttalib sekeluarga..
maaf zahir dan batin..
maaf juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai sekiranya kita tak dapat bertemu dan bersemuka di syawal kali ini
insyaALLAH akan bertemu jua kita dengan izinNYA 
loved!

303 : diari Ramadhan 1434H

alhamdulillah dapat juga menghabiskan ramadhan pada tahun ni...
awal ramadhan kali ni berpeluang berpuasa di tempat orang..
yee pertama kali 1 ramadhan berjauhan dengan keluarga..
kalau tak.. malam sblm ramadhan tu mesti dan wajib tercongok dah dekat umah...
nasib baik ada kawan2 yang menemani... jadi tak rasa sangat la kan..
disebabkan ada final exam mase tu juga la kuatkan diri juga berjauhan dengan keluarga heh

alhamdulillah pada 24 ramadhan 1434H dapat juga penuhkan quota ahli n sama2 beriftar dgn ahli keluarga tercinta..
namun, hari yg sama dapat berita sedih mengenai seseorang yang terlibat dalam kemalangan dan koma di hospital..
"ya allah sembuhkanlah dia dan kuatkanlah dia hadapi musibahmu.."

 dua minggu sebelum... 11 ramadhan 1434H..
dapat juga iftar dengan housemate pandan jaya..
rancangan last minit juga yang terbaik sebabnya dapat juga kuar outing dengan cik ana dan cik deeya.. bila agaknya kita dapat berkumpul balik 6 org + pn.yana dan arly kembali ye?

seminggu sebelum pula.. 19 ramadhan 1434H..
dapat iftar sama nenda tercinta selepas 6 bulan tak jejak umah nenda..
rindu?? ye saya rindu keluarga saya sangat.. dan
alhamdulillah perkembangan kesihatan nenda nampak baik
namun diri ini pula diduga dengan kesakitan selama 2minggu

25 ramadhan 1434H..
alhamdulillah berkesempatan akhirnya reunite semula dengan kawan2 sek rendah...
walaupun tak ramai mana yang hadir tp insyaallah akan diadakan iftar ni setiap tahun dan
kekalkan persahabatan yang terjalin sejak tahun 1997 lagi..
dengan harapan akan bertambahlah ahlinya dari masa ke semasa...


3 hr sebelum syawal...
diri diduga supaya bersikap lebih 'garang', tegas dan berani...
pengalaman kete kene 'cium' buat kali kedua tp kali ni moto tu yang langgar heh
buat cik ecah beringat supaya apapun yang berlaku..
beranikan diri keluar dari kete dan bersemuka dan jangan ingat ianya mudah semudah mempelajari ABC n 123 heh..
dan bertindak seperti tiada apa2 yang berlaku..
last2nya kne juga keluarkan duit sebab tak pasan nombo plate kete dah hancur kene langgar! grr
maaf myvi kesayangan.. awak memang tahan lasak -.-

302 : tuhan bagi 'cash' terus

tido lambat mengundang diri esoknya untuk bangun lambat juga la kan..
bagus la tu.. pastu nak g kelas tak sempat nak sarapan..
makan ubat dengan air kosong jer...
dah la perut kosong time tu..
memang cari bala la aisya oii..
selalu makan ubat dengan air susu kan..
sampai tengah hari plak terus makan makanan berat..
haih.. tak beringat pulak pagi tu tak minum susu..
kan lepas makan tu dah cari tandas!!
sebabnya perut dah masuk angin..
dan segala yang makan tadi keluar semuanya.. grr..
klu tu jer takpe ni tak..
kesakitan terasa sampai tak leh nak buat apa2.. tu yang bala..
nasib baik tak pengsan terus kat situ..
terima kasih kawan2 yg membantu..
sangat malu dengan korang haih..
tetiba sakit datang dan korang tengok muka ni pucat lesu...
last2nya.. menyusahkan korang kne hantar sampai bilik..
mam ubat then tdo...
dan dengan selamatnya kelas petang 'burn'... grr
kan dah rugi aisyaa oii..
balasan tak makan ubat pagi tu dgn air susu jer...
padahal air kotak tu ade jer kt rak.. -.-

*peringatan untuk diri sendiri

Rabu, Ogos 7

301 : Alhamdulillah... Econs Sem 2 Done!


SalamunAlaih...
baru berkesempatan mengupdate..
3/8 - alhamdulillah... keputusan final sem 2 dah keluar...
tahniah kepada kawan2 yang berjaya capai apa yang di target....
yang tak berjaya capai target macam cik ecah ni.. ada masa lagi untuk kita perbaiki..
insyaallah ada hikmahnya ea...
sem 2 yang banyak menguji nilai persahabatan...
apapun alhamdulillah berjaya menaikkan pointer yang sedia ada..
salah sendiri juga sebab kurang buat latihan dan study last minit..
lagi2 tu la punca utamanya heh hoho
cabaran sekarang adalah mengekalkan dan menaikkan lagi pointer..
target untuk degree ni harus dicapai...
insyaallah dengan harapan kekalkan semangat n jangan berputus asa...
sebenarnya takde mood nk cek result hari tu tp digagahkan juga diri ini..
dan alhamdulillah.. cik ecah dapat keputusan setimpal apa yang cik ecah usahakan..
 terima kasih lecturer dan kawan2 yg selalu berada disisi..
kawan2 seangkatan... semoga kita akan dapat bertahan hingga penghujungnya
+ semakin sukar halangan yang bakal kita tempuhi masa akan datang..
kenangan tercipta lagi semester ni kerana cik ecah bakal meninggalkan kampus machang dan akan berpindah ke kampus kota bharu..
ye dalam tak sedar perasaan rindu pasti wujud..
walaupun pada permulaannya memang tak suka langsung bila mengetahui akan dicampakkan ke sini...

kenangan program ceramah (professional grooming talks)
dengan Dr. Kamal Kenny utk paper mgt538

kenangan community service wakaf ilmu untuk penduduk
Kg.Padang Changkat,Kuala Kangsar, Perak
dengan keluarga mgt538 juga..
ya di sini baru dapat menilai erti persahabatan, kerjasama, komitmen dan 
nilai kekeluargaan sesama ahli kelas walaupun semuanya dari jurusan yang berlainan 

berkelah dengan housemate di hutan lipur jeram linang pasir puteh

dinner with housemate dekat Erup Sup Machang
sebelom Nisa jatuh sakit.. will miss u guys -.-
insyaALLAH jumpe d KB nnti

kenangan memandu pulang dari kelantan ke seremban..
menunaikan permintaan org utk bawa balik kereta roomate yg ditimpa musibah di awal semester

 keindahan dan keagungan ciptaan tuhan dipulau perhentian...
mabuk laut mmg TAK dpt nk dipisahkan grr
+
semua kenangan yg tercipta di UiTM kampus machang untuk 2 semester berada di sini...
kenangan yg pasti dalam ingatan..
permulaan kehidupan berjauhan dengan keluarga..
persahabatan yang terjalin.. 
insyaAllah akan diteruskan di kampus Kota Bharu pula..

dalam duk risau takut dengan keputusan sem 2..
tak terfikir pun yg keputusan tu akan kuar sekali...
pye la pelik masa nk cek inbox email knp ada 2 email yg masuk hr tu
rupa2nya keluar sekali keputusan untuk ujian SPA yg cik ecah amik awal bulan 7 yg lepas...
hoho terima dengan hati terbuka bila jawatan tu bukan rezeki cik ecah lagi..
apapun cik ecah dpt pengalaman yg sgt berharga utk merebut jawatan tu..
so.. kita teruskan sahaja apa yang dibuat sekarang kan..
insyaALLAH akan ada rezeki di kemudian hari

*ya allah sembuhkanlah dia seadanya.. berikanlah dia kekuatan dalam menempuh segala dugaan dan musibahmu... hambamu tidak sanggup tengok dia terus terbaring lesu di pembaringan itu.. sesungguhnya dia adalah seorang kawan dan sahabat yang terbaik kepada kawan2nya...