........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Khamis, Ogos 15

304 : syawal 1434H

alhamdulillah diberikan ag kesempatan untuk melengkapkan ramadhan
dan merayakan syawal bersama insan tersayang...
masih tak terlambat kan cik ecah nak mengucapkan salam aidilfitri..
maaf zahir dan batin buat stalker sekalian..
tahun ni giliran ayahanda bertugas
tp kami masih lagi berkesempatan menyambut syawal bersama ahli keluarga semua..
ayahanda amik kerja malam raya tu dan kesempatan tu juga bonda ajak pulang ke langat walaupun perancangannya tahun ni raya belah ayahanda dulu..
sebabnya kesihatan nenda yang kurang baik kerana jatuh seminggu sebelom syawal -.-
dah menjadi rutin sebenarnya setiap malam raya selepas siap masak semua dan selesaikan pape yang patut kat umah tu kami akan berada di langat dulu walaupun rumah nenda dan atokanda dah lama suyi tidak berpenghuni...
namun setiap tahun rumah itu akan dipastikan ada penghuni setiap kali tibanya perayaan terutama di bulan syawal..
kadang2 gilir2 balik tido sane semalam masa raya pertama dan kedua...
dapat berkumpul bersama keluarga belah bonda walaupun tak semua balik tahun ni..
keesokannya, seperti biasa kami akan melaksanakan solat aidilfitri di masjid berdekatan dan seterusnya menggagahkan diri mendaki bukit untuk ke pusara nenda dan atokanda..
namun kali ni, kami tak berkesempatan beraya ke rumah sanak saudara di langat kerana ayahanda dah tunggu di rumah untuk ke sepang sebabnya nenda ada di rumah makcik di sana...
perjalanan dari langat ke kajang yang agak lancar..
terfikir ramai juga penduduk langat ni kan yang tak keluar huuhuu
sesampai di kajang dalam jam 12 tgh hr...
meneruskan rutin bermaafan bersama ayahanda,bonda dan dinda tersayang...
dan seterusnya sesi fotografi buat seketika...
menyelesaikan pape yang patut dan kemudian baru gerak ke sepang...
ingatkan kami orang terakhir yang sampai.. rupa2nya..
ada lagi yang masih dalam perjalanan.. sebabnya mereka semua stuck jalan sesak heh?
jadi kami lepak la situ sampai semuanya ada... hoho
tanpa diduga.. tahun ni semua adik beradik ayahanda ada sekali..
cuma keluarga pakngah yang tak join.. dan keluarga adik sepupu sorang.. huu
lepas asar... kami gerak ke nogori pula...
pulang ke kampung yang memberikan 1001 kenangan...
di sana, nekteh sekeluarga menunggu dan
air mata syawal semua orang tumpas jua apabila nekteh membuat permintaan untuk adakan majlis tahlil dan doa selamat yang ringkas..
ya masa tu la ahli keluarga semua berhimpun dan
sedekahkan al-fatihah kepada baginda..arwah2.. para guru.. keturunan warigh haji ali yg masih ada serta para sahabat dan orang sekeliling yang sentiasa ada bersama kita... dan tak lupa para pejuang islam di seluruh dunia...
walaupun sekejap saja masa yang diluangkan...
cik ecah tersentuh pabila nekteh memberikan nasihat dan
menceritakan semua salah silah keluarga supaya kami sepupu sepapat semua tahu asal keturunan...
kemudiannya sebelom maghrib kami pulang dan rumah seterusnya diserang adalah rumah kajang!
sebelom mereka berpecah pulang semula ke KL..
nasib baik dah buatkan air sesiap.. dan dah agak dah pun yang rumah pasti kene serang... alhamdulillah dapat tunaikan juga permintaan dorang nak satay kajang walaupun kuantiti yang dapat dibekalkan rasa tak cukup je heh..
huu.. x sempat nak bakar banyak... maaf yo.. lenkali nak serang bagitau heh huuhuu
keesokannya, raya kedua ayahanda ditugaskan kerja pagi dan petang tu baru kami gerak ke rumah saudara heh...
tapi sebelum ke mana2.. singgah dulu di pusara atokanda, paklong n dinda sebelah ayahanda pula..
huu rancangan awal nak terus ke klang.. tp masa tak mengizinkan sebabnya ayahanda pulang dari kerja agak lewat hari tu...
jadinya lepas je serang rumah sentul dan rumah nekwe kt KL..
kami ke rumah pakngah sebelah bonda...
raya ketiga tidak kemana2 dengan harapan dapat merehatkan diri la kan..
penat woo berturut pulang ke rumah waktu malam...
+ berikan masa untuk cik niena kemas pape yang patut...
tp malam tu kuar jugak ke rumah makcik di balakong hoho
sebabnya raya keempat, cik niena dah pulang semula ke segamat huu sob sob..
perjalanan raya ke empat kami singgah di penjara sg.udang melaka dulu sebelom ke segamat..
menziarahi keluarga kawan ayahanda.. haha ayah nak tgk anak angkat dia..
rindu kut.. tp alhamdulillah sampai juga kami ke situ heh..
dan hari tu kami sampai di kajang jam 12 malam juga.. >.<
dan hari2 seterusnya.. kembali seperti biasa kerana bonda pun dah mula kerja semula 5 syawal tu..

lets picture talks about it yeah...

6 pasang baju siap di'iron' heehuu
tema tahun ni.. corak sama tp warna lain lain heh kecuali lelaki huu

langat : gamba selepas solat raya sebelom ke pusara nenda dan atokanda

family sebelah ayahanda...
really have a great time with all cousins that day..
bertaya kaba semua.. dan
alhamdulillah nenda dah boleh bertatih sedikit dan sembuh seperti sedia kala
walaupun nenda masih lagi tak ingat sepenuhnya ^^.

ponoh umah den kono sorang dgn keluarga sobolah ayahanda
(thanx adik sepupu untuk 2 gambar keluarga ni)

gelagat adik sepupu paling kecik

gila gila.. haha ayahanda ngn bonda pun turut serta

dan akhir sekali gambar rasmi dari kami..
salam aidilfitri dari Abd Muttalib sekeluarga..
maaf zahir dan batin..
maaf juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai sekiranya kita tak dapat bertemu dan bersemuka di syawal kali ini
insyaALLAH akan bertemu jua kita dengan izinNYA 
loved!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan