........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 12

194 : Donut !!

huu.. sape suke mam donut??
cik ecah kurang suke sbnrnyer tp teringin nak wat sendri.. ahaks..
dan akhirnya donut saya menjadi walaupun dengan percubaan pertama alhamdulilah...
sini cik ecah kongsi resepi yg cik ecah dapat (alaa.. google jer la.. kn moden skrg ni)... hee

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...

gebu an?? wahaha
macam pipi saya juga -.-''
dan cik niena cakap.. senang kalau buat kecik2.. terus masuk mulut jer dan.. 


tak sangka plak jadi banyak camni?? aiyoo.. 
apapun bonda bagi 8/10 markah.. 
yey..!!
and sekarang tiba giliran korg plak mencuba... hee


** ada ke cik niena suruh cik ecah bukak bakery.. err... nak ke ea bukak bakery??? hurmm.. akan difikirkan hee...(^.^)

Selasa, April 24

186 : cream puff

huu dh lama tak kongsi resepi kn.. hee resepi apakah kali ni?? cik ecah nk kongsikan resepi cream puff.. korg pernah makan tak?? huu tak pernah ker??
alaa cream puff.. cube google mesti jumpe sekali ngn resepi..
tp cik ecah pun dok cari yg paling senang la kn nk wat...
dan mesti korg jumpe gambar macam gmbr bawah ni...huu


ni pun first time cik ecah buat dan ianya menjadi! suka you!...
sni cik ecah kongsikan k.. hee
cik ecah amik kt my resepi.. sbb kt web lain semuanya versi BI yg tinggi2..
tak faham -.-

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
dan bahan2 untuk kastad krim plak...

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara
  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
then korang masukkanlah kastad krim tu dalam krim puff tu... dan siap untuk DIMAKAN!! yummy!!
* selamat mencuba... (^.^)

huu dah2 la post untuk hr ni.. hari lain pulak cik ecah update k.. hee selamat semua...

Selasa, Januari 10

117 : kek labu (^-^)

assalamualaikum....


seminggu buah labu ni ada kt umah...(maksu cik ecah bagi)... + cik ecah xtau nk buat apa...
pertama kali bonda suruh cik ecah masak buah tu...
kalau korg korg buat ape??
cik niena suruh wat kek... tp pernah ke dengar kek labu?? pelik jer kn??
bonda suruh buat pengat la, bubur la, cekodok la, bingka la... itu.. ini... bla bla bla... tp...
die sendri x bgtau cmne nk buat.. aduhh... dh la org yg disuruh tu mmg pernah buat semua tu...
ye pun bgtau la resepi.. boleh la buat kn?? hehe...
apapun projek kek labu yg berjalan.. sbb cik ecah xtau nak wat ape dgn labu tu walaupun mmg byk yg bleh wat... and as usual bantuan diterima dr cik niena... huhu...
pertama kali potong buah labu ni... keras upenyer... sbb kulit die tebal.. tp.. xdela tebal mana sebenarnyer...patutla kne kukus dulu...
sini cik ecah kongsi resepi kek labu ni yer...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 camca teh soda bicarbinate*
  • 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)
CARA MEMBUATNYA :-)

  • Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  • Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  • Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

Jumaat, Disember 23

105 :: kek marble...

dah lama x kongsi resepi...
semalam juga sempena birthday bonda tercinta cik ecah try wat kek marble...
alhamdulillah pertama kali wat... jadi juga... walaupun pada permulaan ada masalah dgn bahan.. hee
+ kek tu keras skit(rasa macam btol je bahan dh sukat @ sbb dh lama x masak kek) tp kire okay la...
bonda pun ckp... kire jadila ni... hehe sape x suke?!
sni cik ecah kongsi resepi die ea...
cik ecah wat sikit je sbb bahan x cukup... apapun seronok sbb sekejap jer kek dah hbs... x sempat amik gambar mse kek mula masak sbb kelam kabut nk buka pose... hehe



bahan-bahan :

1 1/2 cawan gula halus

1 1/2 cawan mentega

3 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

5 biji telur

sedikit vanila

3 jenis pewarna yang berlainan

sedikit bancuhan susu tepung (xnk pun x pe)

cara2nya :

- pukul mentega dengan gula hingga kembang

- masukkan sebiji demi sebiji telur dan di pukul lagi

- masukkan tepung,vanila,baking powder dan susu

- bahagikan kepada 3 bahgian untuk 3 warna yang berbeza

- tuangkan ke dalam loyang @ bekas berselang seling atau berlapis

- dan bakar selama 35-45 minit

jadi... selamat mencuba...!!

p/s :: cik miera... nnty ang balik along wat ag yer... (^-^)

Selasa, Oktober 18

59 :: triffle buah

kali ni cik ecah nk kongsi cara wat triffle...ade ke org yg suke mam benda alah ni??
triffle ni sejenis pencuci mulut... hehe.. ni triffle yg cik ecah wat mase tgh xde koje
(padahal mase tu tgh final exam) hurmm lama sgt gap.. ni la jadinyer pulak -.-


triffle ni ade 3 lapisan... lapisan kek bawah sekali then atas die lapisan susu dan atas sekali agar2...
nmpk menarikkn kombinasi warna yg warne warni ni.. hehe macam traffuc light plak rase sbb ade hijau, kuning, merah...

okay utk lapisan kek ngn agar2 rase xde masalahkn utk korg wat kn??
alaa.. kek lapis yg siap jer.. beli jer kt kedai.. potong la ikut mane korg nak.. letak kt dalam bekas...
susun bagi mampat sampai xde ruang... hehe..
utk lapisan yg uh tgh2 tu plak... korang perlukan:
4 susu besar castard, 1 tin susu cair, 2 cwn air, 1/2 cwn gula, 1 biji telur kuning shj dan buah (rase xnk masukkan pun xper.. selalu org letak yg buah2 dlm tin tu)
bahan2 ni korang masukkan dalam periuk then kacau sampai pekat...
dah siap tu.. tuangkan atas lapisan kek yg korg dah mampatkan td... kn senang.. korg tggu sampai die beku skit... korang leh la susun buah ape yg korg nk.. bg menarik sikit atas die macam cik ecah wat ni...


ni cik ecah letak buah pic... hehe nmpk menarik ker???
pastu korg letak la agar lepas dh susun buah2 tu bile dh nmpk menarik... hee...
selamat mencube yer??

Ahad, Jun 26

49 :: apam polka dot

hye stalker..
knp setiap kebaikan yg kite nak buat tu mesti ade jer halangan utk kite capai ke arah kejayaan tu ea?? 
hoho.. susah benar... sekarang ni cik ecah cube utk kurangkan masa on9 diatas sbb2 yg korg sendri dah tau kn.. haish.. sekejap jer masa berlalu.. ag 2 bulan nk final... chaiyok2.. x sabar nk hbskn diploma.. rase mcm lama sgt jer + tak tahan dh nk jawab soklan2 cepumas dari sape2...'bile hbs study??' hoho

sbnrnyer bkn nk melalut pasal cabaran ni.. hish2.. okay.. ade ape dgn 24/6 ea?? hehe..
tarikh kenangan ar kire an sbb cik miera berjaya pulang ke kajang sendri.. haha how ur first time naik bas dr penang sis?? nk kiteorg dtg sane ea?? alaa.. x mencabar la plak kn.. so.. welcome home selepas sebulan x jejak hometown an... walaupun sekejap jer ang kat sni.. x sampai 24 jam.. haha.. byk lak ai destinasi ang an.. its okay.. chaiyok...

sementara menunggu kepulangan adinda tersayang ni an.. cik ecah dan cik niena jalankan misi buat apam... haha so creative cik niena an.. org nk wat apam polka dot.. die wat apam huruf plak.. hehe... xper.. asalkan semua apam2 tu dh selamat masuk ke dalam perut masing2...

korg yg lain2 pun leh cube.. senang jer.. ni pun pertama kali cik ecah buat terus menjadi...hehe.. okay cik ecah kongsi resepi die k..



Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa pewarna

Cara2nyer...
    1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
    2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
    3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
    4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
    5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
    6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
    7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

korg nak reka ikut creativity dan seni korg pun boleyh... hehe..selamat mencube...

ni antara creativity yg cik niena buat.. hehe





<3 LOVE IT <3






p/s : 1 cup = 125 gm

Isnin, Jun 13

46 :: kuih tepung pelita

gara2 tersalah beli tepung, cik ecah terpaksa tukar resepi so jadila kuih tepung pelita... hehe first tyme buat kuih ni ngn cik niena dan nasib baik menjadi... haha nak beli tepung pulut utk buat kuih onde-onde(kuih gula melaka) sbnrnyer... tp cik ecah terbeli tepung beras haha... xpelaa... jadi juga kuih tepung pelita hasil cik ecah dan cik niena... disebabkan ada 2 warna.. cik niena buat utk lapisan bwh iaitu warne hijau dan cik ecah buat warne putih die dan akhirnyer jadilah ini :


hehe...nmpk sedapkan??
of coz la sedap... huhu teringat plak kt cik mira.. xpe2.. nnty kite buat ag ea... hehehe
senang jer buat kuih ni...

okay, utk lapisan bawah kite perlukan tepung beras 1cawan, gula 1 cawan, daun pandan 4 helai (tapis amik air die jer), dan 5 cawan air... bahan2 ni masakkan hingga die jadi berkilat then letak dalam bekas...

utk lapisan atas plak kite hanya perlukan 1 biji kelapa untuk amik santan dan jadikan 4 cawan air santan, then garam secukupnya dan 4 sudu tepung beras... bahan2 ni pun kne masakkan sampaila die jadi pekat... pastu letakkan atas lapisan hijau td... dan akhirnyer.. boleh la makan... hehe =)

Isnin, Mei 16

37 :: puding karamel

hye stalker.. sape yg suke makan puding caramel??
cik ecah suke makan tp time kecik2 dulu laa.. sbb bonda cik ecah selalu watkn hehe..tp..
hr ni cik ecah tetibe rase nak wat puding caramel ni sendri...
alhamdulillah menjadi... first time jugak buat...
tanpa pertolongan bonda tercinta just pertolongan cik nina... haha...

sbnrnyer xd la susah mana pun buat puding ni....
tp leceh sikit sbb kne selalu gaul sampai sakit tgn diwatnyer hehehe...
ni la hasil puding cik ecah dan cik nina wat..
aiyaa... apasal la muram sangat warna..?? 
sbb gula kiteorg x hangus... hehe..
bukan ape.. gune gula perang sampai takut warne die terlalu perang sangat...haha
agpun dh siap diberitahu kalau gula hangus nnti x sedap.. last2 warne die jd cmtu.. hehehe...


p/s : ada sape2 yg nk mencube wat ker?? pape leh pm cik ecah utk resepi... 
hehe kemalasan nk menaip pulak... ade keje lain nk kene buat...