........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Rabu, Ogos 13

355 : tekak luka?

Alkisahnya,

selasa minggu lepas bangun2 tido je tekak rasa tak selesa...
tanpa batok tetibe ade kahak..bukan kahak biasa... tp ade darah!
ye, yang kuar tu darah!
tp, cik ecah wat pandai jer since kuantiti darah yg kuar tu xdela menggerunkan 
and i did tell my mom about it..
Bonda cakap mungkin tekak luka... 
the next morning, its happen again..
pastu batok tak henti2.. and it become WORST!
setiap kali kahak yang kuar tu adalah darah...!
teringat pulak doktor taye mase checkup yg lepas
'ade kuar darah tak bila sakit tekak @ batok?' dan cik ecah cakap takde...
yes memang tak pernah kuar darah pun lagi sebelom ni
and she ask me to not be shock if there is a blood coming out but...
I must to double take care of myself!
kesan dari suntikan influenza yg cik ecah amik setahun sekali tu + tahap imunisasi badan sekarang ni..
perasaan mase tu dah negatif tahap gaban dah... what should I do?! 
mase tu parents memang takde kt umah.. tinggal cik ecah ngn cik miera je..
serius mase tu badan terus jadi lemah and I cant manage myself, A whole day I sleep!
last2 ayahanda buat ubat 'telor ayam kampung' and its work!
Alhamdulillah, diri stabil buat seketika... 
tekak memang rase sakit giler...and always cough!
ye memang susah ... sangat2 la susah nak baiknya bila dah kne virus batok ni..
dan ia akan makin parah sebab cik ecah tak dapat nak kawal sakit dada sekali... tp..
doktor ade ckp kalau batok makin terok dalam masa 3 hari baru g spital balik... 
ataupun dalam masa seminggu takde perubahan...if not?
I just need to double my medicine dan mungkin tekak luka sebab cuaca panas 
dan alhamdulillah its works and become better sebelum sabtu walaupun skrg ni masih ade saki baki...
pergi hospital dia bagi ubat kahak dan batok.. tp..
apasal la ubat kt farmasi tu ade ubat perisa strawberi je? 

Cik Ecah kongsikan sikit info kesihatan (copy paste dr blog lain) :

Batuk dan sakit tekak merupakan satu fenomena yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia. Kebiasaannya ia bukanlah suatu penyakit yang serius dan akan sembuh selepas beberapa hari.

Apabila batuk, tekak anda berasa gatal dan sakit. Kahak berwarna kuning atau hijau pula terhasil. Mengapa kahak berwarna hijau? Enzim yang dihasilkan oleh badan untuk memusnahkan bakteria sebenarnya berwarna hijau.

Batuk terjadi akibat jangkitan kuman pada bahagian tekak. Ia menyebabkan tekak mengalami keradangan (bengkak) dan mengeluarkan kahak bagi memerangkap bakteria tersebut. Batuk akan menolak kahak yang berbakteria itu keluar daripada tekak untuk dibuang. Sekiranya kahak tersebut ditelan, ia akan masuk ke saluran esofagus untuk di bawa ke perut kemudian bakteria itu akan dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam perut.

Tekak yang membengkak akibat respon daripada jangkitan kuman itu akan menyebabkan struktur kotak suara terjejas dan akan menyebabkan suara menjadi garau dan kadangkala sukar mengeluarkan suara. Tekak akan menjadi sakit dan sukar menelan.

Sebenarnya, batuk dan sakit tekak boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memakan sebarang ubatan kerana sistem pertahanan badan kita boleh melawan dan memusnahkan bakteria tersebut. Beberapa langkah harus diambil jika anda tidak mahu bergantung kepada ubat daripada klinik.


Berikut adalah antara tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan oleh sistem imun badan kita;

Rehat secukupnya Tidur dapat membantu badan anda melawan jangkitan bakteria dengan lebih berkesan.

Minum banyak airAir bertindak sebagai pelincir untuk mengurangkan rasa sakit pada tekak akibat bengkak. Tekak yang kering akibat kekurangan air akan menyebabkan tekak rasa gatal dan bertambah bengkak.

Jauhi Asap Elakkan diri anda dari menghidu asap rokok, kilang, kereta atau apa sahaja bahan pencemaran yang boleh membuatkan jangkitan pada tekak anda bertambah teruk

Jangan banyak bercakap Sekiranya suara anda terjejas akibat sakit tekak, kurangkan bercakap. Bercakap akan menyebabkan tekak anda cepat kering dan bertambah sakit. Kurang bercakap juga boleh mengembalikan suara anda seperti sedia kala dengan lebih cepat.

Makanan Untuk Batuk dan Sakit Tekak
  • Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut (cth: pisang, betik), sayur lembut (sayur yang sudah dimasak), yoghurt dsb.
  • Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal (atau buah lain yang keras) atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk, seterusnya meningkatkan keradangan pada tekak. Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.
  • Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masamseperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.
  • Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.
  • Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk beku atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak

Rawatan semulajadi
Air garam Garam bertindak sebagai antiseptik dan membersihkan kahak. Campur ¼ sudu the garam dengan 237 ml air suam untuk orang dewasa kemudian kumur-kumur dan buang. Berkumur beberapa kali setiap hari dapat mengurangkan sakit tekak.

Madu Menurut kajian, madu boleh melegakan sakit tekak dan membunuh kuman. Ia juga boleh mengurangkan radang/bengkak di dalam tekak. Campurkan 2 atau 3 sudu teh madu ke dalam air suam atau teh herba.



dan sikit info pasal KAHAK BERDARAH...

Cik Ecah pye kes memang tak jalan kalau makan ubat doktor jer... 
so cik ecah telan je la apa yang baik .. 
madu, delima, air asam, telor ayam kampong, aiskrem and
alhamdulillah, 
keadaan diri kembali normal dan dah boleh mula wat aktiviti seperti biase.. huhu
tp......
bila difikirkan balik...adakah ini tanda2 awal cik ecah untuk kene....
hoho doakan cik ecah yang terbaik ya... 
harap sangat diri ni kuat selagi boleh
loved!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan