........................................................................................Daisypath Anniversary tickers.....................................................................................

Khamis, Julai 18

298 : Hye Shah Alam

SalamunAlaih..
Amik mase untuk update dikala broadband adik ade ditangan haa..
Along curi sat broadband hang ye cik miera Huu
bermulalah intersesi (short sem) sem ni di shah alam...
Mcm best je kn boleh main tukar2 kampus huu


Tak sempat rehat kat umah ag dah masuk blaja blk... Grr tu jer yg x best tp
klu duk lelama kt umah pun watpe je kan..
Sebab tu jugalah amik keputusan untuk buat short sem ni...
Sambil mengisi masa lapang la kononya!
Keseluruhannya final exam UiTM sem ni habis 14/7 n start intersesi 15/7.. Hoho
nasib baik paper cik ecah habis 8/7 heh..
Amik keputusan utk tggl diasrama disebabkan masalah peribadi..
Haha peribadi la sgt.. Malas nak tempuh jalanraya yg sesak setiap hari!
+ kos tol n minyak walaupun cik ecah n cik mira dua2 pun amik kt shah alam..
+ tambahkan masa rehat dr travel dan ikut situasi kesihatan la juga kan
+ time puase pulak n perlukan tenaga heh...
Lagipun apabila dikira kos melepas yg ada.. Better kami duk asrama heh..
Hoho Okay.. Hari pertama g class mase tu jugala nak kne dftr kolejnyer...
Disebabkan ade lagi pelajar dan proses pembersihan perlu dilakukan heh..
hurmm.. dr rumah jam 6:30 pg sampai fakulti kul 8.. yea sangat la best..
nampak tak betapa "laju"nya jalan diwaktu pagi.. tu pun dah lalu puchong..
kalau la ikut jalan persekutuan??
masakk laa jawapannya... selamat tinggal kelas di pagi hari..
ayahanda dan bonda lagi sekali sebagai peneman... tQ so much!
dah kelas kul 8.30 sampai pun kul 8... memang terus masuk kelas je la pagi hari pertama intersesi.. kelas pertama selalu kelas penting memang bonda tak bagi ponteng la kan...
cik miera pye kelas kul 11.30.. jadi lepas ayahanda drop cik ecah kat fakulti... dorang g hantar cik miera daftar kat kolej dlu.. grr..
banyak procedure rupenyer.. haiyoo..
nasib baik dah isi borang permohonan kediaman mase hantar cik miera hari jumaat lepas..
tu pun nasib baik juga adinda tersayang ni memang duk kampus tu.. kalau tak??
memang nasib je la...
Habis kelas g la amik borang tu kt HEA ea.. Then gagahkan la diri panjat tangga HEP tu utk ke kediaman dan kewangan...(nasib cik miera dah tunjuk siap2 kne pegi mane grr)
tp mase kat kewangan tu dh pelik dh sebenarnya kenapa invoice cik ecah no 002
tp wat pandai jer lagi dan berlalu la pergi ke ATM utk bayar.. Grr
selagi tak bayar takleh daftar kolej heh... ??
Mase kt ATM pelik sebabnya no invoice n jumlah yg perlu dibayar tak wujud dan yang wujud tau tak no ape??
No id mase diploma!
Haha mase tu nk tergelak sbb sampai sekarang ke bank takleh nak detect yg amount tu dah dibayar??
Sebabnya kalau tak bayar saya memang tak boleh grad la kan.. Grr..
Punyala cube sampai 5kali.. Still sama juga..
Then cik ecah pegi kt kewangan balik bgtau yg suppose invoice cik ecah dh no 004 bukan 002..
Org yu boleh pulak tak cayenye grr.. Die suruh cuba balik..
Then mase nak cuba balik tu pulak ATM yg ade kt HEP dh `hang` so terpaksala cari ATM lain...
Dan pegila ATM kt kolej Mawar.. Tp still the same..
Amount tu still tak kuar dan wujud pun.. Cubalah juga 2-3 kali..
Sekali taye org belakang die cakap kne pegi balik kt kewangan bagitau...
Mase tu bonda dah penat dan maklum saja la klu dh penat ape jadi.. Nasib baik ayahanda okay lagi mase tu...
Pegi balik ke kewangan buat kali ke-3! Jumpe balik orang tu cik ecah ckp balik benda yabg sama..
Dan dia cakap.. Dalam sistem die dah masuk dah amount seratus tu dan invoice tu dah wujud...
Mase tu cik ecah tak pasan bila pula bonda masuk dan die dh marah heh...
Then orang tu cakap awak kne bayar kat kaunter.. Mungkin mesin masalah... Ok fine..
Mase tu turun la balik dan mesej dinda.. Nasib baik die balas ..dan jumpe la juga bank islam dalam kampus ni kan...
Mase nak bayar kat kaunter tu cik ecah g sorang haa dengan muka penat grr
dah 2 kali kut naik tangga bukit tinggi HEP tu!
Sampai kt kaunter.. Orang yang kat kaunter cakap die takleh nak trace no invoice tu
hurmm invoice tu dan amount seratus yg kne bayar tu tak de pun dalam sistem dorang.. Okay fine.. Sekarang ni ape cite?? Kne naik balik HEP tu??
Serius dh letih tahap ape pun taktau time tu dan orang tu taye bila dapat invoice dan cik ecah cakapla yg baru jer dapat dan kengkawan yang selepas cik ecah boleh jer bayar terus dorang pye invoice.. Grrr
org tu suruh datang balik dalam 2-3 hr.. Huh?? Mmg tak la...
Cik ecah kuar dengan riak muka ape pun taktau la..
dan ayahanda bonda perasan pun.. Cik ecah just cakap la yg no invoice tu tak wukud pun amount tu...
Ayah terus amik borang kediaman kat tangan cik ecah then terus g kat kaunter..
Cik ecah tak tau la ape yang ayah cakap dengan pegawai dalam tu...
Then ayah panggil masuk...
Mase tu fikir kalau kne ulang alik pun takpela dari bengang dan menguji betol tahap kesabaran...
Cik ecah tau dah kenapa amount tu takde..
Yela kalau dah double entry mmg tak dpt la nak detectnya amount tu...
Masuk dalam cik ecah just terangkan kat pegawai tu invoice 002 tu pernah wujud dh dlm sistem cik ecah.. Then pegawai tu faham dan ayahanda suruh orang bank wat memo utk diberikan kt kewangan.. Hoho mase tu lega sikit.. Sikit je la... Sbb memang kne naik balik la tangga HEP tu wat kali ke3!
Dan mase tu dah nak jam 1 petang.. n maklumla.. Waktu rehat kan..
Orang bank wat memo cakap yg invoice 002 cik ecah berjumlah Rm550 which mean tu adalah invoice pengajian sem 2  dan tak ade pun dalam sistem bank amount invoice RM100 utk kediaman tu...
Dan akaun cik ecah kat bank semua yang dah dibayar hoho
Sangat bersyukur kerana pegawai kat bank tu bekerja sama dan
dalam perjalanan ke HEP balik.. Ayahanda n bonda dah bebel2 dh.. Grr.. Nmpk dah kemarahan tu...
Haih... Naik balik HEP tu.. Org tu pandang cik ecah dengan pelik.. Haa amik.. Cik ecah rase cik tau kenapa.. Mesti tengok muka biru ni kan... ??
3kali naik turun memang tak penat pulak... Sampai2 jer cik ecah just cakap takde juga dan kali ni ayahanda pulak yg follow..
Bonda?? Tggu kt bawah dan die tak larat nak naik dah.. Grr
ayah terus bagi memo dr bank kt orang tu
dan nasib baik die minta maaf... Banyak kali!
Sejuk sikit.. Alhamdulillah.. kami maafkan..
dia cakap kes ni die tak pernah handle sbb sebelom sebelom ni kalau kt ATM ade masalah bila bayar kat kaunter okay jer...
pastu cik ecah cakap la balik yg sepatutnya invoice cik ecah dah 004..
die punye tak caye sampai ayahanda cakap 'kalau saya bayar cash boleh?'
haa.. okay cik ecah tau ayah dh marah mase tu...
org tu cuba call pegawai bank tadi tp tak dapat.. die baca balik memo tu dan berkali kali minta maaf..
mase tu cik ecah dh bersandar ha.. grr serius penat!
dan cik ecah rase memang muka ni dh biru habis..
last2 org kewangan tu cakap 'okayla saya batalkan invoice 002 ni dan saya wat invoice baru...'
haa kan senang cite grr
setengah hari juga baru settle sebab masalah dengan invoice je!
 okay! barulah boleh dftr kolej dan.. memang tak dapat la nak sebilik ngn sesape kan..
sebabnya cik miera dh dftr pagi tu dan cik wanie plak die nak handle sendiri hurmm hurmm.. kalau handle sesama barula dapat sama..
apepun new friends come again.. ditempatkan di kolej Anggerik utk intersesi kali ni di bilik AB3-105.. hoho
nasib baik tingkat satu dan roomate saya semuanya dari fakulti sains dan matematik!
saya sorang je dari 4org dalam bilik ni fakulti bisnes.
jadi bermulalah proses mengenal kampus shah alam ni pula..
dapat juga jumpa balik kengkawan kptm dulu.. huu
amboi korang muka memasing terpapar kat board!
kagum pun ade juga since jawatan yg korang pegang tu tinggi juga tanggungjawabnya..
kelas so far setakat minggu pertama kt sni okay saja..
dan dapat kawan baru lagi since dalam kelas tu semua kos bisnes ade dan cik ecah sorang je budak kos ekonomi! yg lain??
finance, marketing,insurans,operation,investment,international bisnes, islamic banking,interpreneur... dan seangkatannya
wahh amik ko.. pepandai la kau survive ye aisya..
sesat utk beberapa hari tu biasa la.. hee kelas best!
fin533 adalah gabungan financial,accounting dan taxation!
grr belajar la balik semua tu.. huu waktu kelas diawal pagi dan sorang2 la tggu bas...
haha apepun setakat ni rasenyer dh success jer cuma masih tak kuar lagi utk ke bazaar haha
asal adik cakap nak kuar dan mesti akhirnya dia akan cakap
'hang tak payah ikut la.. angah jalan kaki..nnti hang penat.. angah belikan je..'
hurmm dan dengan akur bagi jer die uruskan semua..
thanx alot my dear sis!
 harap dapat perform sgt paper ni.. kelas yg sgt best!
so far so good!
first day soalan dr lecturer sendiri..
ape beza kampus shah alam dengan kampus cawangan..?
jawapan cik ecah pergaulan..
dan terkejut dengan jawapan lecturer tu sendiri cakap yang
orang2 kat shah alam ni tak mesra seperti kt kampus cawangan..
hurmm no comment heehuu
i will see it hee.. okay.. esok ade kelas.. selamat malam.. loved!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan